Beli Eurocopter: PAC masih siasat pembelian RM1.6 bilion walaupun telah ditangguhkan

Pembelian Eurocopter, yang memerlukan dana RM1.6 bilion, yang ditangguhkan Selasa lalu masih dalam siasatan. Demikian hasil siasatan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebentar tadi.

Jawatankuasa itu mengadakan pertemuan sejak minggu lalu untuk meneliti isu pembelian Eurocopter yang ditangguhkan minggu lalu.

Ketika mengumumkan hasil siasatannya, Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, siasatan pihaknya menunjukkan semua prosedur pembeliannya dijalankan dengan betul.

“Tanggungjawab PAC ialah untuk melihat prosedur diikuti dan perlu diingat bahawa ini ialah tender antarabangsa,” kata beliau di bangunan Parlimen.

Siasatan PAC tidak hanya memberi tumpuan kepada isu pembelian Eurocopter sebaliknya turut menyentuh mengenai perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab jawatankuasa tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu mengumumkan penangguhan tersebut berkata, PAC diberi peluang untuk memperhalusi mengenai perkara yang berkaitan dengan cadangan pembelian 12 buah Eurocopter EC-725.

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meneliti isu pembelian Eurocopter akan diteruskan hari ini walaupun kerajaan telah memutuskan penangguhan pembelian helikopter terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rancangan pembelian Eurocopter yang secara keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion akan ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi mengizinkan.
Teruskan membaca

MP PAS Tumpat: Bilakah Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Integriti, Perpaduan Kaum dan Hubungan Luar Negara akan dibentuk

Soalan Jawab Lisan yang dijawab secara bertulis oleh pihak kerajaan:
Dato Kamarudin Jaffar Minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Integriti, Perpaduan Kaum dan Hubungan Luar Negara akan dibentuk.

Tuan Yang Di-Pertua,
Sebelum pembubaran Parlimen pada 13 Februari 2008 yang lalu, hanya terdapat 3 buah Jawatankuasa Pilihan Khas, iaitu Jawatankuasa Pilihan khas mengenai Integriti, Jawtankuasa Pilihan Khas Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara dan Jawatankuasa Pilihan Khas Menegnai Etika. Jawatankuasa-jawatankuasa ini kemudiannya terbubar dengan sendirinya kesan akibat langsung daripada pembubaran Parlimen.

Pada masa ini, Kerajaan masih lagi dalam pertimbangan untuk mewujudkan semula jawatankuasa-jawatankuasa yang ada serta jawatankuasa-jawatankuasa yang lain tertakluk kepada keutamaan penubuhan jawtankuasa yang berkaitan. Ahli-ahli Yang Berhormat bebas untuk memberi apa-apa cadangan dan akan dikaji oleh Kerajaan.