Surat Presiden PAS kepada Pengundi Permatang Pauh

Kepada Pengundi Permatang Pauh khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Bahang Pilihanraya Umum ke12 masih kita rasai sehingga ke hari ini selepas Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri di Malaysia.

Namun segala usaha yang kita lakukan tidak akan berjaya tanpa bantuan Allah SWT serta sokongan dan keyakinan rakyat seluruhnya.

Syabas dan tahniah! Namun usaha kita masih belum sempurna selagi kezaliman serta penyelewengan masih berkuasa di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Pemilihan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parlimen di P44 Permatang Pauh adalah satu lagi langkah yang kita sepakati bersama bagi menumbangkan kezaliman Umno-Barisan Nasional. PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus komited dan terus berjuang membela seluruh nasib rakyat.

Saudara/i yang dihormati sekelian,

Islam tidak pernah menghalang kita untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu keadilan dan kepentingan rakyat, dalam rangka untuk memakmurkan buka bumi ini.

Saya dan seluruh kepimpinan PAS akan sentiasa komited membantu Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P44 Permatang Pauh.

Dengan pengalaman luas yang ada pada beliau serta komitmen beliau yang telah teruji dan terbukti sehingga kini, saya yakin kita akan dapat bersama-sama menyelamatkan Malaysia dan seluruh rakyat daripada ancaman kezaliman politik, penindasan ekonomi serta peminggiran agama, selama hampir 51 tahun kita merdeka.

Erti kemerdekaan yang kita capai tidak bermakna sekiranya minda dan jasad kita tetap dijajah dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat serta bernegara dan kita masih terperangkap dalam politik perkauman sempit yang memecah-belahkan kita.

Bermula dari tarikh 16 ogos 2008 Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mula berkempen di Permatang Pauh.

Pelbagai tomahan dan fitnah telah dilontarkan terhadap beliau demi melemahkan semangat para pendokong kebenaran dan menimbulkan keraguan kepada para pengundi.

Namun kita tidak pernah mengalah dan masih dapat mengekalkan keyakinan pengundi Permatang Pauh terhadap calon kita. Kemenangan pasti akan kita perolehi jika kita membulatkan tekad untuk membentuk suatu kerajaan yang adil dan berkebajikan.

Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menjadikan tarikh 26 Ogos 2008 tarikh bersejarah bagi menyaksikan pertarungan sengit antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera Parti Barisan Nasional, dimenangi oleh pihak Kebenaran dan Keadilan yang didukungi seluruh lapisan rakyat.

Bangkitlah bersama-sama kita menyokong perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan untuk semua agama, kaum dan budaya di tanah air kita.

Yakinlah kemenangan dan keadilan pasti akan dianugerahkan Allah SWT kepada kita.

Dengan ini saya merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, agar bersama-sama menggembleng tenaga menentang kezaliman, rasuah dan segala penyelewengan kuasa yang sedang berleluasa.

Sehubungan itu juga saya mengajak semua pengundi Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi calon Pakatan Rakyat.

Semoga Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita dalam kemenangan yang paling bermakna ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin!

Wassalamu alaikum dan Salam Perjuangan,

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
22 Sya�aban 1429 / 24 Ogos 2008.

2 Respons

  1. ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

    KINI TELAH DIBUKA..
    PUSAT DOWNLOAD MELAYU

    MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
    ►Audio Muzik
    ►Ceramah & Motivasi
    ——Audio
    ——Video
    ►Ebook
    ——Majalah
    ————Hiburan
    ————Humor
    ————ICT
    ————Isu Semasa
    ————Lelaki
    ————Pertahanan & Ketenteraan
    ————Remaja
    ————Sukan
    ————Wanita
    ————————Majalah PC ada,
    ————————Majalah PC Xtra ada,
    ————————Mangga ada,
    ————————Ujang ada,
    ————————Mastika ada,
    ————————Gila-Gila ada,
    ————————Majalah Apo? ada,
    ————————Majalah Gempak ada,
    ————————Majalah Utopia ada,
    ————————Majalah Mingguan Wanita ada,
    ————————Majalah Mastika ada,
    ————————Majalah Wisel ada,
    ————————Majalah Arena Bolasepak ada,
    ————————Majalah Hai ada,
    ————————Majalah Maskulin ada,
    ————————Majalah G3 ada,
    ————————Majalah Max It ada,
    ————————Majalah Star Soccer ada,
    ————————Majalah Klik ada,
    ————————Majalah Remaja ada,
    ————————Majalah CHIP ada,
    ————————Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
    ————————Majalah Rasa ada,
    ►Filem
    ——Versi DVD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ——Versi VCD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ►Rancangan Televisyen
    ——8TV
    ——Astro Ceria
    ——Astro Prima
    ——Astro RIA
    ——AXN
    ——NTV7
    ——RTM
    ——TV3
    ——TV9
    ►Video Muzik
    ——Muzik Indonesia

    dan banyak lagi..!!!

    Masuk sini= http://jiwang.notlong.com

    TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

  2. Apakah PAS terlupa bahawa DAP pernah membangkitkan isu azan?

    Dr Siti Mariah Mahmud (AJK PAS Pusat, Ahli Parlimen Kota Raja) telah membuat laporan polis berhubung isu azan di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi, 11 September 2008.

    Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir Toyo mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

    Berikut adalah surat berkenaan petisyen azan di Masjid Bandar Kinrara, Seksyen 5, Puchong.

    Seramai 186 orang menandatangi petisyen ini mengadu tentang pembesar suara di masjid terbabit. “Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ. Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam.” ujar Steven Ee (wakil penduduk yang menulis surat bantahan) kepada Malaysiakini.

    Apakah masjid tersebut menggunakan pembesar suara yang berlainan untuk azan Subuh dan bacaan ayat Al-Quran sebelum Subuh?

    Baca ulasan Tan Seng Giaw berkenaan azan blognya.

    “Today (25 October, 2005) while debating the budgetary allocation for the Prime Minister’s Department such as RM225,905,000 for Jakim, I asked the department to interpret azan which arises from a revelation through a dream. Azan is from al-i’lam (announcement) or an-nida (call). I hope Jakim will interpret the term as it appears in the Koran such as Surah IX Repentence,3; Surah XXII The Pilgrimage,27; Surah V The Table Spread, 58; Surah XVIII The Children of Israel, 110 and The Story of Bukhari and Muslim.

    Surah IX Repentence, 3: “And a proclamation from Allah and His messenger to all men on the day of the Greater Pilgrimage…..”. Surah XXII, The Pilgrimage, 27: “And proclaim unto mankind the Pilgrimage…..” Surah V, The Table Spread, 58:” And when ye call for prayer…..” Surah XVIII, The Children of Israel, 110: Say (unto mankind): Cry unto Allah, or cry unto the Beneficent, unto whichsoever ye cry (it is the same). His are the most beautiful names. And thou (Muhammad), be not loud voiced in thy worship nor yet silence therein, but follow a way between.”

    Dewan Pemuda PAS pernah mengecam DAP berkenaan dengan isu azan dalam satu artikel yang ditulis oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) dalam Harakahdaily pada 17 April 2007. Beliau kesal dengan tindakan Ahli Parlimen DAP dari Kepong, Dr Tan Seng Giaw yang masih lagi membangkitkan isu azan yang didakwa mengganggu ketenteraman masyarakat bukan Islam di negara ini. Tan Seng Giaw juga pernah memprotes tulisan jawi pada papan tanda nama jalan bersama dengan Teresa Kok pada 14 Februari 2008.

    Tan Seng Giaw pernah membangkitkan isu azan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen Kesebelas Penggal Keempat, Mesyuarat Pertama bertarikh 10 April 2007. Apakah ini sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan ‘Interfaith Council’ (IFC)?. Walau bagaimanapun, Tan mengakui bahawa perkara ini dibangkitkan berdasarkan aduan seorang penduduk yang tidak puas hati dengan azan subuh di Taman Putera, Jinjang Utara pada hari tersebut.

    Adakah kerana kehendak seorang penyokong beliau, maka azan ini perlu diperlahankan? Apa pandangan orang orang PAS ? Sama pendirian dengan Dr Mariah atau mengikut pandangan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan?

    AZRINIZAM IBRAHIM
    Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

    http://anginperubahan.blogspot.com/2008/09/timbalan-pengerusi-dap-pernah.html

    Mesej ini Dibawa khas secara percuma oleh :

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: