MP PAS Titiwangsa: Menteri sambut baik cadangan mempromosikan lagu-lagu tadisional

Dr. Lo’ Lo Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya tentang muzik tradisional ini.

Adakah pihak Yang Berhormat menyedari bahawa di dalam kapal terbang misalnya dalam kapal terbang MAS, dalam kapal terbang AirAsia dan juga dalam ERL yang kita naiki untuk KLIA. Lagu-lagu yang dimainkan bukanlah lagu-lagu muzik tradisional tetapi lagu-lagu dikatakan simfoni barat dan sebagainya.

Jadi, tidaklah ada satu tindakan daripada kementerian dalam mempromosikan lagu-lagu tradisional melalui pengangkutan-pengangkutan yang begitu penting dan popular di negara kita?

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih atas pandangan dan saranan Yang Berhormat Titiwangsa tadi. Sebenarnya, pihak kementerian berhubung dengan agensi-agensi seperti penerbangan di peringkat awal dan di peringkat Kabinet pun kita banyak bincangkan bukan hanya dari segi makanan tradisional perlu dihidangkan bahkan juga lukisan atau pun gambaran yang ada di dalam kapal terbang itu harus menggambarkan identiti keunikan seperti label MAS itu sendiri.

Begitu juga dengan muzik yang ada. Sebenarnya saya tidak tahu mungkin masa Yang Berhormat terbang itu muzik tradisional tidak kedengaran. Saya apabila balik ke Sabah kadang-kadang muzik yang saya dengar, malahan apabila ke London Music yang saya ingat, Sekapur Sirih..,. lagu itu teringat
masa saya kahwin di Sungai Petani.

Jadi, itu satu muzik yang agak tradisional yang mengenangkan beberapa peristiwa. Sebenarnya ada, walaupun demikian cadangan Yang Berhormat saya alu-alukan dan saya akan usahakan untuk meningkatkan lagi, mungkin di ERL.

Mungkin itu pun satu daripada mungkin cadangan yang perlu kita guna pakai. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Lo’ Lo Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya kira satu usaha yang lebih bersungguh-sungguh perlu dilakukan oleh kementerian dalam mempromosikan makanan tradisional di lapangan-lapangan terbang.
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa: Ingin tahu insentif tubuh Pasukan Bomba Sukarela

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya adakah Ahli Parlimen di bawah Pusat Khidmat Wakil Rakyat ini boleh menubuhkan pasukan bomba seperti yang tersebut itu dan adakah insentif-insentif ataupun kos yang perlu ditanggung? Terima kasih.

Dato’ Seri Ong Ka Chuan: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kalau di tempat kita tidak ada balai bomba, kita memang menggalakkan pasukan bomba sukarela ini di mana kita akan beri latihan kepada pasukan sukarela, kemudian kelengkapan akan diberi.

Buat masa sekarang kita ada beri satu kereta Proton Arena yang kita ubahsuai yang dilengkapi dengan pump hose fitting dan sebagainya. Sebenarnya tujuannya untuk mereka dapat menyelamatkan, orang kata, “golden hour” dalam lima minit sebelum pasukan dari balai bomba yang sebenarnya datang, kita harap pasukan sukarela ini ia dapat memainkan peranan dalam masa kecemasan itu.

Maka kita akan memberi latihan dan kelengkapan seperti yang disebutkan tadi.

Rujuk: Pencelahan Penggulungan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Chuan, 30 Oktober 2008, ms 194

MP PAS Hulu Langat: Ingin tahu status insinerator yang tidak beroperasi

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mengenai incinerators yang ada di pulau-pulau, umpamanya Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan sebagainya, bagaimana status sekarang dan di Bintulu yang tidak beroperasi?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kota Melaka bangun lagi.
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu. Saya ingin hendak minta penjelasan, adakah tapak pengurusan sisa pepejal ini di Sungai Udang yang dikatakan juga landfill, jika bukan incinerator.

