MP PAS Pokok Sena: Bahas peruntukan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

13 November 2008:

Ahli Parlimen Pokok Sena membahaskan peruntukan Kementerian Pertanian (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 13 November 2008.

Teks penuh:
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Yang Berhormat menteri, saya ingin menyentuh soal B.21 Kementerian Pertanian… [Ketawa] Teringatkan helikopter nak tabur baja dengan racun, 06000 berkaitan dengan Pemberian Subsidi Baja, 08000 – Insentif Pengeluaran Padi,110000 – MADA, 010400 iaitu Industri Padi dan Beras.

Saya ingin menyentuh yang pertama sekali, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat menteri tentang kedudukan pengeluaran beras dalam negara kita ini. Berapa sebenarnya tahap sara diri yang ada pada waktu ini, kerana saya sendiri pun agak confused dengan target dan matlamat. Kalau ikut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dalam penggulungan kalau tidak silap saya Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan menjelang 2010 ini, kita harap kita
boleh capai sebanyak 86% tahap sara diri untuk pengeluaran beras dalam negara kita.
Teruskan membaca

MP PAS Pendang: Mencelah Ucapan DAP Rasah membahaskan peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani

13 November 2008:

Ahli Parlimen Pendang mencelah Ucapan Wakil DAP Rasah ketika membahaskan peruntukan Kementeria Pertanian dan Industri Asas Tani, 13 November 2008.

Teks penuh;
Ahli Parlimen Pendang mencelah Ucapan Wakil DAP Rasah ketika membahaskan peruntukan Kementeria Pertanian dan Industri Asas Tani, 13 November 2008.

Ahli Parlimen Pendang mencelah Ucapan penggulungan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat pada 13 November 2008

Teks penuh:
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Rasah, terima kasih Tuan Pengerusi. Kalau beginilah dasar yang dibuat oleh LPP saya rasa petani-petani di Sekinchan mungkin tidak dapat menjadi ahli dalam pertubuhan ini sebab kebanyakan di Sekinchan ini daripada bukan bumiputera. Apa pandangan Yang Berhormat Rasah?

Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Ya itu sebabnya kita hendak mendapatkan kepastian. Saya minta supaya pihak menteri memaklumkan Dewan yang mulia ini, apakah dasar sebenar pihak kementerian dalam perkara ini? Kalau tidak ada dasar ini, kalau di peringkat bawah itu mengamalkan dasar dia sendiri, maka saya harap pihak kementerian boleh mengambil tindakan tegas kepada pegawai-pegawai di bawah itu kerana ini merosakkan perpaduan negara kita.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: Soal Menteri IPT mengenai perlantikan NC tidak ikut kelayakan

13 November 2008, Sesi pagi:

Soalan No. 8 – Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kenapakah pelantikan Naib Canselor (VC) di universiti-universiti di negara ini tidak mengikut kelayakan para ahli akademik dan masih berasaskan pengaruh politik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I [Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Baling yang bertanyakan soalan berkaitan dengan pelantikan Naib Canselor institusi pengajian tinggi awam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan pengurusan tertinggi universiti khususnya Naib Canselor dan Timbalan timbalan Naib Canselor adalah dilaksanakan oleh satu badan bebas yang dilantik oleh kerajaan dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilih ataupun dalam bahasa Inggeris
dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Search Committee.

Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada tokoh-tokoh yang terkenal dan berwibawa dalam pelbagai bidang dan juga merupakan pemegang-pemegang jawatan penting dalam sesebuah organisasi. Asas pemilihan adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria seperti visi, misi, kepimpinan, pengurusan, pencapaian akademik, pengiktirafan, keperibadian dan kemahiran berkomunikasi.

Tuan Yang di-Pertua, calon-calon dikenal pasti akan ditapis melalui beberapa sesi temu duga dan dinilai berdasarkan kepada kriteria tersebut serta prestasi mereka semasa temu duga. Tuan Yang di-Pertua, sebelum tiga bulan tamat perkhidmatan seseorang Naib Canselor itu, kementerian akan menubuhkan
Jawatankuasa Semakan atau Jawatankuasa Carian bagi menilai prestasi Naib Canselor berdasarkan KPI, berdasarkan kepada petunjuk prestasi yang ditetapkan serta amalan terbaik yang lain.
Teruskan membaca

MP PAS Rantau Panjang: Kemuka soalan tambahan kepada Menteri Perladangan

13 November 2008, 10.11 pagi:

Ahli Parlimen Rantau Panjang kemuka soalan tambahan kepada imbalan TMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada 13 Nov 2008.

Teks penuh:
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah ada satu mekanisme ataupun satu kaedah yang diguna pakai oleh kerajaan untuk memastikan supaya harga minyak di pasaran domestik ini tidak berubah mengikut keadaan perubahan harga minyak sawit di pasaran antarabangsa sebab kita merupakan negara pengeluar kedua terbesar di dunia.

Jadi apakah ada satu mekanisme untuk memastikan rakyat kita sendiri dapat menikmati harga minyak sawit yang rendah? Jadi sekarang ini dengan penurunan harga minyak sawit, tetapi rakyat masih terpaksa membeli dengan harga yang mahal. Jadi minta penjelasan.

Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya pengguna minyak masak tidak terjejas langsung. Di mana harga yang kita berikan kepada mereka untuk minyak masak itu adalah sama sahaja. Yang perubahannya adalah pada CPO iaitu crude palm oil, minyak mentah.
Teruskan membaca

MP PAS Pengkalan Chepa: Bahas peruntukan Kementerian Pertanian

12 November 2008, 4.43 petang:

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa membahaskan peruntukan Kementerian Pertanian dalam peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat pada 12 November 2008.

Teks penuh:
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan menyentuh Butiran 12000, 13000 dan beberapa butiran lain. Butiran 12000 mengenai Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Tuan Pengerusi, sebenarnya rakyat Kelantan dan penduduk luar bandar di Kelantan sangat mengharap dan menyanjung tinggi Menteri Pertanian ini kerana Menteri Pertanian sekarang ini berasal daripada Kelantan, daripada luar bandar untuk membuat beberapa perubahan khususnya di Kelantan. Jadi saya menyuarakan ini bagi pihak rakyat di Kemubu dan juga pegawai-pegawai.

Pertama sekali iaitu di perairan Lembaga Kemubu ini selalu tidak cukup air pada musimmusim tertentu. Jadi saya berbincang sedikit dengan mereka, mereka kata tidak ada jalan lain melainkan kalaulah menteri dapat menggunakan jasa ini dan dapat membuat peruntukan lebih kurang dalam RM40 juta ke untuk membuat rubber damp, ataupun dam daripada getah merentangi Sungai Kelantan lebih kurang di Jambatan Pasir Mas boleh memberi perairan yang cukup pada perairan Lema dan juga perairan Kemubu.

Ini sangat-sangat penting bagi meningkatkan hasil padi mereka kepada lapan tan ataupun sekurang-kurangnya tujuh tan, sekarang ini empat tan sahaja, pada musim tengkujuh tidak perlu.
Teruskan membaca