Dato Halim mencelah BN Batu Pahat membahaskan isu Langkawi

10 November 2008

Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman mencelah BN Batu Bahat sewaktu membahaskan peruntukan Kementerian Kewangan.

Teks penuh:
Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Boleh saya minta penjelasan sedikit? Mengenai LADA ini Tuan Pengerusi. Saya baru balik dari Langkawi kelmarin. Saya lihat bahawa pameran bangunan-bangunan yang telah diperuntukkan – dan pameran terbiar. Saya sangat menyokong ucapan Yang Berhormat Batu Pahat seolah-olah kerajaan sekarang ini tidak mengambil endah langsung apa yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri dahulu.

Saya ingin mendapat penjelasan berapakah kos bangunan-bangunan yang terbiar ini dan saya bertanya kepada Menteri Besar Kedah, apakah tindakan Kerajaan Negeri Kedah untuk mengatasi bersama dengan LADA ini? Katanya pihak YAB telah meminta satu tarikh daripada Perdana Menteri untuk membincangkan perkara ini bagi menyelesaikan masalah-masalah bangunan-bangunan dan projek-projek terbiar ini.

Apakah Kerajaan Persekutuan respons ataupun tidak langsung mengambil endah terhadap usaha-usaha yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri dahulu? Terima kasih.
Teruskan membaca

MP PAS Kubang Kerian: Sesi Soalan Jawab lisan 10 Nov. 2008

10 November 2008, sesi soalan jawab lisan:

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Yang Berhormat memberitahu tadi bahawa sekitar 26% sahaja syarikat-syarikat pengeksport ini di kalangan bumiputera.

Adakah di dalam 26% itu mereka benar-benar dimiliki sepenuhnya oleh golongan bumiputera ini ataupun adakah dalam maklumat kementerian Yang Berhormat bahawa syarikat ini dialibabakan? Ini soalan tambahan saya.

Dato’ Jacob Dungau Sagan: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Memang kita mempunyai kriteria-kriteria tertentu untuk kita classify syarikat tersebut tetapi yang penting sekali ialah kriteria yang 51% hak milik bumiputera itu.

Jadi kita pun tahu bahawa dalam usaha kita menjalankan mempromosikan syarikat bumiputera ini menjalankan kegiatan mereka, kita rasa memang semua kriteria atau kelayakan itu memang kita tetap ambil apabila kita memberi bantuan ataupun bimbingan kepada mereka. Sekian, terima kasih.

Soalan asal:
Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan peratusan syarikat pengeksport Bumiputera, bidang-bidang perniagaan utama yang terlibat dan apakah langkah-langkah berkesan bagi jangka masa pendek dan panjang untuk menambah secara berlipat ganda jumlah pengeksport Bumiputera.

Rujuk: 10 November 2008

MP PAS Pendang: Ingin tahu kadar Radiasi dalam telekomunikasi

10 November 2008, sesi Soalan jawab Lisan ,

Soalan No. 6 – Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan berapakah kadar radiasi bukan pengionan (non ionic radiation) yang dibenarkan di dalam menara telekomunikasi dan kadar selamat antarabangsa serta bagi setiap alat telefon bimbit yang dibenarkan.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato’ Joseph Salang anak Gandum]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat kadar radiasi bukan pengionan atau non ionic radiation yang dibenarkan bagi menara komunikasi dan alat telefon bimbit di negara ini adalah dalam penetapan kepada tahap pendedahan kepada umum atau exposer limit for public.

Kita mengambil pakai tahap pendedahan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa Perlindungan Sinaran tak mengion atau International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection (ICNIRP) yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Teruskan membaca

MP PAS Pengkalan Chepa: Sesi Soalan Jawab Lisan

10 November 2008, Soalan tambahan:

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Soalan saya, ramai di antara penunggang motosikal yang menjadi mangsa kemalangan di jalan raya ini ialah pelajar-pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi yang banyak menggunakan motosikal.

Persoalan saya, apakah langkah yang komprehensif untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar di peringkat ini, sama ada sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi dan apakah tindakan kepada pelajar-pelajar yang kebanyakannya tidak mempunyai lesen memandu.

Akhir sekali, polis telah menyatakan bahawa tidak membenarkan penunggang motosikal masuk ke bandar. Apakah ini benar? Langkah ini? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bagi pelajar-pelajar ini mereka sepatutnya mempunyai lesen dan ini juga perlu kerjasama daripada semua pihak terutama sekali kepada ibu bapa, sebab para pelajar ini tidak akan mampu untuk membeli motosikal sekiranya ibu bapa mereka tidak memberikan wang untuk membeli motosikal.
Teruskan membaca

Ucapan Mahfuz Omar membahaskan peruntukan kementerian Kewangan

10 November 2008, 12.05 tengahari:

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar membahaskan peruntukan di bawah Kementerian Kewangan (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat pada 10 November 2008.

Teks penuh:
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh 010000 dan 010100 yang berkaitan dengan perkhidmatan kewangan dan pengurusan. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan dengan soal jumlah projek runding terus yang dikendalikan di bawah Kementerian Kewangan, berapa jumlah projek runding terus yang telah pun diluluskan dan diberikan oleh pihak kementerian.

Ini kerana kita melihat bahawa saya difahamkan banyak projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan in diberikan secara runding terus dan apa asas-asas pertimbangan yang dibuat oleh pihak kerajaan khususnya oleh pihak kementerian untuk memberikan projek tersebut secara runding terus, tidak dibuat secara open tender.
Teruskan membaca

Ucapan Ketua Pembangkang membahaskan peruntukan Kementerian Kewangan

10 November 2008, 11.41 pagi:
Anwar Pertikai Status IPP, PERWAJA

Ketua Pembangkang membahaskan peruntukan Kemeterian Kewangan (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat. Setiap Ahli Dewan dibenarkan berucap selama 10 minit.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimmenegaskan tindakan kerajaan meluluskan semua hutang kumpulan Perwaja Holding Berhad (Perwaja) kepada bentuk geran pada 13 September 1998 hanya merosakkan kedudukan kewangan ekonomi Negara.
Teruskan membaca

Usul Menangguhkan Peraturan Mesyuarat 18(1) mengenai Pengusiran Duta Malaysia ke Serbia

10 November 2008, 11.31 pagi : Usul di bawah Peraturan 18 (1)

YB Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) akan mencadangkan,
”Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan satu isu tentang pengusiran Duta Malaysia ke Serbia dibincangkan”.

Tan Sri Yang Dipertua,

Pada awal bulan November ini kita dikejutkan dengan makluman yang dibuat oleh Wisma Putra bahawa Duta Malaysia ke Serbia, Datuk Saw Ching Hong telah diusir oleh negara bekas Yugoslivia itu kerana Malaysia mengiktiraf kemerdekaan negara umat Islam di Balkan, Kosovo. Perkara ini walaupun ditegaskan oleh Menteri Luar bahawa ia tidak apa-apa kesan terhadap kedaulatan Malaysia, tetapi harus diingat bahawa tindakan Serbia ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa negara itu masih menganggap Kosovo sebagai wilayah mereka.

Seluruh dunia tahu bagaimana keganasan yang dilakukan oleh orang-orang Serb ke atas umat Islam di Bosnia dan Kosovo pada awal 1990-an dahulu yang menyebabkan Yugoslavia berpecah. Hari ini dunia telah mengiktiraf bahawa Bosnia dan Kosovo adalah dua buah negara yang merdeka.
Teruskan membaca

Live Sidang DUN Perak (10 – 13 November 2008)

Dewan Undangan Negeri Perak akan mengadakan sidangnya mulai 10 November hingga 13 November 2008 mulai jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang.

Siaran langsung akan di adakan dan anda boleh mengikutinya melalui TV PAS, SILA KLIK.

Sementara itu, siaran langsung Dewan Rakyat akan terus diadakan setiap Isnin hingga Khamis dan akan berakhir pada 18 Disember 2008.
Terima kasih krew-krew yang bertugas.