Adakah ini juga landfill seperti sedia ada di Bukit Gelugor? Adakah sama dengan Sungai Udang?

Dato’ Seri Ong Ka Chuan: Mengenai dengan incinerator, sebenarnya incinerator yang kita pakai dalam pulau-pulau ini adalah satu jenis incinerator yang teknologinya belum mencapai kepada piawaian yang diperlukan. Maka sebenarnya tidak boleh diiktiraf sebagai incinerator yang sebenarnya.

Jadi ini cuma macam satu tempat pembakaran sampah sahajalah, tetapi kita akan kaji supaya ada teknologi yang lebih canggih boleh digunakan untuk incinerator generasi yang baru. Kalau ada, kita dapat bertemu dengan teknologi yang lebih boleh dipercayai, maka kita akan gunakan teknologi incinerator ini.

Berkenaan dengan tempat pelupusan sisa pepejal Sungai Udang, ia adalah jenis landfill tetapi adalah sanitary landfill. Bermaksud ia bukan landfill yang biasa. Ia akan dilengkapi dengan semua sistem tapisan dan sebagainya supaya pencemaran tidak akan berlaku dan kemudian ia penuh dengan loji pembersihan dan sebagainya. Maka ia adalah satu jenis landfill yang lebih lengkap dan lebih boleh dipercayailah.

Rujuk: Pencelahan Penggulungan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Chuan, 30 Oktober 2008, ms 193-194

MP PAS Kubang Kerian: Asas-asas pendidikan ini, kembali kepada semangat agama, kembali kepada menghayati ketuhanan itu sendiri

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Penjelasan akhir, tentang modal insan. Terima kasih Timbalan Menteri yang begitu arif tentang modal insan ini. Cuma saya hendak bertanya bila bercakap tentang modal insan ini yang hendak kita bina adalah insan itu. Insan itu ada khalik, penciptanya. Saya rasa itu falsafah yang kita tidak boleh hendak tinggalkan.

Adakah dalam kita menuju kepada penyempurnaan modal insan ini, adakah kementerian telah bersedia sebenarnya untuk bagi orang Islam itu menjurus kepada agamanya. Ini rakyat kita Malaysia. Bagi orang Kristian dijuruskan kepada agama mereka itu, Hindu begitu juga.

Ini telah diamalkan saya melihat kalau kita mengkaji tentang why finnish education ini berjaya antara sebabnya ialah dia boleh membeli dunia hari ini dengan jenama Nokia seumpamanya. Kerana dia kembali kepada asas-asas pendidikan ini, kembali kepada semangat agama, kembali kepada menghayati ketuhanan itu sendiri.

Jadi adakah Kementerian Pelajaran telah menyediakan misalnya satu bengkel khusus mencari kepakaran ini sebagaimana kita seharusnya mengolah kembali perkara ini supaya modal insan yang kita hendak perjuangkan ini tidak tersasar ataupun tidak terbabas daripada falsafah asal itu iaitu untuk membina insan itu sendiri.

Kalau boleh kita kongsi bersama sebagai tanggungjawab bersama kita untuk melihat generasi yang akan datang adalah generasi bertanggungjawab kepada tuhannya, negaranya dan juga masyarakatnya. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Ismail: Yang Berhormat, memang kementerian kita Kementerian Pelajaran kita bertitik tolak pendidikan itu berdasarkan kepada falsafah pendidikan kebangsaan kita. Falsafah yang menyatakan bahawa pembangunan secara menyeluruh, pembangunan diri insan berdasarkan kepada affirm believe and motion to god, berdasarkan kepada kepatuhan dan kepercayaan kepada tuhan.

Ini adalah merupakan teras dan intipati dalam falsafah pendidikan kebangsaan kita. Yang diberi keutamaan ialah pembangunan diri insan, diri individu itu sendiri.
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa: Kementerian perlu buat kajian … 80% orang muda Islam tidak Solat

Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menambah di sini sikit iaitu saya rasa saya patut dahulukan dengan ucapan tahniah dan syabas atas usaha-usaha yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri khususnya, tetapi kita dapati banyak sekali kajian ataupun antara figure yang popular yang sering menyebut tentang kajian-kajian ini adalah Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang mengatakan 80% kita katakan orang muda Islam di Malaysia ini tidak solat.

