18 November 2008:
Ahli Parlimen Pokok Sena membahaskan peruntukan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (peringkat jawatankuasa) Dewan Rakyat, pada 18 November 2008.
Teks penuh:
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh 080000 – Pengairan dan Saliran berkaitan dengan soal banjir dan soal sungai perparitan. Saya kira bahawa setiap tahun kita sudah tahu bilakah akan berlaku banjir dan kita juga telah pun dapat mengenal pasti di mana kawasan-kawasan yang selalu dikesan daripada banjir.
Kita juga telah mengenal pasti punca dan masalah banjir itu sendiri dari segi laluan air sungai, kedalaman sungai ataupun sungai sempit, parit yang tersumbat dan sebagainya. Apa yang saya hendak sebutkan di sini bahawa sepatutnya kita sudah pun dapat mengatasi masalah-masalah ini dan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang saya sebutkan tadi dari segi kedalaman sungai dan saliran keluar air. Akan tetapi malangnya kita lihat kerajaan semacam agak lambat untuk membuat penyelesaian.
Maknanya kita kena tunggu satu tempoh jangka waktu yang kita tidak tahu bila untuk dapat diselesaikan masalah-masalah sungai ataupun parit-parit yang pernah pun kita sebut di Dewan ini dan aduan-aduan yang telah pun dibuat di jabatan dan sebagainya.
Teruskan membaca
Filed under: ADR Pokok Sena, Dewan Rakyat, Ucapan | Leave a comment »