MP PAS Tumpat: Bank Islam … dilaporkan agak ketinggalan kerana bukan sahaja Dubai tetapi Singapura, Hong Kong

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dan juga Tuan Pengerusi. Saya pun menunggu-nunggu untuk menyentuh tentang satu lagi halal. Walaupun tidak halal hab untuk makanan tetapi yang amat halal dan dilakukan oleh kerajaan dan disokong sebab Yang Berhormat kawan saya Padang Besar amat bimbang takut kita ini tidak menyokong apa yang dilakukan oleh keadaan tentang Islam ini.

Contohnya Yang Berhormat ialah kewangan Islam atau Bank Islam yang mana Kerajaan PAS Kelantan daripada tahun 1990 lagi menarik balik depositnya daripada bank-bank lain dan memasukkannya dalam Bank Islam, menandakan sokongan.

Kedua, contohnya Tabung Haji misalnya. Walaupun Yang Berhormat mengisytiharkan baik budinya memberikan kemudahan kepada pimpinan Menteri Besar Perak tetapi ini adalah sebenarnya suatu yang semua rakyat menyokongnya sebagai suatu usaha yang baik yang perlu diberikan sokongan.

Jadi, yang dalam semangat ini selain daripada halal hab dari sudut makanan itu, halal yang sebenar memberikan keuntungan, manfaat kepada rakyat dan negara tidak kira agama, kaum ialah perbankan Islam ataupun kewangan Islam.

Di mana kita Malaysia juga terlibat dari awalnya dengan Bank Islam tetapi dilaporkan agak ketinggalan kerana bukan sahaja Dubai tetapi Singapura, Hong Kong dan sebagainya cuba menjadikan negara-negara mereka sebagai pusat untuk dana-dana Islam ini didepositkan dan merupakan suatu perniagaan yang besar.

Jadi soalan saya ialah ini halal hab yang pertama sekali yang dilakukan oleh dunia Islam dan ini tidak ada kaitan dengan furuk. Walaupun ada katanya pemegang dana yang mencari tempat untuk meletakkan dana mereka ini ada membuat sedikit perbezaan tentang syarat-syarat kewangan Islam di Dubai yang dikatakan berbeza dengan di Malaysia, tetapi saya hendak tanyakan apakah usaha-usaha kita terus ditingkatkan untuk memastikan bahawa Malaysia ini kekal menjadi dan meningkat kedudukan kita sebagai tempat di mana dana-dana Islam ini diletakkan untuk kita menjadi pengurusnya. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Pengerusi, apa yang telah dilakukan, kami menyediakan garis panduan mengikut hukum syarie, hukum syarak terhadap iktisad Islam ini. Apa yang telah kita telah lakukan adalah dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan juga pihak EPU di dalam menyediakan kerangka perbankan Islam di mana untuk rekod, lebih 60% sukuk seluruh dunia.

Dia tidak berada di Dubai atau Kuwait atau di Bahrain, ianya berada di Malaysia dan kitalah yang memulakannya.
Teruskan membaca

MP PKR Machang dan Gombak: Elaun Guru KAFA di Selangor RM1500

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta laluan sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya minta sedikit laluan lagi. Saya pun naik semangat dengar …
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bagi Yang Berhormat Menteri?

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Boleh sedikit lagi? Boleh, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab Yang Berhormat Padang Besar beri bola tanggung, jadi tentulah Yang Berhormat Bagan Datok akan smash sebab Yang Berhormat Taiping balik sudah.

Akan tetapi seruan Yang Berhormat Menteri tadi soal supaya negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan ini turut membantu, saya cuma hendak berkongsi satu perkara. Di Kelantan Yang Berhormat Menteri, ada dua sekolah Cina. Satu di Kuala Krai, yang berpuluh tahun masa di bawah Kerajaan Barisan Nasional minta hak milik tanah tidak dapat-dapat pun dan dapat itu pun setelah Tuan Guru Datuk Nik Aziz jadi Menteri Besar. Itu fakta pertama.

Sebuah sekolah Cina lagi di Kota Bharu, minta tanah untuk besarkan sekolah mereka, itu juga diluluskan. Itu saya fikir dasar yang tidak ada siapa pun hendak pertikai sebab itu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Padang Besar ialah hendak tunjukkan bahawa inilah keadaan Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru di Perak iaitu tolong Cina tidak tolong Melayu sebab cara berfikir itu politik perkauman. Itu telah dihukum oleh rakyat negeri Perak pun.