Jadi kenapakah perkara ini agaknya berlaku dan adakah kementerian membuat kajian yang sama? Malah baru-baru ini seorang guru semasa dalam satu program motivasi untuk pelajar-pelajar SPM seramai lebih kurang 200 orang di Lembah Kelang ini, saya tak sebut nama sekolah itu. Dia bertanya, “Subuh tadi berapa orang yang solat Subuh?”

Jujur dia kata. Daripada 200 orang, cuma tiga orang saja solat. Saya tidak nak meletakkan semua salah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga kementerian tetapi bagaimana agaknya kita boleh sama-sama mencari jalan untuk mengatasi permasalahan ini. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Ismail: Terima kasih. Ayat yang terakhir itu, bagaimana kita samasama. Ini adalah kolektif responsibility, ini adalah merupakan amanah dan tanggungjawab setiap seorang daripada kita termasuk diri kita sebagai seorang ayah, diri kita sebagai seorang ibu, diri kita sebagai seorang guru, diri kita sebagai seorang pemimpin masyarakat.

Apakah saja, ini adalah merupakan tanggungjawab bersama malah saya rasa perkara yang paling penting ialah asuhan di rumah. Sejak kecil lagi bagaimana anak-anak itu diasuh untuk mengerti, memahami, dapat kawal diri, dapat menyedari tentang hakikat dirinya, dapat memberi dirinya demi kebaikan.

Saya rasa ini adalah merupakan asuhan yang terpancar daripada satu keluarga yang benar-benar prihatin tentang tingkah laku dan adab anak-anak.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah kementerian menyedari bahawa ada satu kaedah yang dinamakan KIU, di mana kaedah ini merupakan satu bentuk pertuturan unik di mana setiap pelajar yang cacat pendengaran diajar, dilatih bertutur dengan melihat gerakan bibir dan juga gerakan tangan serta bunyi.

Sehingga akhirnya mereka ini boleh mengeluarkan bunyibunyi. Walaupun tidak 100% sama seperti orang yang mendengar, tetapi bunyi yang boleh difahami.

Saya baru-baru ini telah dijemput menghadiri majlis khatam Al-Quran pelajar-pelajar yang berada di kawasan Kampung Pandan, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh sebuah NGO dan mereka mengguna pakaikan sistem KIU ini. Di mana, lebih kurang dalam 10 pelajarpelajar ini telah khatam Al-Quran. Mereka berumur di antara 11 hingga 12 tahun, walaupun mereka cacat pendengaran, mereka boleh membaca Al-Quran dan membunyikan Al-Quran itu sehingga kita boleh memahami.

Adakah pihak kementerian menyedari kaedah ini wujud?
Teruskan membaca

MP PAS Pokok Sena: Sistem persekolahan gagal membentuk moral dan jati diri … lebih menumpu ‘exam orineted’

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan moral, persoalan identiti, soal jati diri di kalangan pelajar-pelajar yang akhirnya akan melahirkan seorang warganegara yang baik dalam negara kita ini.

Kadang-kadang saya lihat bahawa sejauh mana kementerian melihat daripada segi perseimbangan antara penumpuan kepada persoalan pencapaian akademik dengan persoalan mutu moral dan juga melahirkan jati diri di kalangan pelajar-pelajar.

Saya bimbang Yang Berhormat bahawa kadang-kadang bila terlalu tumpuan bukan saja kepada guru saya katakan tetapi oleh kerana sistem sudah jadi begitu, ia mempengaruhi ibu bapa dan mempengaruhi masyarakat membuat penilaian pencapaian anak-anak kita di sekolah ialah berapa A dia boleh skor, itu saja.

