MP PAS tolak Konspirasi jahat menjatuhkan imej, maruah dan kredibiliti Anwar

Kami, ahli-ahli Parlimen dari Parti Islam SeMalaysia, PAS merakamkan perasaan amat dukacita dan sedih berkaitan perbuatan konspirasi jahat terhadap peribadi Pimpinan Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan nama baik. maruah dan kredibiliti beliau.

Ternyata konspirasi jahat ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dan perhatian rakyat dari pelbagai macam krisis yang sedang melanda negara yang membebani rakyat dengan kos kenaikan saraan hidup akibat penarikan semula subsidi sebanyak RM13.7 bilion tentang bahan bakar; petrol dan diesel yang mencetuskan kesan berantai paling parah dalam krisis ekonomi negara.

Rakyat juga nampak jelas bagaimana kepimpinan kerajaan BN yang sedang dilanda pelbagai tekanan dalaman sesama sendiri mahupun akibat dari kegagalan kepimpinan mereka mengurustadbir negara ini dengan baik, mahu mengalih perhatian rakyat supaya menumpu kepada isu-isu sensasi seperti ini.

Tidak kurang juga tekanan yang terpaksa mereka depani terhadap isu pengambilalihan kerajaan Pusat olih Pakatan Rakyat yang semakin kencang bertiup dalam pelbagai media baru termasuk media perdana.

Kami, ahli-ahli Parlimen PAS dengan ini menolak sebarang tuduhan jahat yang sekaligus membawa erti tuduhan ”Qazaf” terhadap seorang peribadi Muslim yang diketahui umum sebagai seorang pemimpin di dalam negara ini, yang tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat di segi hukuman seandainya tidak dibawa bersama bukti-bulti yang kukuh seperti yang dituntut Syari’at.

Kami juga sedar dan faham bahawa matlamat disebalik keberanian melakukan dosa seperti ini adalah juga bertujuan untuk menghakis kepercayaan dan wibawa kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Kami, ahli-ahli Parlimen PAS yakin bahawa rakyat tidak akan mudah dipengaruhi dengan mainan ’skrip lama’ dan akan menolak sebarang cubaan ini, meskipun dengan pelakon-pelakon baru dengan jalan-cerita yang dikitar-semula secara sensasi dan diperkukuh dengan kononnya bukti-bukti.

Justeru ketidakpercayaan rakyat terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia, PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan rakyat secara profesional seperti yang pernah menimpa peribadi Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka kami ahli-ahli Parlimen PAS, menuntut supaya sebuah Badan Bebas Siatan Awam ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan jahat dan berat ini.

Kenyataan media tersebut dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa merangkap Ahli Parlimen Bachok di Lobi Parlimen pada 30 Jun 2008

Struktur tarif air perlu adil kepada kerajaan dan rakyat

Pada Julai 2006, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 telah diperkenalkan dan diluluskan yang bertujuan menstruktur semula pengurusan air dan menguatkuasakan pengurusan serta pengawal selian sektor atau industri air bagi seluruh Malaysia akan diletakkan sepenuhnya di bawah Kerajaan Persekutuan (“federalization of water industry”). Ini bermakna Kerajaan Negeri hanya akan dipertanggungjawabkan untuk membekal sumber air sahaja.

Impak atau Kesan dari Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Air Negara

• Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milikan penuh oleh Kementerian Kewangan akan mengambil alih aset dan liabiliti syarikat perawatan dan pembekalan air sama ada dimiliki oleh pihak kerajaan negeri atau pihak swasta. Untuk membolehkan asset-aset tersebut diambil alih, PAAB akan menerbitkan bon untuk membiayai proses tersebut.

• Aktiviti perawatan dan pembekalan air akan diberi melalui konsep kontrak bukan lagi konsesi. Syarikat terbabit hanya dipertanggungjawabkan dalam operasi perawatan dan pembekalan air sahaja. Sebarang pembangunan aset yang baru akan dibiayai oleh PAAB selaku ”asset owner”.

• Dari segi perolehan, syarikat terbabit akan mengenakan caj kepada PAAB atas perkhidmatan perawatan dan pembekalan air yang diberi dan PAAB juga akan mengenakan caj kepada syarikat terbabit kerana mengguna dan beroperasi aset-aset perawatan dan pembekalan air milik PAAB / Kerajaan Persekutuan.

• Tempoh kontrak adalah selama tiga tahun dan akan diperbaharui. Pelanjutan kontrak tersebut bergantung kepada pencapaian syarikat tersebut dalam ujian Key Performance Indicators yang telah ditetapkan oleh SPAN.

• Dari segi penentuan tarif kepada pengguna air, ia akan ditentukan oleh SPAN.

Isu

Berdasarkan impak diatas, terlalu banyak perkara penting yang memungkinkan / kebarangkalian salahguna dana awam akan berlaku dan keputusan yang hanya memihak pihak yang berkepentingan dan tidak secara menyeluruh khususnya kepada rakyat Malaysia. Oleh yang demikian Kerajaan atau KTAK perlu menetapkan terlebih dahulu skop atau kayu ukur (benchmark) kepada perkara-perkara berikut:-

1) Jumlah Pampasan
Untuk memastikan Kerajaan yang menggunakan dana awam, tidak membayar pampasan yang terlalu tinggi dan “over-priced” kepada pemegang saham syarikat-syarikat perawatan dan pembekalan air yang akan diambil alih:

• Metod menentukan jumlah pampasan kepada pemegang saham yang menguasai syarikat konsesi perawatan dan pembekalan air yang bakal menjadi sasaran pengambilalihan oleh PAAB, iaitu yang menggunakan ”valuation method” khususnya ke atas sesebuah syarikat yang beroperasi secara konsesi perlulah diseragamkan dan andaian-andaian yang dikemukakan bagi menentukan jumlah nilai syarikat terbabit (company value) mestilah adil dan saksama serta menepati piawaian pasaran.
• Andaian seperti perubahan risiko operasi daripada syarikat berasaskan konsesi kepada kontrak sehingga membenarkan mereka ini untuk menuntut premium yang tinggi dalam jumlah pampasannya, perlulah diperincikan secara kuantitatif dan kualitatifnya, memandangkan mereka juga akan diberi peluang untuk meneruskan operasinya dalam bentuk kontrak sekiranya dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
• Perkara-perkara seperti, syarikat pemegang konsesi yang sedia ada yang telah beroperasi sehingga berjaya mengaut pulangan modal serta mencapai jangkaan keuntungan (shareholders’ IRR) dalam bentuk pembayaran dividen perlu diambilkira dalam penentuan jumlah pampasan dan premiumnya.

2) Struktur Tarif

• Memastikan Kerajaan dan SPAN menggariskan faktor-faktor yang adil dan saksama diambilkira dalam penentuan struktur tarif yang baru dan bakal dikenakan kepada pengguna air setelah model perlaksanaan aktiviti sektor air yang baru dan pengambil alihan berjaya dilaksanakan

• Memastikan juga SPAN menggariskan secara terperinci faktor-faktor yang adil dan diambil kira dalam menentukan struktur caj yang akan dikenakan oleh syarikat-syarikat yang diberikan kontrak perkhidmatan merawat dan membekal air kepada PAAB/Kerajaan.

—————-
Ucapan penangguhan YB Ustaz Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap pada 30 Jun 2008

Dakwaan terhadap Anwar Ibrahim – Rakyat jangan terpedaya

Pakatan Rakyat percaya bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya beliau meliwat seorang pembantunya tidak lebih daripada hanya pengulangan pertuduhan tahun 1998 bagi menghancurkan karier politik beliau. Ini dilakukan sebagai tindakbalas kepada kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat.

Skandal 1998 telah memperlihatkan bagaimana seluruh institusi negara dimanipulasi bagi kepentingan pihak tertentu yang akhirnya dibuktikan satu demi satu pada hari ini. Kredibiliti kerajaan pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nama Malaysia di mata dunia akan tercemar. Proses membangunkan semula negara akan terganggu dan memakan masa. Oleh itu kami menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan ini.

Oleh kerana kredibiliti Polis DiRaja Malaysia sudah hilang di mata rakyat apabila Ketua Polis Negara pada ketika itu sendiri menyebabkan kecederaan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu skandal 1998, kami menuntut agar suatu badan bebas khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbaru ini.

Dato’ Seri Anwar juga percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di Kedutaan negara luar. Pihak berkuasa perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan beliau dan memberikan peluang sewajarnya untuk beliau mempertahankan diri bagi dakwaan kali ini.

Kenyataan media ini ditandatangani oleh Datin Seri Dr Wan Azizah bt Wan Ismail, Presiden PKR, YB Lim Guan Eng, Setiausaha DAP dan Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS pada 30 Jun 2008

MP PAS akan keluar kenyataan rasmi tengahari esok

Ahli Parlimen PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok jam 12.45 tengahari bagi memberi respon mengenai isu terkini yang melibatkan tuduhan keatas Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti ‘Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar’ di Parlimen esok (30 Jun).

Himpunan itu akan diadakan pada jam 1.00 petang sewaktu dewan berhenti sebentar untuk waktu rehat, kata satu kenyataan KeADILan hari ini.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, katanya.

Sesiapa yang ingin hadir ke perhimpunan esok untuk menyatakan sokongan untuk Anwar Ibrahim, sila berpakaian formal (lelaki – berkemeja tie, kot dan berkasut; perempuan – berpakaian kemas) dan berkumpul di Parlimen pada jam 12:45 tengahari.

Jangan percaya khabar angin – Ustaz Nasharudin

Rakyat umumnya diingat agar tidak terlalu cepat memberi ‘respons’ dan mempercayai sebarang bentuk berita ‘khabar angin’ yang belum tentu ketepatannya bagi mengelakkan salah faham.

Ini kerana, sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai usaha serta perancangan �jahat� pihak tertentu bagi memecah-belahkan Pakatan Rakyat yang baru dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, lalu.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengingat ahli serta penyokong PAS agar tidak terlalu cepat �respon� dan mempercayai berita berbentuk �khabar angin�.

Katanya, terdapat usaha-usaha pihak tertentu dibuat melalui media yang mahu memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

“Sekarang ini nampaknya, ada unsur-unsur memecah-belahkan kekuatan saf dalam Pakatan Rakyat yang cuba dimainkan oleh pihak media dengan �mainan-mainan� yang cukup bahaya.

“Kita sebagai orang PAS, ahli PAS usah ‘respon’ terlampau cepat. Sebabnya, kita (PAS) ada kepimpinan, kita ada majlis syura, kita ada pimpinan PAS Pusat, kita ada pimpinan di peringkat negeri dan kawasan.

“Jangan cepat kita ‘respons’ kepada berita yang rujuk ‘kitabnya’ Utusan Malaysia, jangan cepat kita ‘respon’ kepada berita yang ‘kitabnya� adalah TV3,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-31, PAS Kawasan Kuala Nerus, di Masjid At-Taqwa Batu Enam, dekat sini, semalam.

Ustaz Nasharudin mendedahkan, tersiar berita ‘khabar angin’ yang memfitnah dirinya ketika beliau berada di London bagi menggugat keyakinan ahli serta penyokong PAS.

“Keluar berita baru-baru ini, Saya difitnah kononnya ada berjumpa dengan Timbalan Presiden Umno, Dato� Seri Najib Tun Abdul Razak di London dan ‘peluk’ dengan dia (Najib) di sana.

“Ini fitnah untuk menimbulkan keresahan di kalangan ahli, penyokong dan pendokong PAS supaya kekuatan yang ada pada kita (PAS) sekarang ini dapat dilemahkan,� jelasnya dihadapan lebih 500 orang perwakilan dan pemerhati.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat kini semakin kuat dan sedang meningkat naik setelah berjaya membentuk kerajaan di beberapa buah negeri selepas pilihan raya lalu.

Menurutnya, sokongan rakyat terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini semakin menurun dan tidak popular lagi.

Namun begitu, katanya kekuatan yang sedang dibina sekarang adalah satu suntikan baru yang sedang berlaku dalam parti PAS hari ini.