Kenaikan gaji 100% CEO TNB tidak berhati perut – Mahfuz

Kenaikan gaji 100 peratus bagi CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah satu tindakan yang tidak berhati perut pada masa rakyat sedang bergelumbang dengan kenaikan bahan api yang melampau, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Beliau berkata, rakyat yang juga pengguna TNB telah menyumbang keuntungan berganda kepada syarikat GLC itu tidak mendapat apa-apa daripada keuntungan sebaliknya terus dibebani dengan pelbagai kenaikan.

“Rakyat terus terhimpit dengan kenaikan petrol baru-baru ini dan pada Julai nanti pula rakyat akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik, sedangkan CEO mereka mendapat kenaikan gaji sekali ganda di atas beban yang dipikul rakyat.

“Kenaikan gaji CEO itu menyebabkan wujud jurang pendapatan yang terlalu besar antara pegawai GLC dengan pengguna,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Perdana Menteri selaku Pengerusi Khazanah Nasional Berhad tidak menggunakan kuasanya sebaliknya hanya menyerahkan keputusan kepada Pengarah Urusannya iaitu Tan Sri Azman Mokhtar.

“Abdullah sepatutnya bertanggung jawab dalam hal ini tidak boleh serah bulat-bulat kepada Azman untuk tentukan kenaikan atau pertambahan gaji di kalangan CEO GLC termasuklah CEO TNB,” katanya.

Apa yang dikesali kata Mahfuz, pengguna TNB yang membayar tarif elektrik walaupun RM10 setiap bulan, sekurang-kurangnya mereka juga penyumbang kepada keuntungan kepada TNB.
Teruskan membaca

Undi Tidak percaya kepada Pak Lah pada sidang Dewan Rakyat mulai 23 Jun nanti?

Pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab hari ini apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) didakwa akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Badawi dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

“Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataan yang tersiar dalam satu laporan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato’ Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato’ Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.
Teruskan membaca

Saya tidak popular dikalangan DBKL – Dr Lo’ Lo’

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Ghazali memberitahu bahawa beliau adalah antara individu yang ‘tidak popular’ di kalangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menjalankan tanggung jawabnya memenuhi kehendak dan suara hati rakyat khususnya melibatkan warga kota.

Katanya apa yang dilakukan selama ini yang melibatkan sebarang kritikan, teguran dan cadangan adalah semata-mata untuk memastikan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL dapat berfungsi dan menyediakan khidmat masyarakat dengan lebih efisien dalam menyediakan infrastruktur dan prasarana kepada rakyat.

“Saya tahu, saya tidak popular di kalangan DBKL kerana menjalankan tanggung jawab saya sebagai ahli parlimen dan wakil kepada rakyat yang perlu membawa dan menangani masalah rakyat dengan sebaiknya.

“Lihat hari ini, saya kesal kerana tiada seorang pegawai DBKL yang hadir bersama-sama dalam lawatan saya hari ini untuk memberi taklimat tentang kompleks ini,” katanya ketika ditemui sewaktu membuat lawatan ke tapak Kompleks Pasar Keramat pagi tadi dekat sini.

Berita lanjut lihat