Hakikatnya Barisan Nasional kalah di Perak. Itu hakikatnya. Akan tetapi saya menghargai pengiktirafan Yang Berhormat Menteri sekurang-kurangnya usaha yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Selangor yang telah pun pengumumannya dibuat oleh Menteri Besar menaikkan elaun guru agama kepada RM1,500.

Satu perjumpaan untuk memaklumkan pengumuman itu secara rasmi akan dibuat dalam sedikit masa lagi. Jadi, soal pendidikan ini saya fikir biar kita bersetuju dari sudut prinsip umumnya tidak payah kita tengok daripada perspektif perkauman dan saya yakin Yang Berhormat Menteri cukup arif dari segi
melihat ini, cuma tidak apa lah, dari segi politik sekali dapat bola tanggung, smash itu saya tidak
kecil hatilah. Terima kasih.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Satu lagi.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Pengerusi, saya tidak berhasrat smash bola tanggung tetapi kalau sampai bola itu pada saya, saya terpaksa melakukan sesuatu dengan cara yang betul.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya terharulah kerana Yang Berhormat Menteri menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk menaikkan elaun guru-guru KAFA dan saya tertarik untuk bersama-sama memohon penjelasan ini kerana saya terlibat secara langsung dalam perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor yang buat pertama kalinya bersidang selama tujuh hari berbeza dengan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini, maksimum persidangan Dewan Undangan Negeri tidak lebih dari dua hari.
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa: Kerajaan Pusat gaji guru KAFA RM500 masih di bawah paras kemiskinan

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tadi mendengar dari luar, Yang Berhormat Menteri menjawab tentang negeri Perak dan saya terus online mereka bertanya dan mereka telah memberi jawapan iaitu guru-guru KAFA akan dinaikkan tambahan daripada kerajaan negeri daripada gaji asalnya RM500 di bawah paras kemiskinan Kerajaan Pusat Malaysia sendiri…

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah bagi tahu Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: …dan akan ditambah sebanyak RM75 dalam masa terdekat sahaja.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah dengar Yang Berhormat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ini mengulang balik.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Kemudian guru-guru tadika Islam…
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Gombak sudah bagi tahu Yang Berhormat.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Dengarlah dahulu, Subhanallahlah.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Mengulang!
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Dengar dahulu.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Gombak sudah sebut tadi.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tak, saya hendak sebut balik…

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Gombak sudah sebut Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: …yang kerajaan Perak sendiri…
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tak payah berhujahlah.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: …untuk guru-guru tadika Islam semuanya akan dinaikkan kepada RM575 supaya sama dengan guru-guru KAFA. Jadi itu pembetulan yang ingin saya maklumkan. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Pengerusi, ini satu makluman yang cukup baik daripada Ahli Yang Berhormat, sebab orang Perak yang tak ada tempat di Perak tetapi bertanding di Wilayah Persekutuan.

Rujuk: Ucapan pencelahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pada 6 November 2008

MP PKR Machang: JAKIM perlu gunasama khidmat pegawai dalam hal pemantauan sijil Halal

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Saya sentuh tajuk halal bukan tajuk mahkamah, saya pun bukan peguam dalam bab itu. Pertama apakah aspek pemantauan dalam bahagian halal hab JAKIM ini Yang Berhormat Menteri. Sering kali terabainya kerana kekurangan kakitangan.

Bukan hanya dari aspek pemantauan sebenarnya di peringkat panel hendak meluluskan sijil, bincang pasal sijil, itu pun biasa baca laporan audit sepatutnya panel ini bermesyuarat setahun 24 kali. Tetapi yang dia mesyuarat ialah tiga tahun 30 kali, jadi membawa kepada kelewatan dari segi permohonan meluluskan sijil-sijil. Itu teguran spesifik di dalam laporan audit yang terbaru, apakah sudah ada ikhtiar atau usaha untuk memperbaikinya?

Itu satu yang kedua ialah dek kerana kekurangan kakitangan aspek pemantauan ini sebenarnya yang menjadi masalah. Apakah JAKIM bersedia untuk mengamalkan prinsip guna sama dari segi menggunakan khidmat pegawai ini?

Misalnya pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna yang selalu buat pemeriksaan terhadap barang-barang keperluan, apakah kepada mereka ini boleh diturunkan bidang kuasa bagi lesen pada mereka untuk melakukan tugas yang sama memantau soal halal ini?

Apalagi kerana soal halal ini Tuan Pengerusi, ia mengguna pakai Akta Perihal Dagangan 1972, ia tidak ada akta khusus berkenaan bab halal ini, akta halal ini. Jadi itu tiga perkara yang saya fikir Yang Berhormat Menteri boleh membantu menjelaskan lagi kefahaman kita tentang perkara ini. Terima kasih.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta celahan sedikit lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya teliti di bahagian halal hab JAKIM ini ada tiga bahagian, keluar sijil, pantau dan kuat kuasa serta pengurusan tetapi bab pemeriksaan premis ini diserah kepada syarikat sendirian berhad.

Apa nama alasan untuk pemeriksaan premis itu tidak dimasukkan dalam tugasan bahagian halal ini sebab bila diberi kuasa oleh kerajaan kepada syarikat tertentu untuk melaksanakannya, dia sudah tentu melibatkan elemen pembayaran duit kerajaan kepada syarikat ini.

Apakah pejabat kerajaan ini tidak punyai keupayaan untuk melakukan pemeriksaan premis sehingga terpaksa kita out source tugas itu kepada syarikat ini? Kalau begitu sudah berapa lama sebenarnya kita bagi kepada syarikat ini dan sudah berapa banyak pula kita belanja?

Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid bin Hamidi: Memang ada outsourcing dengan izin, Tuan Pengerusi terhadap pemeriksaan premis-premis ini kerana kemampuan kita adalah terbatas.

Oleh kerana keterbatasan itulah menyebabkan bukan semua negeri kita ada syarikat-syarikat yang melakukan pemantauan itu dari segi kebersihan, dari segi pembekalan barang halal, dari segi memenuhi standard yang telah ditetapkan, bagaimana pelesenan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan diberikan.

Namun saya yakin apabila JPA memberikan kelulusan kepada SGC untuk menambah pegawai-pegawai penguatkuasaan, insya-Allah kita akan melakukannya sendiri tanpa perlu ada outsourcing nya.
Tuan Pengerusi, saya fikir lain-lain soalan yang berkenaan saya akan buat dengan jawapan bertulis…

Rujuk: Ucapan pencelahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pada 6 November 2008 ms 112

MP PAS Pokok Sena: Sijil Halal JAKIM … seolah-olahnya macam kerajaan merampas kuasa secara tidak langsung

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang soal bidang kuasa negeri-negeri ini berkaitan dengan soal Islam.

Dan ada satu perkara yang berkaitan dengan soal Islam ini, iaitu soal sijil Halal. Soalannya sekarang ini dijawab kepada saya dalam satu soalan, ada beberapa negeri lagi yang masih belum memberikan persetujuan kepada kerajaan untuk mengizinkan sijil Halal yang sepatutnya di bawah tanggungjawab negeri-negeri ini untuk dikendalikan oleh HDC.

Sebab yang saya difahamkan mereka hanya memberikan keizinan sebelum itu sudah ada rundingan keizinan itu hanya kepada pihak JAKIM bukan kepada satu pihak yang lain. Jadi adakah ini bermakna bahawa kuasa yang sedang dilakukan seolah-olahnya macam kerajaan merampas kuasa secara tidak langsung tanpa membuat satu rundingan yang jelas tentang soal sijil Halal ini.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Pengerusi, beberapa rundingan sebenarnya telah dijalankan apabila Halal Industrial Development Corporation ditubuhkan ianya bukan merampas, tetapi menjalankan fungsi yang sama sebagaimana yang telah pernah dijalankan oleh JAKIM yang lalu.

Malah pegawai-pegawai JAKIM itu diserapkan dan dipinjamkan di HDC bagi melaksanakan tugas yang sama kerana soal pensijilan Halal bukan hanya pengeluaran sijil, tetapi ialah tentang soal bagaimana mendakwah bukan sahaja ummah, tetapi juga orang-orang di luar sana untuk bersama-sama memberikan penghayatan terhadap mengasimilasikan usaha penghalalan bukan sahaja kepada produk, tetapi juga kepada perkhidmatan dan kepada pengeluaran barang berkenaan.

Dalam hal ini ada beberapa negeri yang merasakan belum dapat turut serta di dalam persetujuan ini. Bukan kerana ketika HDC bersama-sama dengan JAKIM malah sebelum itu ketika JAKIM mengendalikan sendiri pun belum bersetuju untuk turut sama.

Tetapi saya akan turun menghadap dan mohon perkenan Tuanku Raja-Raja Melayu supaya bersetuju dan sesungguhnya insya-Allah kita tidak pernah berhasrat untuk merampas sebarang kuasa pihak negeri.

Rujuk: Ucapan pencelahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, 6 November 2008,

MP PAS Tumpat: Kerajaan memang ada kuasa untuk melantik suatu panel sekali lagi untuk mereview panel yang telah membuat keputusan itu

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih anak peguam saya, anak murid saya. Yang Berhormat Menteri dan Tuan Pengerusi, berkaitan dengan panel. Berkaitan dengan bekas ketua hakim negara itu dan ada kaitan dengan Yang Berhormat Pasir Salak.

Kalau Yang Berhormat ingat di dalam Parlimen lepas, yang mana Yang Berhormat ketika itu diberi penghormatan juga untuk menjadi menteri berkaitan dengan undang-undang kehakiman dan mahkamah ini.

Apabila dibangkitkan di dalam Parlimen tersebut tentang judicial review, Yang Berhormat sebenarnya tidak sangat menolak kecuali Yang Berhormat dalam Parlimen dan luar Parlimen mengulangi kata-kata bahawa jika ada terdapat fakta-fakta baru yang besar dan mencukupi untuk dibuka semula, maka ia boleh dibuka semula. Itu pandangan Yang Berhormat Menteri pada ketika itu.

Jadi, soalan yang terkena itu mengusahakan judicial review rasanya tidak bertepatan dengan prosedur. Prosedur yang diakui oleh Yang Berhormat dahulu ialah kerajaan memang ada kuasa untuk melantik suatu panel sekali lagi untuk mereview panel yang telah membuat keputusan itu.

Jadi saya pertamanya ingin bertanya apakah pendirian Yang Berhormat masih lagi begitu? Keduanya, bar council baru-baru ini telah mewujudkan panelnya yang tersendiri dan mengikut apa yang dilaporkan di dalam akhbar, Panel Bar Council Malaysia itu mendapati bahawa pemecatan ataupun tindakan terhadap hakim-hakim ini adalah bersalahan, tidak betul, tidak tepat dan menggesa supaya pandangan tersebut diguna pakai oleh pihak kerajaan. Adakah ini pendirian pihak kerajaan hari ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat betul, Yang Berhormat betul. Iaitu kalau ada fakta-fakta baru [Disampuk] Ya, betul memang prefect saya. Saya hormat dia. [Ketawa] ya, prefect. Kita hormat bukan di sekolah sahaja, sampai di luar pun hormat dia. [Ketawa]

Beginilah Barisan Nasional, UMNO. Tuan Pengerusi, memang betul iaitu kalau ada fresh evidence, fakta baru, fresh facts.

Jadi, dan kalau ada fresh facts ini, ini hakim. Dia tidak boleh dibicara oleh mana-mana mahkamah kita di negara. Kita kena form another panel. Kena panggil baliklah sebab hakim ini dengan izin can be tried by the peers. Dia tidak boleh the ordinary, mahkamah yang menghakimi, membicarakan kita tidak boleh digunakan untuk mereka.

Jadi saya memang begitu kalu ada fresh facts yang menunjukkan bahawa apa yang berlaku itu perlu di review balik, itu satu yang boleh dilakukan. Cuma Yang Berhormat Tumpat, keputusan Bar Council itu bukanlah fresh facts lah. Ya. Pertamanya tidak boleh Bar Council sekarang ini membuat penilaian dalam perkara ini, pertamanya dia partisan, dia telah jelas menunjukkan itu bahawa dia daripada awal tidak bersetuju.

Bagaimana kita boleh mengharap dan yakin dengan keputusan yang dibuat oleh satu badan yang daripada awal lagi tidak bersetuju dengan apa tindakan yang telah di ambil oleh kerajaan pada tahun 1998.

Jadi, kita tidak boleh ambil apa yang diputuskan oleh mereka tetapi kalau Yang Berhormat sebutkan tadi, kalau ada fresh facts, that’s nothing to stop daripada kita untuk menghakimi dan mendengar perbicaraan ini semula.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Tuan Pengerusi dan rakan saya Yang Berhormat Menteri. Saya rasa kita agak tidak puas hati lagi dengan jawapan menteri itu. Kalau lah maknanya hakim-hakim itu diminta untuk menamatkan perkhidmatan mereka lebih awal, itu tidak perlu satu tribunal tetapi pada waktu itu, satu tribunal ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka.
Teruskan membaca

MP PAS Shah Alam: Pembayaran ex-gratia kepada Hakim… satu kesalahan

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya rasa beginilah, Tuan Pengerusi. Akhirnya kita kena tanya, apakah yang telah kita pelajari. What is the lesson learnt? Dengan izin.

Kita memberi exgratia, tetapi kita tidak hendak mengaku bahawa kita telah melakukan satu kesilapan dan kita tidak hendak mengenal pasti di mana loop holes yang dalam kita punya prosedur yang boleh menyebabkan kesilapan yang sama akan berulang kembali dan kita akan dapati ada kes-kes yang mana orang akan mengatakan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas bahawa sebenarnya mereka tidak dizalimi dan memang apa yg dikenakan ke atas mereka adalah memang patut. Lalu what have we learnt? Dengan izin.

Saya rasa kalau kita benar-benar ingin membersihkan nama mereka, maka we have to come clean. Soal bayaran berapa hendak bayar itu, itu semua okeylah, boleh dikatakan itu satu perkara yang very subjective, masing-masing akan nilaikan itu, ada yang kata terlalu rendah, ada yang kata terlalu tinggi dan sebagainya tetapi yang pentingnya, kita kena mengakui bahawa pada masa itu ada abuse of power, salah guna kuasa oleh pihak eksekutif terhadap pihak judiciary, kehakiman dan benda yang seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan inilah pengajaran yang perlu kita pelajari.

Kalau kita tidak buat begitu, maka the main lesson from this incident, daripada peristiwa ini semua, kita tidak akan selesaikan dan nama mereka tidak sebenarnya dibersihkan kerana kita hanya memberikan mereka wang atas satu penghargaan tanpa kita mengatakan bahawa pihak tribunal telah membuat satu keputusan yang tersilap atas desakan dan dorongan daripada pihak eksekutif.

Lalu saya memohon kepada pihak menterilah, dalam kes ini biar negara kita dan rakyat kita mempelajari daripada pengalaman ini. Jangan kita menutup dengan menggunakan bahasabahasa yang indah dan kita rasa semuanya selesai. Sebenarnya tidak.

Contohnya Yang Berhormat Pasir Mas, jelas. So this issue there is no closure. There is no closure. Sedangkan apa yang diharapkan oleh Ahli Yang Berhormat is to give closure. Akan tetapi ia tidak akan
tercapai dengan cara ini. Wallahualam. Terima kasih.

Sebelum itu, Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Minta Penjelasan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Dengan pembayaran ex gratia yang saya kira begitu besar jumlahnya, apakah ini merupakan satu admissions – kesalahan bagi pihak kerajaan.

Ini kerana Tun Salleh Abas dan yang lain-lain dipecat mengikut saluran yang betul iaitu melalui penubuhan tribunal dan sebagainya dan sekarang ini Kabinet membuat keputusan membayar ganti rugi.
Teruskan membaca

MP PAS Pokok Sena: Sepatutnya kerajaan tubuhkan tribunal baru untuk membebaskan mereka (Hakim)

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih menteri. Saya hendak minta penjelasan. Pertama sekali saya hendak sebut bahawa kita tidak mempertikai bahawa semua para bekas hakim itu harus diberikan pembelaan yang wajar atas apa yang berlaku kepada mereka yang saya anggap sebagai satu penganiayaan dan akhirnya kesan daripada tindakan mereka itu telah menjejaskan institusi kehakiman.

Akan tetapi yang saya persoalkan ialah apabila menteri tadi mengatakan bahawa kita telah membayar pencen mereka sejak 20 tahun dahulu. Ini fahaman saya, apabila mereka dipecat, mereka sudah hilang kelayakan untuk mendapat pencen.

Jadi saya dok faham bahawa yang mereka hanya diberikan ex gratia ini, makna pencen mereka tidak dapat. Jadi seolah-olah dilihat mereka dapat dua kali, pencen mereka dapat, ex gratia mereka dapat sedangkan pemecatan mereka menyebabkan mereka hilang kelayakan.

Jadi saya hendak minta pencen itu untuk apa, ex gratia itu untuk apa? Adakah ex gratia ini untuk sesuatu yang disifatkan oleh rakan-rakan tadi sebagai menebus malu dan sebagainya, sedangkan pencen itu telah pun mereka dapat sebelum itu, tetapi yang penting bagi saya, kerajaan sepatutnya harus membuat satu pengisytiharan tribunal ataupun satu tribunal baru untuk membebaskan mereka ini semua, membebaskan mereka daripada tindakan yang pernah diambil oleh satu tribunal dahulu.

Itu dari segi maruah, bukan hendak dinilai dengan wang ringgit. [Tepuk] Akan tetapi dalam konteks ini saya kata bahawa seolah-olahnya kita telah memperuntukkan dua kali tanpa membebaskan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi…
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Menteri, isu yang sama.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ia sebenarnya begini. Apabila panel membuat keputusan dan mendapati bahawa mereka ada melakukan kesilapan, jadi apa yang berlaku, mereka bukan dipecat, mereka diberhentikan awal. Begitu juga iaitu bahawa kalau kita optional. Kalau macam orang pilih optional iaitu bahawa sepatut berhenti 56 tahun tetapi 46 ke atas, mereka pilih untuk berhenti.
Teruskan membaca

MP PKR Gombak: Apa kerja BTN? Menghasut, mencerca, memfitnah terhadap pimpinan Pakatan rakyat.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada B.6, Butiran 010500 muka surat 122, tajuk Biro Tatanegara. Saya bersetuju bahawa teman-teman saya dari Kubang Kerian dan juga Kota Raja telah pun membangkitkan perkara ini tetapi saya hendak bawa dalam aspek yang lain Tuan Pengerusi.

Istilah dan nama Biro Tatanegara itu sendiri membawa maksud yang cukup penting dalam usaha kita untuk membentuk satu masyarakat Malaysia dan sudah tentulah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia ini kita memerlukan kekuatan kepimpinan Biro Tatanegara. Peruntukan yang diberikan untuk tahun depan ialah RM72 juta. Satu jumlah yang besar.

Akan tetapi apakah hasil daripada peruntukan yang besar ini. Hasil yang kita lihat hari ini ialah masyarakat Malaysia hari ini kucar kacir, tidak ada identiti bangsa Malaysia kerana BTNlah menjadi agen propaganda jahat UMNO dan Barisan Nasional. [Tepuk]

Sepatutnya kepimpinan Biro Tatanegara ini melihat secara serius mendidik anak bangsa kita tentang sistem pemerintahan negara Malaysia yang berpaksikan kepada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. BTN bertanggungjawab untuk menghimpunkan anakanak kita sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, pegawai pentadbir, pegawai kerajaan untuk memupuk kasih sayang, rasa hormat sesama kita sebagai bangsa Malaysia.

Akan tetapi Tuan Pengerusi, amat malang sekali BTN hari ini digunakan untuk menghimpunkan anak-anak sekolah, pelajar-pelajar universiti, pegawai-pegawai kerajaan khususnya pegawai-pegawai kerajaan daripada lima buah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Apa kerja BTN? Menghasut, mencerca, memfitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat. Melayu hancur, Melayu tidak ada masa depan kalau Pakatan Rakyat terus memerintah. Ini bibitbibit permusuhan yang dibawa oleh Biro Tatanegara.

Oleh sebab itulah kita lihat sekarang ini berlaku ketegangan kaum di antara Melayu, Cina dan India. Jangan salahkan Pakatan Rakyat, jangan salahkan DAP, jangan salahkan PAS, jangan salahkan Keadilan. Yang bertanggungjawab ialah BTN dan UMNO yang menghancurkan bangsa Malaysia melalui modul dan juga gerak kerja BTN yang amat berbahaya ini.

Oleh sebab itu Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian. Teliti semula, baik dari segi kurikulumnya, modulnya, kepimpinannya. Saya rasa cukup bahaya kalau kita tidak memikirkan perkara ini secara serius. Saya beri contoh, saya hendak bawa aspek ini kerana saya juga menjadi serangan utama Biro Tatanegara.

Gambar saya diedarkan dalam kursus BTN, gambar Ketua Pembangkang diedarkan. Kononnya kita ini agen Yahudi, agen Amerika dan juga agen asing.

Apakah saya ini agen Amerika, apakah saya ini agen Yahudi? Tuan Pengerusi, saya Melayu, Tuan Pengerusi juga Melayu, bumiputera Islam. Kita tidak akan compromise soal Melayu dan Islam. [Tepuk]. Akan tetapi sebagai pemimpin Melayu wahai Yang Berhormat Rompin, pemimpin Islam yang adil, kita juga mesti melakukan…
Teruskan membaca