Jadi akhirnya ibu bapa pun lebih tumpu kepada persoalan pencapaian daripada sudut exam oriented nya. Guru begitu, pelajar pun begitu jadi akhirnya semua pihak hilang tumpuan, hilang fokus kepada persoalan-persoalan moral, persoalan jati diri.

Sebab itu akhirnya lepas sekolah kita terpaksa hantar pula pergi PLKN. Maknanya PLKN itu menggambarkan, mencerminkan pada awal penubuhannya ialah kerana timbulnya masalah moral, masalah tak ada jati dirinya dan hilang identitinya di kalangan masyarakat anak-anak muda kita ini, lalu lahirlah PLKN.

Jadi bermakna bahawa berapa belas tahun dalam sistem persekolahan ini kita gagal untuk membentuk daripada segi moralnya, daripada segi jati dirinya, daripada segi identitinya.

Jadi saya minta sejauh mana perimbangan ini untuk menyebabkan supaya kita tidak sangat sampai tertumpu kepada soal orientasi peperiksaan. Bukan saya katakan tidak penting tetapi harus diimbangi penilaian-penilaian itu supaya tumpuan kepada persoalan moral tadi.

Yang kedua itu saya nak balik kepada soal sekolah antarabangsa tadi, saya minta berapa jumlah pelajar-pelajar daripada rakyat Malaysia yang berada di sekolah-sekolah antarabangsa di dalam negara kita ini. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Ismail: Yang pertama Yang Berhormat Kepong ya. Saya ucapkan terima kasih di atas cadangan supaya kita selalu menyemak semula kurikulum kita. Yang penting bukannya dia punya content itu but the how to. Bukan nilai-nilai yang tersenarai ada 14 hingga 16 nilai itu.

Bukan kita nak menghafalnya tapi kita memahaminya, kita boleh beramal pada nilai-nilai itu dan juga menghayatinya. Memang saya bersetuju dan kita juga melihat iaitu dalam kita membangunkan seorang manusia, yang paling penting ialah kita memberi fokus kepada diri individu itu sendiri.
Teruskan membaca

MP PAS Hulu Langat: Ingin tahu rancangan Kementerian atasi bilangan pelajar yang padat …

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut dari segi infrastruktur akan menambah asrama, rumah guru dan sekolah-sekolah yang uzur dan usang tapi bagaimana sekolah-sekolah di bandar yang mempunyai pelajar yang ramai dalam satu kelas umpamanya hampir 50 orang satu kelas dan bilangan kelas pun banyak umpamanya tingkatan lima sampai 15 kelas dan tingkatan satu sampai 17 kelas.

Adakah ada rancangan untuk ditambah kelas ataupun tambah sekolah umpamanya di Hulu Langatlah di Sekolah Abdul Jalil di Bandar Baru Bangi yang bilangan pelajarnya agak padat. Terima kasih.

Dato’ Razali bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Memang Kementerian Pelajaran terutamanya bahagian pembangunan Kementerian Pelajaran sentiasa mendapat maklum balas daripada akar umbi yakni daripada sekolah daripada PPD dan juga daripada Jabatan Pelajaran Negeri yang melaporkan dari semasa ke semasa tentang status dan permasalahan pendidikan anak-anak juga termasuk infrastrukturnya.

Namun demikian beberapa perkara yang harus diambil perhatian iaitu keadaan sekarang ini di mana keadaan ekonomi kita yang agak menghadapi masalah keadaan ekonomi secara global itu di mana kita menghadapi masalah dengan peningkatan kos semasa ini yang melebihi 20% telah menyebabkan keperluan syiling meningkat sebanyak RM5.9 bilion.

Ini sekali gus menyebabkan Kementerian Pelajaran perlu berhati-hati dalam keadaan ekonomi sekarang ini yang menyebabkan beberapa projek dan program Kementerian Pelajaran terpaksa dirancang semula ataupun dilihat dan ditinjau semula dalam keadaan constraint kewangan dan situasi ekonomi semasa.

Walau bagaimanapun saya kira Kementerian Pelajaran apabila keadaan kembali pulih, maka tindakan dan strategi untuk membaiki isu-isu yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat akan diambil.

Rujuk: Pencelahan penggulungan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali bin Ismail, 30 Oktober 2008, ms 165-166

MP PAS Pokok Sena: MB Kelantan ada buat rombongan pelaburan ke China dan Dubai

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan pelaburan di Kelantan, tadi Yang Berhormat sebut tidak ada rombongan, pelaburan dan mungkin tidak ada pelaburan yang masuk.

Cuma saya hendak tanya adakah Yang Berhormat ada maklumat tentang wujudnya pelaburan dalam sektor pertanian daripada Singapura di Kelantan dan Jepun juga telah membesarkan pelaburan dia dalam kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa dan juga kita juga mendapat pelabur daripada China dalam industri perlombongan emas di Kelantan.

Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri memperbetulkan maklumat ini dan rombongan-rombongan yang dibuat oleh Menteri Besar ke China dan juga ke Dubai mengetuai rombongan-rombongan kontinjen pelaburan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jerlun juga bangun. Hendak beri peluang ini?
Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Ya, baik.

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh apa yang Yang Berhormat sebut tadi mengenai FTA dengan Amerika Syarikat. Kalau kita sudah tahu keadaan di Amerika Syarikat begitu tidak menentu bukan hanya dari segi ekonominya yang kian merosot, skandal kewangan dan juga pilihan raya yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Tidakkah lebih wajar untuk kita buat masa ini tangguhkan dahulu perbincangan dan perundingan kita dengan pihak Kerajaan Amerika Syarikat tentang FTA ini sehinggalah keadaan lebih stabil dan kita benar-benar yakin bahawa segala yang kita putuskan itu akan mempertahankan ekonomi kita daripada sebarang masalah kelak.

Yang keduanya, berkait juga dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Pokok Sena mengenai lawatan-lawatan yang dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Contohnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah diketuai oleh Ketua Menterinya sendiri ke Emiriyah Arab Bersatu di mana mereka sudah tentu mempromosikan negeri Pulau Pinang itu sebagai satu destinasi pelaburan yang baik. Tidakkah Yang Berhormat Menteri rasakan tidak adil bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang telah sekian lama membangunkan negeri tersebut tetapi apabila kalah di pilihan raya tiba-tiba pihak Pakatan Rakyat pula mengambil kredit, belum cukup setahun jagung pun memerintah negeri itu tetapi mempromosikan negerinya seolah-olah dialah yang membawa pembangunan yang begitu pesat hingga membawa kemajuan pada negeri tersebut. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kalah Ketua Pemuda …
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: Kerajaan Gagal Lagi Menggamit Pelaburan Asing

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Saya kira semua kita bertanggungjawab sama ada kerajaan mahupun di sebelah sini Pakatan Rakyat. Saya rasa tidak ada yang cuba untuk subvert ataupun sabotaj ekonomi negara. Ini kepentingan bersama yang kita perjuangkan. Di sana tidak ada pertikaian seharusnya. Sana kerajaan, this is royal opposition, begitu sepatutnya sikap. Bercakap tentang pelaburan dan apa yang menjejaskan pelaburan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri sedia maklum. Dalam persoalan kegagalan kita menggamit pelaburan asing langsung ia bukan hanya satu faktor. Kalau satu jari kita menuduh orang lain, mungkin empat atau tiga balik kepada kita Yang Berhormat Menteri. Kita kena sedar juga.

Di samping political uncertainties ini dengan izin ataupun ketidaktentuan kedudukan politic, kita sudah pun mengalami dan diakui sendiri oleh research houses seperti CIMB, ASEAN Bankers. Pada tahun ini juga kita mendapati walaupun Yang Berhormat Menteri menafikan perkara ini, actual outflow yang lebih daripada inflow.

