MP PAS Kota Raja: Peruntukan RM500 ribu untuk satu Parlimen … akhirnya atas budi bicara Perdana Menteri

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat lain. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kepada Maksud B.1, Butiran 01000 – Urusan Parlimen.

Sebenarnya perkara yang akan saya bangkitkan hari ini Tuan Pengerusi, tidak ada dalam ini tetapi kerana kita Ahli Parlimen, maka saya merasakan bahawa satu peruntukan perlu diadakan untuk Ahli-ahli Parlimen untuk mengurus pusat-pusat khidmat masyarakat mereka.

Saya sebagai Ahli Parlimen yang baru, amat merasakan tekanan ini kerana pertama kami tidak ada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Walaupun sebelum ini RM500 ribu dikatakan untuk satu Parlimen, tetapi saya telah bertanya dan saya telah menelefon dan akhirnya ke atas budi bicara Perdana Menteri. Kita dipilih oleh rakyat Tuan Pengerusi dan kita diharapkan menjalankan tanggungjawab, tetapi bagaimana kita hendak menjalankan tanggungjawab apabila kita tidak diberi prasarana, kemudahan untuk kita melakukan tanggungjawab.

Saya dan kawan-kawan yang lain, serupa jugalah saya ingat dengan kawan-kawan daripada Barisan Nasional tetapi saya rasa kawankawan, Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Barisan Nasional mempunyai kelapangan sedikit di segi kewangan, kerana masing-masing mungkin ada post-post, jawatan-jawatan dalam GLC dan sebagainya.

Ada yang menjadi pengerusi dan ada yang memegang board of directors dan sebagainya, tetapi kami tidak ada. Terus terang saya cakapkan di sini, bukan untuk diri saya sendiri tetapi untuk rakyat. Kita semua tahu bahawa rakyat tidak membezakan antara Ahli Parlimen dengan ADUN.

Bagi mereka itu adalah wakil rakyat. Kami ada masalah, kami datang dan kamu perlu tolong. Setakat ini Tuan Pengerusi, kebanyakan kami menggunakan elaun-elaun yang ada. Saya sendiri tidak memakai pemandu Tuan Pengerusi kerana elaun pemandu itu boleh saya gunakan untuk menggaji kerani di pejabat dan pegawai perhubungan di dalam pejabat saya. Jadi saya harap dimasukkan…

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Rompin berdiri saya tidak tahu kalau Yang Berhormat kasi laluan atau tidak. Yang Berhormat Rompin berdiri.

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Tidak mahu.
Tuan Pengerusi: Dia tidak mahu Yang Berhormat.
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Yang Berhormat Rompin, kemudian. Saya hendak kata sebab 10 minit sahaja Tuan Pengerusi. Jadi saya harap bahawa akan datang nanti maka perkara ini dibawa dan Parlimen dapat bersetuju.

Seperti di negaranegara lain – walaupun kita Ahli Parlimen daripada parti pembangkang, seperti di Turki di Indonesia, di Thailand, mereka semua ada peruntukan untuk pejabat, malah mereka juga ada peruntukan gaji untuk pembantu-pembantu mereka, tetapi kita tidak ada. Kita kena berkhidmat untuk rakyat, kita kena buat research. Kita kena buat itu dan ini padahal kita tidak ada kemampuan di segi kewangan.

Jadi saya mohon pihak Parlimen dan Tuan Pengerusi sendiri untuk melihat kepada perkara ini. Kedua saya ingin membawa kepada Maksud B.4, Butiran 010300 – Teknologi Maklumat. Dalam perkara ini kita lihat SPR sekarang ini menjalankan pendaftaran pemilih sepanjang tahun. Setiap tiga bulan, senarai daftar pemilik ini diupdatekan.
Teruskan membaca

MP PAS Kubang Kerian: Pusat Tahanan Kamunting ‘benchmark’ penanda aras kezaliman yang mesti diruntuhkan

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyambung ucapan saya semalam bila saya merujuk Kepala B.6 tentang butiran 050000 dan butiran 050500.

Tuan Pengerusi, untuk mengakhiri topik ini, saya sekali lagi meminta supaya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus mengambil langkah-langkah yang proaktif dengan pemikiran-pemikiran baru dan segar termasuklah dapat memandu dan memberikan petunjuk-petunjuk dan tindakan-tindakan yang lebih proaktif supaya semua undang-undang ataupun enakmen-enakmen Majlis Agama Islam di peringkat negeri-negeri juga dapat diselaraskan dan tidak menjadi suatu yang boleh dipertikaikan apabila antara suatu negeri dengan suatu negeri yang lain terdapat undang-undang ataupun peraturan-peraturan yang tidak selaras yang boleh membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mempertikaikan tentang kelemahan sistem urus tadbir Islam dalam negara kita.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]

Maka dengan sebab itulah pandangan-pandangan baru, ijtihad-jtihad baru yang mesti dikeluarkan oleh para alim ulama kita mestilah terus tumbuh dengan subur supaya segala hak, segala apa yang menjadi keperluan khususnya perkara-perkara yang melibatkan orang-orang bukan Islam dalam mahkamah syariah dapat disempurnakan dan diberikan hak itu kepada mereka supaya tidak timbul lagi fitnah ataupun tuduhan-tuduhan bahawa mahkamah syariah ini tidak boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mahkamah-mahkamah sivil dalam negara kita.

Kemudian Tuan Pengerusi, saya pergi kepada perkara Butiran B.6 120000 yang melibatkan tentang Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Kehakiman negara kita. Di sini sekali lagi Tuan Pengerusi, saya berdiri bagi mewakili Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini supaya kerajaan dapat untuk mendedahkan dengan jujur dan ikhlas, berapakah sebenarnya bayaran ex-gratia yang diberikan, yang dihadiahkan kepada bekas-bekas hakim yang telah pun disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah pun meletakkan jawatan yang tidak ada lagi dalam Dewan yang mulia ini.

Perkara ini sangat penting dan saya ingin mendapat penjelasan adakah pendirian ini bersifat confidential, sulit dan tidak boleh didedahkan kepada rakyat sedangkan kita harus ingat bahawa setiap sen wang yang dibayar kepada bekas-bekas hakim ini adalah merupakan wang rakyat. Pembayar-pembayar cukai daripada setiap golongan dalam negara kita.

Saya cukup kesal apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam sesi penggulungan peringkat dasar yang lalu enggan ataupun takut untuk memberikan angka ataupun jumlah sebenarnya bayaran yang diberikan kepada bekas-bekas hakim ini. Maka lagi sekali saya berdiri untuk mencabar beliau.

Kalau benar beliau ini keturunan anak cucu Datuk Panglima Bukit Gantang, maka sila dedahkan. Sila untuk memberikan suatu angka yang jelas berapakah jumlah sebenarnya. Kalau ia termasuk dalam OSA dan tidak boleh didedahkan, kita ingin tahu dan ingin mendapat suatu hujah yang empirical, hujah yang tepat dan telus kenapa kerajaan menyembunyikan jumlah ataupun angka ini supaya dapat diberitahu ke dalam Dewan yang mulia ini dan rakyat di luar sana juga pastinya mahu mengetahui berapakah jumlah wang yang diberikan kepada bekasbekas hakim ini.

Maka dengan sebab itulah Tuan Pengerusi, saya melihat bahawa isu ini telah menjadi suatu isu yang menjadi tarikan dan saya sedar bahawa isu ini bukan saja ditulis dalam jurnal undang-undang negara kita. Akan tetapi apabila saya menyemak melalui internet, kita juga telah mendapati bahawa isu ini juga telah menjadi perhatian kepada pengamal-pengamal undangundang dan ditulis di dalam jurnal-jurnal di peringkat antarabangsa.

Oleh itu maruah negara perlu diselamatkan. Ketulusan seharusnya mengambil tempat dan telah sampai masanya untuk kita mendapat segala apa yang insya-Allah akan diberikan jawapan oleh Yang Berhormat Menteri pada petang ini.

Kemudian Tuan Pengerusi, saya kembali kepada kepala B.8 Butiran 050000 – Perkhidmatan Gubalan Undang-undang Parlimen dan juga 060000 – Perkhidmatan Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang di Jabatan Peguam Negara.

Saya mengambil kesempatan ini Tuan Pengerusi untuk mengutarakan isu ini supaya telah sampai masanya, time is right dengan izin, it is very timely dengan izin, suatu penyemakan semula terhadap undang-undang dan akta-akta yang telah pun diterima pakai ataupun telah pun diamalkan dalam negara ini sejak merdeka.

Maka lagi sekali saya berdiri di sini supaya suatu ruang diberikan dan suatu peluang disediakan bagi kita sama ada Ahli-ahli Parlimen, sama ada badan-badan bukan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti sosial; yang membela nasib rakyat dalam negara kita, yang menghadapi pelbagai masalah khususnya apabila melibatkan mereka dalam aspek perundangan, pengamal undang-undang, mereka yang terlibat secara langsung sebagai hakim dan sebagai peguam-peguam dalam mana-mana mahkamah di setiap peringkat supaya mengambil dan menyediakan satu ruang sebagai satu diskusi, satu discourse yang terbuka dengan hati yang rela dan ikhlas untuk melihat kembali pelaksanaan beberapa akta yang
dianggap oleh rakyat dalam negara kita ini sebagai akta yang cukup mencengkam.

Saya kembali kepada ISA sebagai contoh. Di sini perlu kepada satu review, perlu kepada satu penyemakan semula dan perlu kepada suatu pandangan-pandangan baru yang lebih menyegarkan dalam konteks negara kita telah merdeka 50 tahun.

Sampai bila kerajaan akan bangun berhujah dan berhadapan dengan rakyat bahawa akta ini masih diperlukan sedangkan telah terlalu banyak bukti, terlalu banyak apa yang dikatakan keputusan-keputusan dan terlalu banyak kes-kes yang telah kita lihat dalam negara kita sejak 50 tahun yang lalu bahawa akta ini semakin hari semakin menghampiri zaman ataupun tempoh ajalnya.

Oleh itu, suatu perbincangan, suatu discourse dan suatu diskusi sangat penting. Kerajaan mesti bersedia mendengar. Kerajaan mesti bersedia untuk menerima pakai pandangan-pandangan ini supaya kerajaan tidak hanya dilihat ataupun berlandaskan kepada akta ini untuk menongkat dan memastikan kekuasaan kepada mereka ini kekal dan mengambil suatu kesempatan politik terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri ini.

Tuan Pengerusi, ISA pada semangat dan roh asalnya dan falsafah asalnya adalah kita mengadakan suatu perbincangan yang saya pernah berkesempatan mengambil bahagian dalam suatu diskusi bersama dengan Ahli-ahli Parlimen di Great Britain. Sama ada mereka daripada conservative ataupun mereka daripada labor party.

Mereka sendiri merasakan dan memberikan pandangan mereka bahawa akta ini telah jauh menyimpang daripada matlamat asalnya dan tidak pernah diamalkan di tanah air mereka sendiri. Akta ini pada asalnya adalah untuk berhadapan dengan golongan-golongan subversif pada waktu itu dan hari ini sejarah telah menyaksikan bagaimana operasi-operasi besar sebagai contoh Operasi Lalang, Operasi Kenari dan seumpamanya. Kita melihat kepada suatu penyalahgunaan kuasa yang bersandarkan kepada
akta ini untuk kepentingan kerajaan pada waktu itu.

Oleh itu sudah sampai masanya kita merasakan bahawa akta ini perlu dikaji dan suatu ruang perbincangan perlu diadakan. Begitu juga dengan OSA…

Tuan Haji Roslan Shaharum [Bukit Gantang]: [Bangun]
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: … dengan Akta Polis dan Akta Mesin Cetak yang bagi saya telah sampai masanya bagi Jabatan Peguam Negara sendiri mengambil inisiatif supaya kita dapat melihat Malaysia pada masa yang akan datang akan lebih menyediakan ruang dan tempat untuk rakyat menikmati keadilan dalam erti yang sebenarnya dalam negara kita.

Biarlah Tuan Pengerusi, semakin lama kita beredar daripada titik pembebasan daripada penjajahan, kepada era yang ada pada hari ini, sepatutnya rakyat menikmati suatu era kehidupan yang lebih baik, yang lebih adil, yang lebih saksama, yang lebih menjamin tentang hak dan setiap inci hak mereka itu mesti ditegakkan di atas bumi yang bernama Malaysia ini.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: [Bangun]
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Kita tidak boleh semata-mata berlindung di atas nama akta-akta ini yang kononnya meletakkan beban itu kepada rakyat yang kita berhujah. Itulah hujah yang stereotaip sejak kita merdeka dan kita memiliki suatu pemikiran yang cukup sempit dan cukup membeku, yang lebih beku daripada Kutub Selatan dan Kutub Utara yang hari ini pun kedua-dua kutub ini…

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ada yang bangun, Yang Berhormat.
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: … menghadapi masalah kecairan oleh kerana fenomena yang berlaku dalam negara kita. Sila.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat. Membincangkan tentang ISA ini, saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Pada saya undang-undang yang telah disebutkan tadi iaitu ISA, OSA, Akta Mesin Cetak dan sebagainya ini.
Teruskan membaca

MP PAS Sik: Masalah ‘server down’ menyusahkan Nelayan

12. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan memandangkan e-petrol yang dikeluarkan untuk nelayan pesisir pantai sering mengalami masalah “server down”, akibatnya hanya urus niaga pembelian yang terhad dapat dilakukan dan dalam amaun yang terlalu kecil.

Adakah menteri sedar perkara ini dan tindakan yang diambil bagi memastikan golongan nelayan terbabit mendapat apa yang telah diperuntukkan untuk mereka.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, LKIM menyedari masalah nelayan mendapatkan petrol bersubsidi pada bulan Jun tahun 2008. Ini disebabkan beberapa faktor iaitu:

(i) pelaksanaan uji cuba kerja sistem e-perisytiharan yang disambungkan kepada server e-petrol dan e-diesel mulai pada 1 Jun 2008;dan
(ii) pada masa yang sama syarikat telekomunikasi melaksanakan kerjakerja menaik taraf talian GPRS yang digunakan dalam kedua-dua sistem berkenaan.

Oleh yang demikian, LKIM telah mengambil tindakan dengan mengadakan perbincangan dengan syarikat pembekal iaitu Petronas, Caltex, Shell dan BHP untuk melaksanakan jualan secara manual. Melalui kaedah ini apabila berlaku masalah gangguan talian nelayan boleh mendapatkan petrol bersubsidi dari stesen pam yang berdaftar menggunakan kupon petrol bersubsidi yang dikeluarkan oleh LKIM.

Maklumat pembelian oleh nelayan akan dimasukkan ke dalam sistem oleh kakitangan pada setiap hari bagi membolehkan syarikat pembekal membuat tuntutan. Mengikut rekod pembelian didapati bahawa dengan alternatif yang telah dilaksanakan bilangan transaksi belian petrol bersubsidi telah pulih seperti sedia kala iaitu sebanyak purata 8,000 transaksi sehari. Terima kasih.

Rujuk: Sesi soalan jawab lisan, 6 November 2008.

MP PAS Pasir Puteh: Lebuhraya Tok Bali ke Pasir Puteh … tiga kali bertukar Kontraktor

10. Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah-langkah yang dianggap berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya berdasarkan penilaian pihak kerajaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Langkah-langkah integrasi yang diambil oleh kerajaan telah berjaya menurunkan bilangan kemalangan dan kecederaan, injury accident dengan izin, walaupun bilangan kenderaan baru daftar meningkat sehingga lebih satu juta kenderaan setiap tahun dalam tempoh tiga tahun yang lepas.

Bilangan kemalangan yang melibatkan kecederaan iaitu kemalangan maut, kemalangan parah dan kemalangan ringan telah menurun daripada 46,269 kes pada tahun 2004 kepada 27,035 kes pada tahun 2007. Iaitu penurunan sebanyak 19,234 kes berbanding 41% dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang didapati berkesan untuk berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya melibatkan tiga pendekatan iaitu pendidikan, penguatkuasaan dan kejuruteraan.

Dari segi pendidikan, kerajaan telah memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya. Di sekolah-sekolah bermula dengan murid tahun satu pada tahun ini dan bakal berkembang sehingga tingkatan empat menjelang tahun 2011.

Selain itu Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta sedang giat mengadakan kempen “evokasi” bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan memupuk daya pemanduan berhemah. Sasaran Program “Evokasi” ini ialah supaya pengguna-pengguna mengamalkan
sikap kawalan kehendak diri dengan mengutamakan pemakaian topi keledar, tali pinggang keledar, dan lapan petua keselamatan jalan raya.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: Apakah kerajaan mempunyai sesuatu perancangan khas untuk mempergiatkan ekonomi, fakir miskin yang menerima zakat

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa sistem zakat dalam Islam adalah merupakan sistem yang merangkumi [Bercakap dalam bahasa Arab] maknanya jaminan dan juga [Bercakap dalam bahasa Arab] ataupun insurans sosial.

Dari penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi kita melihat bahawa kutipan yang menyeluruh terhadap semua pihak yang wajib dan agihan yang menyeluruh kepada setiap yang berhak yang berdasarkan kepada [Bercakap dalam bahasa Arab] mungkin perlu dipertingkatkan sebagaimana walaupun kita sudah menyediakan saluran-saluran untuk kutipan zakat, tetapi kita lihat pelaksanaannya tidaklah sebagaimana cukai pendapatan. Jadi apakah langkah kerajaan ke arah mempertingkatkan lagi usaha kutipan ini walaupun ia adalah bidang-bidang kuasa kerajaan negeri.

Begitu juga apakah kerajaan mempunyai sesuatu perancangan khas untuk mempergiatkan ekonomi, fakir miskin yang menerima zakat.

Maknanya takkanlah pula kita sentiasa memberi bantuan untuk hanya mengeluarkan zakat kepada mereka yang berhak menerima zakat, tetapi kita tidak menyediakan satu perancangan untuk menggiatkan orangorang yang menerima zakat ini dari segi ekonomi mereka dan juga apakah kerajaan mempunyai suatu jaminan untuk memberi perlindungan kepada penerima-penerima zakat supaya chargecharge tertentu atau bayaran-bayaran tertentu yang dilakukan oleh agensi-agensi, pihak-pihak
berkuasa, yayasan-yayasan dan sebagainya dikecualikan daripada orang-orang yang menerima
zakat. Terima kasih.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]: Tuan Yang di-Pertua, beberapa usaha telah dilakukan di dalam upaya untuk mengutip zakat. Di antara usaha-usaha itu telah saya nyatakan namun beberapa daya baru yang telah digunakan termasuklah pengutipan zakat daripada badan-badan korporat yang kerjasamanya telah kami perbincangkan dengan Lembaga Hasil
Dalam Negeri.
Teruskan membaca

MP PAS Jerai: Harga benih padi melambung… menambah bebanan kepada Petani

8. Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah kementerian bercadang untuk menaikkan harga atau subsidi padi berikutan dengan kenaikan melampau harga beras.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini harga minimum terjamin atau JMP pembelian padi ialah pada RM750 setan metrik. Di samping itu, kerajaan juga memberi subsidi harga padi pada kadar RM248.10 bagi setiap tan metrik padi bersih dan kering yang dijual di pintu kilang.

Walaupun harga minimum terjamin pembelian padi ialah RM750 bagi setiap tan metrik padi yang dijual, harga sebenar jualan pada ialah sekitar RM1,000 setan metrik, contohnya di Selangor.

Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minimum terjamin pembelian padi dan subsidi harga padi memandangkan keseluruhan bantuan berjumlah RM923.06 juta setahun yang diberikan kepada petani adalah mencukupi dan telah banyak membantu dalam meringankan beban petani.

Bantuan-bantuan yang diberikan secara tahunan kepada petani-petani adalah merangkumi baja subsidi di bawah Program Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan berjumlah RM255.06 juta, subsidi harga padi berjumlah RM448 juta, insentif peningkatan hasil berjumlah RM40 juta, bantuan baja tambahan sebanyak RM95 juta setahun dan bantuan upah bajak RM100 sehektar berjumlah RM55 juta setahun. Terima kasih.

Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Berkaitan dengan harga padi dan juga subsidi. Sebelum ini kita sedia maklum Kementerian Pertanian telah meletakkan satu tema “Pertanian Satu Perniagaan”. Maka dengan itu sudah tentulah Kementerian Pertanian akan berusaha untuk memastikan setiap produk mereka adalah untuk menghasilkan keuntungan.

Persoalannya apakah kementerian bersetuju bersama dengan petani-petani seluruhnya mempertahankan harga padi yang sedia ada, RM1,000 se metrik tan dan subsidinya walaupun harga diesel, petrol dah mula menurun supaya dapat mempertahankan pendapatan petani.

Yang kedua, persoalan timbul ialah bekalan benih padi, sebelum ini dikawal selia oleh Jabatan Pertanian. Satu beg 20 kilo bernilai RM28, sekarang ini telah diswastakan maka benih padi tersebut telah pun melambung sehingga RM36 ke RM40 satu beg. Ini akan menambah bebanan kepada petani. Jadi saya mohon kepada kementerian untuk melihat kepada dua soalan yang ditimbulkan. Terima kasih.
Teruskan membaca

MP PAS Pengkalan Chepa: Tidak nampak perancangan tanah terbiar sifar..

4. Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah langkah-langkah progresif untuk membangunkan tanahtanah terbiar di kampung-kampung (tidak termasuk tanah padi) dan apakah sumbangan terhadap tuan tanah dan mekanisme pemantauan supaya projek pembangunan tanah terbiar berjaya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, program pembangunan tanah terbiar telah dilaksanakan sejak tahun 2001 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui jabatan dan agensi di bawahnya. Sehingga tahun 2005 seluas 974 hektar tanah terbiar telah pun dibangunkan.

Pada tahun 2007, seluas 552 hektar tanah terbiar telah dibangunkan melalui Program Kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian atau ACDA yang melibatkan integrasi projek tanaman, ternak air, ternakan dan industri asas tani.

Bagi tahun 2008 hingga tahun 2010 pula, dijangka seluas 2,400 hektar tanah terbiar akan dibangunkan dengan tanaman padi, buahbuahan seperti pisang, betik, nangka, nanas, mangga, sayur-sayuran, kelapa, serai dan tanaman singkat masa.

Pelaksanaan program ini berlandaskan kepada konsep MOA Incorporated, di mana semua jabatan dan agensi bersatu menggembleng tenaga kepakaran dan sokongan teknikal bagi memastikan penggunaan sumber tanah secara optimum. Jabatan Pertanian melalui Pejabat Pertanian Daerah mengambil pendekatan komprehensif dengan mendapatkan kerjasama JKKK dan Pejabat Tanah dan Daerah bagi mengenal pasti tanah terbiar dan pemilik tanah.

Pelbagai program diatur bagi memberi penerangan dan menarik minat tuan tanah untuk turut serta dalam membangunkan tanah milik mereka. Program Pembangunan Tanah Terbiar boleh dilaksanakan oleh pemilik tanah sendiri atau pemilik tanah menyewakannya kepada usahawan. Melalui usahawan, tuan tanah mendapat manfaat dari segi sewaan atau profit sharing dengan izin, mengikut kadar yang dipersetujui bersama oleh tuan tanah dan pengusaha.

Program ini menekankan kepada pembangunan infrastruktur kawasan, seperti pembersihan dan penyediaan kawasan, sistem saliran dan sistem pengairan. Bantuan amalan teknologi seperti input pertanian turut dipertimbangkan untuk pusingan pertama projek sahaja.

Bagi memastikan projek pembangunan tanah terbiar berjaya, penyertaan peserta yang komited dan mempunyai inisiatif tinggi untuk berjaya menjadi kriteria utama pemilihan peserta. Pemantauan berkala dijalankan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dari masa ke semasa bagi memastikan projek yang dilaksanakan mengikut jadual kerja dan berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Terima kasih.

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Di dalam ucapan bajet dan juga titah Raja, tidak ada disebut sebagai kemiskinan tegar sifar, inflasi sifar. Akan tetapi, saya tidak nampak ada satu perancangan kerajaan tanah terbiar sifar, khususnya tanah yang tidak berbentuk sawah padi.
Teruskan membaca

MP PAS Rantau Panjang: Kakitangan KEMAS sepatutnya berkhidmat untuk rakyat bukan untuk parti BN

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya ingin tahu berapakah jumlah wang yang diperuntukkan untuk membayar gaji kakitangan KEMAS di seluruh negara dan bagaimanakah kerajaan dapat memastikan bahawa wang yang dibelanjakan untuk membayar gaji kakitangan KEMAS ini tidak digunakan oleh kakitangan ini terutama apabila berhadapan dengan pilihan raya.

Semasa pilihan raya kakitangan KEMAS ini digunakan sepenuhnya bekerja untuk parti Barisan Nasional. Jadi, bagaimanakah kerajaan memastikannya sebab gaji dan wang yang dibayar adalah wang rakyat. Seharusnya kakitangan KEMAS ini berkhidmat untuk rakyat dan bukan untuk parti Barisan Nasional.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhammad Taib]: Tuan Yang di-Pertua, bagi jumlah gaji, saya minta notis, insya-Allah kita akan sampaikan kepada Yang Berhormat dari Rantau Panjang.

Mengenai peranan, ini perception, Yang Berhormat ya, boleh kita kata, boleh kita menuduh macam itu tetapi sebenarnya peranan KEMAS sejak daripada ia ditubuhkan pada zaman Allahyarham Tun Razak, awal tahun 60-an dahulu dengan adanya kelas dewasa, pembaharuan, perubahan, mengubah rangka pemikiran, membawa masyarakat daripada masyarakat yang tidak menghantar anak ke sekolah, terutamanya anak-anak perempuan tidak dihantar ke sekolah pada tahun 40-an, 50-an, KEMAS berjaya mengubah minda masyarakat.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidak apa, guna mereka untuk jawatan timbalan presiden punya pertandingan, insya-Allah boleh menang.
Teruskan membaca

Salahuddin Ayub Membahaskan Peruntukan Jabatan Perdana Menteri

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Pengerusi, saya mula dengan Kepala B.6 050000 yang menyentuh tentang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM dan diperincikan dengan Butiran 050500 di bahagian perundangan dan penguatkuasaan.

Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada JPM kerana baru-baru ini di bangunan Parlimen telah mengadakan satu dialog yang saya rasa sangat penting yang dihadiri oleh para-para mufti dan para-para alim ulama khususnya mereka yang terlibat dalam bidang perundangan dan penguatkuasaan, untuk kita melihat perkara-perkara baru yang melibatkan tentang isu-isu yang fundamental, yang memerlukan pendekatan-pendekatan yang lebih bersifat kontemporari.

Saya menyentuh tentang perkara pertama yang saya minta supaya JAKIM mengambil suatu sikap dan peranan yang lebih proaktif supaya masalah-masalah yang lahir dan timbul pada ketika ini dapat ditangani dengan pendekatan-pendekatan yang lebih bertanggungjawab, supaya isu-isu yang melibatkan Islam, umat Islam dan hukum-hukumnya ini, tidak lagi akan disalah tanggap khususnya oleh orang-orang bukan Islam apabila kes-kes ini dibawa ke mahkamah syariah sebagai contoh, ataupun mereka terpaksa membawa kes-kes ini, permohonan ini ke mahkamah-mahkamah tinggi, mahkamah sesyen dan seumpamanya. Islam itu tidak akan dilabelkan sebagai agama yang tidak adil, ataupun tidak memberikan ruang kepada orang-orang yang bukan Islam.

Isu yang sering kali ditimbulkan adalah masalah hak mereka. Hak untuk orang-orang Islam, orang-orang bukan Islam untuk hadir dan memberikan keterangan-keterangan mereka menjadi saksi di dalam mahkamah-mahkamah syariah seumpamanya.

Saya cukup tertarik apabila hadir dalam diskusi tersebut. Barulah kita dapat melihat tentang bagaimana definisi isu-isu yang dibincangkan, memang memerlukan kepada pemikiran baru. Memerlukan kepada pendekatan baru hatta kepada apa yang dikatakan dengan ijtihad baru. Inilah peranan yang mesti dimainkan oleh para-para alim ulama kita, mufti-mufti kita dan juga hakim-hakim, peguam-peguam syarii yang berperanan untuk menterjemahkan hukumhukum Islam ini supaya mereka dapat memberikan keadilan kepada kes-kes yang berkaitan dengan orang-orang bukan Islam dalam negara kita pada hari ini.

Saya mengambil contoh Tuan Pengerusi, isu murtad sebagai contoh. Isu murtad ini mesti kita lihat dalam satu perspektif yang lebih luas kerana kita tidak mahu isu murtad ini dijadikan satu senjata yang terus melabelkan Islam ini sebagai agama yang tidak adil ataupun tidak memberikan hak kepada orang bukan Islam bila ianya berlaku, dan melibatkan kes-kes penceraian, kes-kes yang melibatkan harta sepencarian, kes-kes yang melibatkan broken family dengan izin, penceraian dan seumpamanya.

Isu murtad tidak boleh disamakan atau pun semuanya boleh disekongkolkan dengan isu Natrah. Isu Natrah adalah isu yang telah berlaku beberapa abad yang lalu, yang memperlihatkan bagaimana dia dipaksa untuk meninggalkan agama. Beberapa dekad yang lalu. di mana ianya telah merupakan satu kes di mana seorang gadis Islam yang dipaksa kembali kepada agama asal mereka.

Akan tetapi dalam isu-isu yang melibatkan kes-kes yang ada pada hari ini, kita mesti melihat secara terperinci. Di sinilah peranan-peranan para hakim mahkamah syariah, peguam-peguam yang terlatih dalam bidang ini dan juga masyarakat Islam juga mesti perlu juga terdidik untuk melihat secara objektif berdasarkan fakta-fakta yang lebih lengkap dan adil…

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pendang bangun Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Penjelasan.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Biar saya habiskan ayat ini. Supaya isu-isu ini tidak menjadi suatu isu yang di mana orang-orang bukan Islam boleh memberikan satu tuduhan terhadap mahkamah-mahkamah syariah ini yang tidak memberikan keizinan ataupun peluang kepada mereka, untuk mereka membawa fakta-fakta, untuk mereka mendapat keadilan dalam sistem perundangan Islam. Sila Yang Berhormat Pendang.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik apabila Yang Berhormat Kubang Kerian menyebut tentang murtad kerana kita diberitahu bahawasanya ramai mereka-mereka yang murtad adalah mereka daripada memeluk Islam kemudian mereka keluar daripada Islam balik.

Itu yang berlaku dalam kes-kes murtad yang ada dalam negara kita sepertimana yang diberitahu oleh pihak-pihak tertentu. Apa yang menarik di sini adalah peranan yang dimainkan oleh agensiagensi. Sebelum ini kita ada agensi yang banyak mentarbiahkan ataupun mendidik merekamereka yang menjadi mualaf ataupun memeluk Islam ini adalah PERKIM tetapi sekarang ini kita nampak PERKIM tidak berperanan banyak di dalam memberikan gambaran ataupun kaedah sebenar ilmu-ilmu dalam Islam bagi mereka yang baru memeluk Islam.

Apakah pandangan ataupun ulasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian supaya kita memperkasakan balik PERKIM ini sepertimana yang berlaku di zaman-zaman menteri yang sebelum ini. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih.

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Ya, saya sangat bersetuju dengan pandangan itu supaya isu di mana seseorang orang bukan Islam itu mereka tertarik atau pun mereka memeluk agama Islam itu tidak hanya sekadar atas dasar isu-isu yang bersifat sementara. Isu jatuh cinta ataupun isu hanya untuk mendirikan rumah tangga tanpa mereka itu mendapat suatu kefahaman yang sebenarnya kenapakah mereka masuk Islam.
Teruskan membaca

MP PAS Rantau Panjang: Kenapa Laporan JPP tidak dibentang di Dewan Rakyat

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang peruntukan untuk semua kawasan Parlimen yang sama-sama kita luluskan bajetnya dalam Dewan ini tetapi apabila sampai ke tahap untuk perkhidmatan kepada rakyat, diberi secara terpilih. Begitu juga nasib apa yang berlaku kepada kami di Kelantan.

Saya pernah berjumpa dengan JPP di Kelantan dan mereka mengatakan bahawa peruntukan ini di Kelantan hanya untuk Parlimen Gua Musang dan Jeli sedangkan kita lihat peruntukkan ini seharusnya
diberi kepada semua Ahli Parlimen.

Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang dibuat oleh JPP ini kita tidak pernah mendapat apa-apa laporan kewangan. Apa yang dilaksanakan oleh JPP dengan peruntukkan yang seharusnya disalurkan melalui setiap bahagian Parlimen.

Jadi kenapa suruhanjaya lain ada tetapi banyak laporan-laporan kewangan yang lain dibentangkan tetapi laporan daripada JPP yang dikendalikan oleh Jabatan Persekutuan ini tidak ada dibentangkan di Dewan. Jadi apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini?

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya rasa satu penduduk kawasan itu tidak boleh dijadikan mangsa oleh kerana mereka membuat pilihan seorang Ahli Parlimen daripada pembangkang. Itu prinsipnya dan saya ingat cara duit itu dipakai mungkin harus diselia supaya ia sampai kepada sasaran yang betul.

Akan tetapi mesti sama jika Ahli Parlimen daripada pembangkang ataupun daripada Barisan Nasional mesti sama. Saya sekarang hendak alih kepada satu lagi isu iaitu EPU atau Unit Perancang Ekonomi
kerana inilah unit yang mengendalikan penswastaan perkhidmatan sokongan di Kementerian Kesihatan dan satu konsesi selama 14 tahun diberi kepada 97 kepada 3 buah syarikat untuk mengendalikan 5 jenis perkhidmatan sokongan seperti dobi, pembersihan hospital, pembuangan sisa-sisa klinikal.

Ada 5. Konsesi ini akan tamat pada 2011. Jadi saya ingin mendapat tahu adakah Unit Perancangan Ekonomi sedang menjalankan satu kajian untuk tengok apakah impak penswastaan terhadap bajet Kementerian Kesihatan. Kita semua tahu daripada 1980 di mana bajet kesihatan hanya RM1 bilion. Sampai sekarang bajet ini adalah lebih RM11 bilion.

Rujuk: Mencelah Ucapan YB Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] membahaskan peruntukan Jabatan Perdana Menteri pada 5 November 2008, ms 102-103