Salahuddin syor elaun Menteri dipotong

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub hari ini mencadangkan elaun yang dinikmati menteri dipotong sebagai salah satu langkah penjimatan wang kerajaan.

Salahuddin berkata, berikutan peningkatan harga barang keperluan kini, langkah berjimat cermat sepatutnya tidak hanya diamalkan rakyat tetapi turut diikuti pemimpin kerajaan.

“Kerajaan tidak mengumumkan sebagai contoh nak kaji semula elaun semua menteri. Sepatutnya diumum pemotongan elaun, pemotongan pelbagai faedah yang mereka dapat, itu sepatutnya dipotong kalau sama-sama mahu melihat kita sama-sama berjimat.

“Jangan hanya meminta rakyat sahaja berjimat tetapi mereka (menteri) tidak mengamalkan kehidupan yang menunjukkan mereka berjimat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Dewan Pemuda Pas di sini.

Ketua Dewan Pemuda PAS itu berkata, pihaknya akan mencadangkan usul supaya kerajaan mendedahkan penyata kewangan Petronas pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

“Buat apa PM (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) terlalu nak berahsia sangat tentang akaun Petronas ini, dia (Abdullah) mesti beritahu rakyat subsidi yang seharusnya dia (Petronas) tanggung, keuntungan yang dia (Petronas) dapat dan ke mana keuntungan itu dibelanjakan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: