MP PAS Bachok: Mencelah penggulungan Menteri Kewangan II, 11 November 2008

11 November 2008, 12.11 tengahari:

MP PAS Bachok, MP PAS Kuala Selangor dan BN Pontian mencelah penggulungan Menteri Kewangan menggulung peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat bagi Kementerian Kewangan pada 11 November 2008.

Teks penuh akan menyusul,….

MP PAS Shah Alam: Mencelah penggulungan Menteri Kewangan, 11 November 2008

11 November 2008, 12.43 tengahari:

MP PAS Shah Alam, MP PKR Gombak, MP PAS Pokok Sena dan DAP Ipoh Timur mencelah perbahasan penggulungan Menteri Kewangan II pada peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat.

Teks penuh akan menyusul…
Rujuk: 11 November 2008

MP PAS Pokok Sena: Mencelah penggulungan Menteri Kewangan II

11 November 2008, 12.32 tengahari:

MP PAS Pokok Sena, MP DAP Klang dan DAP Ipoh Timur mencelah perbahasan penggulungan Menteri Kewangan II pada peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat.

Jam 2.54 petang

MP PAS Pokok Sena, MP PKR Kuala Langat mencelah perbahasan penggulungan Menteri Kewangan II pada peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat.

Jam 3.03 petang

MP PAS Pokok Sena, MP DAP Kota Melaka mencelah perbahasan penggulungan Menteri Kewangan II pada peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat.

Teks penuh akan menyusul…
Rujuk: 11 November 2008

MP PAS Marang, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa mencelah Penggulungan Menteri Kewangan II

11 November 2008, 11.59 tengahari

Ahli Parlimen Marang, Ahli Parlimen Kubang kerian dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa mencelah Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Yaakob menggulung perbahasan di peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat, 11 November 2008

Teks penuh akan menyusul….

MP PAS Jerai: Sesi soalan jawab lisan 11 November 2008

11 November 2008,

10. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah peruntukan Kementerian dalam RMK-9 bagi tahun 2006 hingga 2010 bagi negeri Kedah dan nyatakan aktiviti Kementerian di negeri Kedah bagi tahun 2006 hingga 2010.

Teks penuh akan menyusul….

MP PAS Kuala Krai: Sesi soalan jawab lisan 11 November 2008

11 November 2008, Soalan tambahan

Soalan asal
9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah kes penyeludupan di dalam negara semenjak penstrukturan harga minyak dibuat. Adakah Kementerian berpuas hati dengan keadaan setakat ini dan jika tidak, apakah langkah tambahan yang dicadangkan oleh Kementerian.

Teks penuh akan menyusul

MP PAS Pendang: Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1)

11 November 2008, 11.31 pagi:
Saya, Dr Mohd Hayati Othman ( Pendang) akan mencadangkan:
“ Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang keretakan hospital Queen Elizebeth yang masih digunakan walau pun diketahui berlaku keretakan sejak setahun yang lalu”.

Tuan Yang Dipertua,
Dalam berita TV3 jam 1.30 tengahari 6 November 2008 telah mendedahkan bahawa hospital QEH masih digunakan walaupun berlaku keretakan hampir 1 tahun tanpa diambil tindakan dan ini cukup membahayakan keselamatan rakyat awam dan pesakit serta petugas. Dalam lawatan meninjau kerosakan yang berlaku, Y Bhg Ketua Pengara Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Marican juga merasa hairan kenapa masalah keretakan tidak diberitahu kepada pihak atasan walaupun sudah disedari lama.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: Bahas peruntukan Kementerian Kewangan pada 10 Nov. 2008

10 November 2008, 5.12 petang:

Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib membahaskan peruntukan Kementerian Kewangan (perinkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat pada 10 November 2008.

Teks penuh:
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahir Rahmanir Rahim.

Saya ingin menyentuh Butiran 020200 sekali gus dengan 020400, mengenai dengan pertama sekali Bank Islam. Sebagaimana kita tahu bahawa pemegang saham Bank Islam ini adalah 100% bumiputera pada satu ketika dulu, iaitu pertama sekali Majlis Agama Islam semua negeri, Lembaga Tabung Haji, EPF dan individu.

Pada tahun 2006, pegangan saham dalam Bank Islam yang dahulunya 100% oleh rakyat Malaysia telah pun jatuh hanya tinggal 60% sahaja lagi, di mana 40% telah pun dijual kepada DIG ataupun Dubai Investment Group dengan harga hanya RM1.20 satu saham.

Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri kenapa dijual sampai kepada 40% yang memperlihatkan wang kita mengalir ke pihak luar sedangkan Dubai adalah di antara negara yang tidak menyokong pada penubuhan Bank Islam pada satu ketika dulu.
Teruskan membaca

MP PAS Tumpat: Bahas peruntukan Kementerian Kewangan 10 Nov. 2008

10 November 2008, 4.29 petang:

Ahli ParlimenTumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar membahaskan peruntukan Kementerian Kewangan (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat pada 10 November 2008.

Teks penuh:
Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin bercakap ringkas sahaja dalam perkara berkaitan dengan Perbendaharaan ini. Pertamanya ialah Butiran 020500 berkaitan dengan Subsidi Gas Cecair (LPG), Diesel dan Petrol yang bernilai RM21 bilion.

Tuan Pengerusi ini adalah suatu isu yang besar tetapi saya ingin merujuk khusus tentang pengendalian subsidi ini dan bagaimana puncanya. Saya dimaklumkan bahawa di Mesyuarat Majlis Raja-Raja pun dibangkitkan tentang ketidakadilan pengagihan manfaat gas dan minyak ini hanya kepada negeri-negeri yang terlibat dengan pengeluaran minyak dan gas dan tidak kepada seluruh negeri di tanah air kita ini.

Tetapi lebih malang lagi Tuan Pengerusi kalau kita lihat kepada buku anggaran hasil Kerajaan
Persekutuan pada tahun 2009 ini.

Sebenarnya negeri Kelantan telah terlibat dalam memberikan keuntungan atau pendapatan kepada Petronas dan kepada Kerajaan Malaysia. Di dalam buku ini dinyatakan bahawa semenjak tahun 2007 lagi negeri Kelantan melalui Projek Operasi Petroleum pihak berkuasa bersama Malaysia-Thailand telah mengeluarkan minyak dan gas yang mana dalam tahun 2007 bernilai RM44 bilion kalau tidak silap saya ataupun RM238 juta, tahun 2008 RM268 juta dan tahun 2009 ini dianggar RM547 juta.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: Bahas peruntukan Kementerian Kewangan

10 November 2008, 3.32 petang

Teks penuh:
Dr. Dzulkiefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut mahu berbahas tentang belanjawan di peringkat Jawatankuasa ini.

Saya akan memfokuskan beberapa perkara sahaja Tuan Pengerusi. Butiran 020300, Butiran 030100, dan mungkin beberapa perkara yang lain termasuk 020500. Saya memerhatikan peruntukan RM5 juta emolumen dalam memberikan peruntukan pengurusan, penganalisisan ekonomi.

Kalau diberikan lebih pun tidak apa Tuan Pengerusi, tetapi hingga kini kita minta Yang Berhormat Menteri. Dalam pengurusan urus tadbir kewangan dan ekonomi negara nyata setiap kali kita mendepani
krisis kita menyuntik dana yang cukup besar seolah-olah dana kita tidak punya had. Seolah-olah duit kita semacam tumbuh di pokok.

Apa yang jelas dalam menangani krisis seperti ini sebenarnya kita ada peruntukan menganalisis ekonomi yang seharusnya setiap tahun ini RM5 juta, bahkan sebenarnya RM6 juta dengan perkhidmatan bekalan sekali gus.
Teruskan membaca