MP PKR Kapar diminta batal hasrat letak jawatan

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kapar, S. Manikavasagam berkata, beliau telah diminta Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membatalkan pendiriannya yang mahu letak jawatan Timbalan Pengerusi PKR Selangor ekoran isu kuil di Ampang dirobohkan.

“Saya ada menemui Datuk Seri (Anwar) pagi ini di mahkamah (Sesyen, Jalan Duta) dan saya menjelaskan pendirian dan perkembangan yang berlaku.

“Beliau mengambil maklum dan meminta saya berbincang dengan Menteri Besar dan menarik balik keputusan untuk meletakkan jawatan,” kata beliau hari ini.

Minggu lalu Manikavasagam mengumumkan bahawa beliau telah membuat pendirian untuk tidak lagi memegang jawatan tersebut jika pucuk kepimpinan negeri gagal menangani isu berkenaan.

Umno/ BN penting kuasa…. biar rakyat menderita – MP PAS Kubang Kerian

Ahli Pakyat Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menggesa kerajaan agar tidak membiarkan rakyat menderita dikala pemimpin mereka (Umno dan komponen BN) sedang bergelut merebut jawatan dalam kepimpimpinan parti mereka masing-masing.

Salahuddin terus jumpa rakyat menderita

Salahuddin terus jumpa rakyat menderita

“Sebagai Ahli Parlimen, beliau tidak mahu melihat rakyat mengalami penderitaaan ekoran tindak tanduk daripada ahli parti komponen BN yang sedang hangat berebut kuasa sehingga menggadaikan masa depan negara,” kata salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pengumuman yang bakal dilakukan Perdana Menteri esok samada beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno atau tidak.

Perebutan kuasa dalam Umno dan parti komponen BN yang berlaku sekarang terjadi sejak dulu lagi dan tiada perubahan yang berlaku untuk membaiki fenomena tersebut.

Parti Gerakan mula membuka mulut apabila mereka tewas di banyak kerusi pada pilihanraya lalu sehingga sanggup mengugut untuk keluar BN bagi mencari kuasa yang lebih kuat. Ini menunjukkan BN dan komponennya hanya mementingkan kuasa sahaja dalam sebarang tindak-tanduk yang dilakukan.