PAS akan bantu Anwar pertahan Permatang Pauh

PAS akan berganding bahu dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP untuk mempastikan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat bertanding di Permatang Pauh.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata, PAS bersedia membantu Anwar bertanding walaupun beliau ditangkap dan dipenjarakan.

“Kita akan membantu Anwar untuk mendapat kemenangan lebih besar walaupun beliau ditangkap dan walaupun terpaksa mempertaruhkan songkoknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil permatang Pauh,” katanya ketika berucap di Taman Melewar di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak akan menghalang Anwar dari mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk mempastikan beliau bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan membuat pengumuman tentang kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi kerusi tersebut esok.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan peletakan jawatan oleh ahli parlimen kawasan itu, Dato’ Seri Wan Azizah Ismail untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Wan Azizah menang dalam pilihan raya umum kawasan tersebut, 8 Mac lalu dengan majoriti 13,388 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Pirdaus Ismail.

Wan Azizah mendapat 30,388 undi manakala Pirdaus 16,950 undi.

BN dijangka meletakkan calon tempatan untuk mempastikan Anwar tidak mudah mencapai kemenangan di kawasan tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: