17 November 2008:
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa mencelah penggulungan menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, 17 November 2008.
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]:[Ketawa] Spesifik soalan saya ini. Pada tahun 80-an, Kerajaan Negeri Kelantan telah memperuntukkan kepada Orang Asli Kelantan sebanyak 40 ribu ekar tanah hutan balak dan diurus oleh JOA.
Akan tetapi pendapatan daripada pembalakan ini dimasukkan ke dalam akaun Syarikat Kijang Emas Malaysia. Pada tahun 90-an, Kerajaan Kelantan tidak selesa dengan tindakan JOA itu kerana pendapatan daripada pembalakan itu dimasukkan ke Syarikat Kijang Emas Malaysia.
Jadi diminta untuk ditubuhkan satu syarikat, Kijang Emas Kelantan untuk tujuannya membangun masyarakat Orang Asli yang pada masa itu adalah kira-kira 7,500 orang sahaja yang budaya hidup mereka adalah masih berpindah-randah. Jadi saya ingin tahu dengan peruntukan yang begitu besar daripada kerajaan negeri dan peruntukan begitu besar daripada Kerajaan Persekutuan, saya hendak tahu apa perkembangan penempatan Orang Asli di kawasan tanah-tanah rizab yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Kelantan.
Berapa ramaikah anak-anak mereka diletakkan di asrama penuh? Berapa banyak tanah-tanah yang ditanam dengan kelapa sawit?
Teruskan membaca
Filed under: ADR Pkln Chepa, Dewan Rakyat, Menteri, Ucapan | Leave a comment »