Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Kita dengar cukup takutlah apabila ada golongan profesional terutama doktor yang terlibat sama dalam kes penculikan dan penjualan bayi ini dan diharap tindakan yang keras diambil supaya kita dapat memelihara imej profesion tersebut.
Saya dengar dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi yang tidak ditangani oleh timbalan menteri iaitu terdapat pegawai-pegawai dan kakitangan di balai-balai polis yang merupakan sebahagian daripada sindiket tersebut yang memecahkan rahsia dan kalau benar polis ada satu team atau skuad untuk membanteras ini bagaimana mereka akan melaksanakan tugas kalau ada pihak-pihak yang memberikan maklumat di dalam itu juga kepada sindiket. Jadi bagaimana pihak polis menangani masalah ini.
Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya setakat ini memang tidak ada bukti yang kukuh yang mengatakan anggota polis terlibat sebagai informer dengan izin, tetapi walau bagaimanapun oleh kerana Yang Berhormat Batu Pahat telah mengatakan mempunyai masalah dalaman di Polis Diraja Malaysia maka Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan yang lebih tegas dan memastikan supaya informer ini tidak wujud dalam keanggotaan polis, sekian.
Soalan asal:
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik kes penjualan bayi mengikut kaum di Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2008. Nyatakan langkah kerajaan untuk membanterasnya.
Rujuk: 12 November 2008
Filed under: Ucapan | Leave a comment »