MP Hulu Langat usaha bantu mangsa banjir kilat

Nasib 114 buah keluarga mangsa banjir telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat apabila setiap keluarga menerima bantuan sebanyak RM300 sumbangan Lembaga Zakat Selangor.

Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 130 buah keluarga yang menjadi mangsa banjir kilat ekoran hujan lebat Ahad lalu.

Sejumlah RM34,200 telah diperuntukkan kepada keluarga mangsa terbabit agar dapat membeli barang-barang keperluan dan makanan.

Pelbagai perkakas dan peralatan rumah rosak akibat berendam di dalam air dari pagi hingga petang kerana tidak sempat menyelamat barang-barang kerana air air naik begitu cepat sekali, kata seorang mangsa yang terlibat.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Khasim Abd Aziz, pembantu Exco Jk Tetap Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta wakil-wakil Lembaga Zakat Selangor.

Pada hari kejadian ahad lalu, penduduk yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Hulu Langat kerana telah bertindak memberi bantuan makanan kepada semua mangsa di Sungai Serai termasuk menyediakan makan tengahari dan malam agar tidak berlapar.

Sementara itu, Dr che Rosli berkata bagi menyelesaikan banjir kilat, JPS menunggu arahan kerajaan negeri Selangor bagi mencari punca banjir kilat agar penduduk tidak berada dalam keladaan membimbangkan setiap kali hujan lebat.