Pada 15 Ogos hingga 29 Ogos yang lalu kita dapati RM3 bilion outflow and there is a resultant outflow
of RM8.99 billion.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, isu ini telah pun dibahaskan Yang Berhormat.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Jadi kalau Yang Berhormat Menteri cuba untuk menolak begitu sahaja dengan tidak mengakui bahawa di sana ada faktor-faktor lain, kalau boleh saya sebutkan isu dari segi Malaysian ranking in doing business.

Kita belum selesa untuk mengatakan bahawa kita di kedudukan yang baik. Saya sebutkan apabila saya membahaskan perkara ini, mission the ten kalau kita lihat daripada dalam konteks South Asia sendiri pun, kita tidak menduduki tempat yang selesa. Jadi oleh kerana itu, satu contoh yang nak saya sebutkan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat dalam minta penjelasan.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sikit lagi. Faktor kalau kita lihat persoalan orang yang nak masuk dan satu perkara di sudut undang-undang yang saya katakan multi factorial tadi bukan hanya dari sudut political uncertainties, tetapi dari sudut undang-undang pun, kepercayaan kepada undang-undang.

Most yang saya tahu, yang mahu membuat pelaburan di sini, apabila mereka mahu memateraikan di mana undang-undang yang mereka mahu merujuk kepada arbitration seandainya berlaku pertikaian, mereka tidak mengambil undang-undang di Malaysia ini.

Ramai yang mahu merujuk arbitration di Middle East di Dubai contohnya, di Singapura contohnya atau pun di negara-negara lain, kenapa? Kerana ada persepsi kepada ketidakyakinan kepada undang-undang dan ini merupakan juga satu perkara yang perlu dilihat oleh negara ini.

Jadi ia tidak semudah untuk mengatakan bahawa dituduh pembangkang cuba untuk menjejaskan kemasukan FDI. Saya rasa itu tidak bertanggungjawab sama sekali kerana perlu dilihat faktor-faktor yang lain dan perkara ini tidak boleh diambil mudah mengikut kata Yang Berhormat Pasir Salak sebegitu saja untuk disokong oleh menteri. Terima kasih

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Boleh jawab sekali?
Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya Kubang Kerian.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Melanjutkan apa yang disebut Yang Berhormat Pasir Salak tadi dan diakui sendiri oleh menteri yang menjawab. Kalau mendakwa bahawa pembangkang memberikan sumbangan kepada apa yang dikatakan political uncertainties ini, isu pengambilalihan kuasa ini dianggap satu faktor yang menteri mengakui tadi.
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa: Status Rakyat luar negara berkahwin dengan Rakyat Malaysia?

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengemukakan juga berkenaan dengan keluhan sebahagian daripada masyarakat kita iaitu mereka ini adalah terdiri daripada pasangan kepada rakyat Malaysia. Mereka ini rakyat luar negara berkahwin dengan rakyat Malaysia.

Malangnya berkahwin dengan rakyat Malaysia ini walaupun telah duduk di sini berbelas-belas tahun tapi mereka masih belum lagi mendapat kerakyatan dan tidak diiktiraf sebagai rakyat Malaysia meskipun anak-anak mereka bersekolah di sini.

Mereka membesarkan anak-anak mereka di Malaysia malah sering kali apabila mereka kerana Jabatan Imigresen itu kalau sekiranya terlambat sedikit misalnya atas apa-apa sebab maka mereka telah dicharge over stay dengan izin.

Jadi mereka mengatakan bagaimana kami overstay in our own home country dalam negara kami sendiri. Jadi saya kira ini pun juga perlu diberi perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.
Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat panjang lagi Yang Berhormat?
Dato’ Chor Chee Heung: Sikit sahaja. Tinggal sikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, habiskan Yang Berhormat ya.
Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih kepada dua-dua Yang Berhormat. Satu mengenai permohonan sama ada status pemastautin tetap ataupun kewarganegaraan sukarlah saya di sini ingin memberikan jawapan kepada Yang Berhormat.
Teruskan membaca