Kementerian perlu ‘streaming’ awal supaya pelajar tidak tercicir

Soalan Jawab Lisan
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya yang berkisar sekitar revolusi pendidikan yang sepatutnya mengambil kira pemikiran-pemikiran yang di luar kerangka dan kotak pemikiran lama yang melihat dan menghukum pelajar-pelajar dengan assessment yang lebih tertumpu pada critical intelligence. Sesuai dengan edaran ataupun evolusi pemikiran yang mengambil kira tujuh domain intelligent termasuklah kinesthetic ataupun yang bersifat locomotor.

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Apakah kementerian bersedia untuk lebih mengawalkan lagi daripada tunggu mereka tercicir di peringkat PMR supaya dilakukan streaming itu dalam peringkat rendah, sekolah rendah atau lebih awal daripada itu yang akan meletakkan mereka itu kena dan sesuai dengan intelligent yang mereka ada. Tidak menghukum mereka tatkala mereka gagal sama ada di UPSR mahupun di PMR kerana kita mengikut statistik kementerian sendiri keciciran itu adalah agak tinggi.

Apakah boleh kiranya kementerian mengambil peredaran, pemikiran pendidikan hari ini yang lebih bersifat holistik dan integrated daripada apa yang saya maksudkan tadi, tujuh domain intelligent yang saya andaikan Yang Berhormat Timbalan Menteri faham. Dari apa yang dikemukakan. Ini bukan perkara baru, Profesor ‘Howard’ sudah dua dekad.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Jadi, jangan tunggu mereka tercicir.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Soalan?
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Soalannya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Dua kali tanya dah Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sampai dah itu, Dua kali tanya dah ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Soalannya, apakah kementerian bersedia untuk melakukan streaming pada peringkat awal supaya mereka tidak tercicir dan terus tercicir kerana safety nya adalah agak tinggi. Sekian, terima kasih.

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam rangka kita membuat transformasi dari segi pendidikan. Kita juga melihat perkara-perkara yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat termasuk dari segi creative thinking dan kita membuat streaming pada peringkat yang lebih awal.

Salah satu pendekatan yang digunakan adalah kita telah memperkenalkan aptitude test dan kita hendak melihat kecenderungan pelajar itu sejak awal lagi bagaimana pelajar itu dapat kita melihat dari segi bakatnya.

Keduanya, kalau kita melihat. Yang Berhormat mengatakan selepas seseorang itu gagal dalam UPSR atau PMR, sebenarnya dalam sistem pendidikan kita tidak ada yang kata gagal dalam UPSR dan kita lihat dari segi kecenderungan seseorang itu dan mungkin kita akan memperluaskan lagi mata pelajaran MPV.

Pada sekolah-sekolah, kalau melihat kekangan ataupun kemampuan kewangan yang ada, saya rasa mungkin kita memperluaskan lagi, banyak sekolah lagi dan kita memperkenalkan dari segi aliran vokasional itu yang ianya boleh diaplikasikan apabila mereka menceburi dalam bidang yang mereka cenderung itu. Terima kasih.

Soalan asal
Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah program-program yang diperkenalkan oleh kementerian untuk membantu pelajar-pelajar yang berprestasi rendah dalam mencapai Penilaian Menengah Rendah yang kurang berminat dalam bidang akademik supaya mereka terus berada dalam sistem pendidikan negara.

RUJUK: 14 Oktober 2008

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: