Semenjak Islam hadhari diperkenalkan, masalah jenayah semakin bertambah..- Siti Zailah

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, sekiranya kerajaan BN benar-benar serius dalam melaksanakan Islam Hadhari, mereka sewajarnya peduli tentang penghayatan Islam di kalangan masyarakat.

“Lagipun semenjak Islam Hadhari diperkenalkan, masalah jenayah dan krisis salah faham semakin bertambah,” katanya.

Beliau ketika mengulas pembentangan separuh penggal RMK-9 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi berkata kita masih jauh daripada pencapaian yang disasarkan walaupun telah berlangsungnya 5 tahun perlaksanaan perancangan ini.

“Dari sudut akademik, kedudukan universiti tempatan masih jauh tercorot berbanding universiti luar negara.

“Prestasi siswazah yang dilahirkan juga tidak mencapai ‘target’ yang disasarkan kerajaan.

“Mereka lesu pemikiran, miskin akhlak dan lemah kepimpinan disebabkan kurangnya pendedahan kepada bidang-bidang tertentu serta wujudnya sekatan ke atas mereka.

“Kesannya, siswazah tempatan kurang mendapat kepercayaan kebanyakan agensi-agensi swasta dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa,” katanya.

Tambahnya lagi, banyak kawasan terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak masih belum menerima bekalan elektrik.

“Jadi bagaimana pelaksanaan 70 peratus penggunaan akses jalur lebar ingin diterjemahkan ke dalam bentuk praktikal?” soalnya.

“Kini, tidak sampai 30 peratus penggunaan jalur lebar diaplikasikan di seluruh Malaysia,” jelasnya.

Katanya lagi, Perdana Menteri ketika sidang pembentangan di Parlimen memberitahu bahawa pendapatan perkapita rakyat meningkat daripada 10.6 peratus kepada RM23,066.

“Kadar perkapita berdasarkan pariti kuasa jual beli turut meningkat lebih tinggi iaitu daripada 14.2 peratus kepada RM46,478 pada tahun 2007.

“Menerusi RMK-9 ini kita boleh melihat perkembangan angka yang cukup memberangsangkan. Walau bagaimanapun, jangan kita terleka dengan tumbesaran tersebut.

“Realitinya sangat berbeza. Masih ramai rakyat yang berada di bawah paras kemiskinan yang hidupnya saban hari terhimpit dengan pelbagai tekanan seperti kenaikan harga bahan bakar dan kadar tarif,” kata Zailah.

Harapannya, agar perancangan RMK-9 diteliti sedalam-dalamnya agar pembelaan kepada rakyat dapat dilaksanakan.

“Sudah 9 kali perancangan Malaysia dirangka, namun nasib rakyat masih ditahap yang sama,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: