MP PAS Pendang dan Parit Buntar: Mencelah penggulungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan industri

19 November 2008:

Ahli Parlimen Pendang dan Parit Buntar mencelah penggulungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat 18 Nov. 2008.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya hendak bertanya berhubung dengan SMIDEC ini. Saya mendapat keluhan daripada pembuat-pembuat makanan yang sepatutnya mendapat label halal yang mereka ini berhasrat untuk mengeksport ke luar negara. Keluhan mereka adalah mereka sering menghadapi birokrasi untuk mendapatkan logo halal ini.

Mereka kata, kalau kita hendak mengeksport barangan ke luar negara terutama barangan makanan, misalnya biskut, saya berjumpa dengan mereka dan mereka mengatakan bahawa hendak mendapatkan logo halal itu pun sampai enam bulan baru boleh dapat. Ini birokrasi yang terdapat di dalam Halal Industry Development Corporation (HDC).

Sekiranya kita sudah mendapat pinjaman daripada bank tetapi untuk mendapatkan cap halal itu cukup sukar dengan birokrasi yang terdapat di sini.

Saya harap pihak kementerian boleh menghuraikan perkara ini dan boleh mempercepatkan ataupun berhubung dengan HDC untuk memberikan mereka ruang dan peluang yang lebih cepat untuk mendapatkan cap ini. Sekiranya tanpa cap ini mereka mengatakan bahawa kalau barangan daripada negara Malaysia ke negara Timur Tengah misalnya, sukar untuk masuk. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Jacob Dungau Sagan: Terima kasih, Yang Berhormat. Ini adalah di bawah jagaan Halal Industry Development Corporation (HDC). Jadi, kita akan membawa perkara ini kepada pihak yang berkenaan supaya pengeluaran cap ini dapat dipercepatkan. Mungkin mereka mempunyai masalah yang tertentu di mana kadang-kadang kajian perlu dibuat sebelum cap itu dikeluarkan bagi menentukan barangan tersebut benar-benar halal ataupun tidak.

Walau bagaimanapun, kita akan membawa perkara ini kepada pihak berkenaan supaya kita boleh
mempercepatkan lagi pengeluaran cap dengan secepat mungkin.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya adalah lagi soalan tentang perindustrian kecil dan sederhana kecil. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya memetik antara masalah yang dihadapi oleh produk-produk kecil sederhana ini yang merupakan satu sektor yang besar dalam industri kita.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: Mencelah penggulungan Menteri MITI

19 November 2008:

Ahli Parlimen Kuala Selangor meencelah penggulungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat 18 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit sahaja, saya sambung sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kuala Selangor. Ya, dalam pendekatan yang sama juga kerana kita telah menyebutkan untuk menjalinkan perdagangan, trade dengan khususnya inter-ASEAN.

Semalam ada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang bercakap tentang keperluan untuk intensify perdagangan dengan OIC countries tetapi nampaknya kita seolah-olah terikat, beholden to dengan izin, kepada Amerika. Kita boleh mendapat lagi penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mahupun Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapa kita perlu untuk sekian kalinya yang sudah hampir dua tahun lebih, masih lagi mengharapkan termeterainya FTA ini, boleh tidak kita mendapat penjelasan are we better off or in fact worse off dengan izin?

Kita masih lagi menunggukan jawapan ini secara jelas dan secara tegas. Kalau kita sentuh perkara-perkara yang akan kita terkorban ataupun perkara yang dipertikaikan itu tidak perlu saya senaraikan termasuklah bagaimana intrusion kepada sovereignty perdagangan kita atau hak kita, kedaulatan kita. Itu semakin parah because we are dealing with the only unipolar super power mungkin. Terima kasih.

Tuan Charles Santiago [Klang]: Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ada persoalan yang sama tetapi isu lain.
Dato’ Jacob Dungau Sagan: Yang sama? Kalau isu lain tidak payahlah, jalan sahaja.
Tuan Charles Santiago [Klang]: Ada soalan, ada soalan.
Dato’ Jacob Dungau Sagan: Soalan samakah?
Tuan Charles Santiago [Klang]: Bukan soalan sama.
Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: [Bangun]
Tuan Charles Santiago [Klang]: Bolehlah satu soalan sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Jacob Dungau Sagan: Tunggu dulu, dengar cerita dari saya dulu dan kalau ada perkara yang belum jelas nanti kita akan sentuh.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: sesi soalan jawab lisan, 19 Nov. 2008

19 November 2008:

Soalan No. 10 – Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bahawa memandangkan terdapat telahan penganalisis ekonomi serta terdapat indikator harga minyak mentah akan turun sebanyak 16% atau USD124 setong yang berakhir pada 25hb Julai lalu, pada harga berapakah Kerajaan bersedia untuk menurunkan harga bahan bakar petrol dan diesel di negara kita.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Walaupun soalan ini sebenarnya telah mungkin overtaken by event, tetapi saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dapat memberi penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Kalaulah dapat saya tambah sedikit soalan itu kepada…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, masa kita tidak ada, Yang Berhormat. Kalau you panjang tambah, Yang Berhormat Menteri tidak ada masa menjawab.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Minta Yang Berhormat Menteri menerangkan setelah empat kali diturunkan harga petrol di pam kepada RM2 satu liter, berapa banyakkah sebenarnya subsidi yang diberikan oleh kerajaan? Terima kasih.

Timbalan Menteri Kewangan ll [Dato’ Kong Cho Ha]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan menggunakan kaedah automatic price mechanism, dengan izin untuk menentukan harga runcit bagi petrol dan diesel. Harga minyak mentah dan harga produk minyak dipantau secara harian dan purata harga akan digunakan untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel di station.

Pada awal tahun 2008, harga minyak dunia telah meningkat di mana pada pertengahan tahun 2008, harga minyak dunia mencecah paras USD140 setong. Berdasarkan trend harga yang meningkat secara mendadak ini, kerajaan telah menaikkan harga runcit petrol dan diesel pada 5hb. Jun 2008.

Walau bagaimanapun, dalam bulan Ogos 2008, harga minyak dunia telah berubah dan menunjukkan penurunan. Trend penurunan ini berterusan. Selaras dengan perubahan ini, kerajaan pada masa yang sama telah mengkaji semula dan menurunkan harga runcit petrol dan diesel masing-masing.

Sehingga kini kerajaan telah lima kali menurunkan harga runcit bagi petrol dan diesel. Kali pertama penurunan pada 23 Ogos di mana RON97 diturunkan 15 sen seliter. Kali kedua pada 25 September di mana penurunannya adalah 10 sen per liter, kali ketiga pada 15 Oktober penurunan 15 sen seliter dan kali keempat pada 1 November penurunan 15 sen seliter dan kali yang kelima adalah pada 18 November dengan penurunan 15 sen seliter. Ini bermakna dalam tempoh dua bulan yang lepas ini kerajaan telah empat kali menurunkan harga petrol dan diesel.

Dari penurunan harga runcit ini dari harga semasa petrol RON97 adalah RM2.00 seliter manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing diparas RM1.90 seliter. Sekian, terima kasih.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, masalahnya adalah berapa subsidinya kerana mengikut perhitungan kita tidak ada subsidi yang diberikan oleh kerajaan seperti mana yang kita tahu kalau kita bandingkan aritmetik yang diutarakan oleh economist.
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa: Sesi soalan jawab lisan, 19 Nov. 2008

19 November 2008, Soalan tambahan:

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita lihat usaha-usaha kerajaan untuk memajukan kraf negara ini. Walaupun tadi disebut senaraisenarai pameran yang disertai dan hasil-hasil pendapatan yang kita dapat daripada pameranpameran tersebut dan dikatakan mungkin ada perjanjian dengan Harrods dan sebagainya untuk mendapatkan peluang kraf tangan negara di pamerkan ataupun dijual di sana.

Saya kira usahausaha kerajaan ataupun kementerian masih lagi agak tertinggal dan terkebelakang berbanding dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan juga Filipina. Malah kalau tadi
disebut di luar negara, kalau kita tinjau…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Soalannya, Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ini soalannya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah sebut, Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Kalau kita tinjau di dalam negara kita sendiri, misalnya dikatakan di bazar-bazar MARA yang banyaknya adalah kraf tangan daripada luar negara. Jadi, saya mahu bertanya di sini untuk mendapatkan penjelasan seperti Yang Berhormat Kinabatangan tadi, apakah langkah drastik kerajaan untuk memastikan kraf tangan negara ini bukan sahaja dapat dieksport ke luar negara tetapi juga diberi fokus dan juga perhatian yang besar dalam negara kita sendiri dan menjadi kebanggaan negara kita. Terima kasih.

Tuan Teng Boon Soon: Terima kasih, Yang Berhormat Titiwangsa. Memang selain daripada usaha promosi dan mempromosikan produk di peringkat antarabangsa, promosi untuk pasaran domestik juga diberi perhatian. Cadangan Yang Berhormat Titiwangsa untuk memperbanyak dan menonjolkan lagi kraf tangan negara di pasaran tempatan itu memang diterima dengan baik.
Teruskan membaca

MP PAS Bachok: Sesi soalan jawab lisan, 19 Nov 2008

19 November 2008, saoalan tambahan:

Tuan Nasharudin Mat. Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana menjadikan saya terpilih pada pagi ini. [Ketawa]

Soalan tambahan saya adalah saya ingin tahu berapakah jumlah laporan yang telah dibuat oleh khasnya para graduan 2,000 orang ini dan berapakah tindakan yang telah diambil daripada laporan-laporan tersebut khasnya bermula dari tahun ini sehinggalah sekarang.

Adakah 2,000 graduan ini akan disambung kontrak mereka memandangkan harga barang yang nampaknya masih belum turun dan juga keadaan semasa yang nampaknya semakin tidak menentu di dalam konteks keprihatinan kepada pengguna. Terima kasih.

Dato’ Shahrir Abdul Samad: Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kira pandangan daripada Ahli Yang Berhormat tentang soal kedudukan pemantau harga ini selepas daripada 31 Mac tahun hadapan. Tentang untuk melanjutkan…

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Selepas Perhimpunan Agung UMNO.
Dato’ Shahrir Abdul Samad: Tidak, inilah susahnya kita hendak menjawab bila diganggu. Kadang-kadang kalau kita menyumbang, bercakap menyumbang kepada kemajuan, saya rasa ada baiknya. [Disampuk] Saya minta maaf. Boleh, saya ingat kalau ada pertanyaan, boleh tak Yang Berhormat Bachok bertanyakan tambahan kalau hendak ditambahkan soalan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dia sebenarnya Yang Berhormat…
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Tuan Yang di-Pertua..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah habis Yang Berhormat Bachok ini?

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Di sini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, jangan minta Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat minta, saya tak bagi nanti.
Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Saya bukan untuk pilih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya tak bagi nanti. Kalau minta saya tak bagi. Saya buat keputusan di bawah peraturan. Itu setengah…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya patuh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, pilih siapa Tuan Yang di-Pertua? Siapa Tuan Yang di-Pertua pilih?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Jadi, saya
pilih…
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Yang Berhormat Menteri tidak jawab lagi, Yang Berhormat Menteri tak jawab pun.

Soalan asal:
Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah kemajuan operasi Majlis Harga Barang Negara termasuk pelantikan 2000 graduan sebagai pemantau dan berapa banyak kes penangkapan yang telah dibuat pada tahun ini.

MP PAS Rantau Panjang: Mencelah penggulungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

18 November 2008:

Ahli Parlimen Rantau Panjang mencelah penggulungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat 18 Nov. 2008.

Tek penuh:
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Ia berkaitan dengan sempadan, sebab saya kawasan sempadan dengan Thailand.

Terima kasih Yang Berhormat, apabila kita sebut tentang sempadan ini di antara masalah yang kita hadapi ialah masalah tambatan di sungai di sebelah Kelantan, kita lihat setiap tahun apabila berlakunya banjir, sempadan di sebelah Kelantan ini akan berdepan dengan hakisan yang cukup teruk dan sebelah Thailand sempadannya di tambak.

Jadi apakah perancangan pihak kementerian di masa akan datang supaya sempadan kita tidak terus terhakis dan ini sebenarnya memberi kesan yang amat besar terutama penduduk sekitar Sungai Golok itu sendiri. Minta Penjelasan.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: Mencelah penggulungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

18 November 2008:

Ahli Parlimen Kuala Selangor mencelah penggulungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat 18 Nov. 2008.

Tek penuh:
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih menteri, saya tidak berkesempatan untuk bersama dalam perbincangan dalam perbahasan sebentar tadi kerana tidak diberi laluan dan saya cukup faham dengan usaha untuk mengembalikan hutan paya bakau ini yang telah banyak tercemar dan rosak akibat pembangunan.

Di Selangor sahaja Yang Berhormat Menteri tentunya tahu dalam lima enam tahun yang lalu sebanyak 11 ribu hektar paya bakau telah musnah akibat pembangunan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Saya ingin sentuh hanya sekadar untuk membawa apa yang sedang berlaku di kawasan Parlimen saya, pencerobohan setelah kolam udang ever growth, evergreen akuakultur diberi sebanyak 900 dan lebih begitulah, 700, maaf ekar menjalankan perusahaan kolam udang, yang paling malang setelah diberikan sebesar itu, menjejaskan paya bakau dan merosakkan habitat.
Teruskan membaca

MP PAS Jerai: Mencelah penggulungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

18 November 2008:

Ahli Parlimen Jerai mencelah penggulungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat 18 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan berkaitan dengan muara sungai. Untuk pengetahuan Menteri, di kawasan saya terdapat enam hingga tujuh muara sungai besar yang disebabkan pelebaran yang tidak cukup ataupun tidak dibersihkan menyebabkan setiap kali banjir besar akan berlaku.

Yang pertama kuala Sungai Ruak, kuala Sungai Udang, kuala Sungai Yam, kuala Sungai Daun dan kuala Sungai Dulang. Saya pohon kementerian dan JPS ambil perhatian sebab setiap kali hujan lebat sahaja
akan berlaku air laut pasang maka berlaku banjir ataupun di kawasan Pendang hujan lebat apabila air tersebut akan bergerak ke muara disebabkan air laut pasang juga kawasan Jerai akan mengalami banjir.

Disebabkan pemantauan saya bersama dengan JPS daerah Yan dan juga Kuala Muda mendapati di muara sungai tersebut cetek dan sudah lama tidak diurus dengan baik oleh pihak JPS. Pohon perhatian Menteri. Terima kasih.

Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat. Kita ambil maklum cadangan Yang Berhormat tersebut. Yang Berhormat Bukit Mertajam telah pun memohon peruntukan tebatan banjir fasa dua Sungai Junjung, fasa dua Sungai Pinang dan…

MP PAS Kota Bharu: Mencelah penggulungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

18 November 2008:

Ahli Parlimen Kota Bharu mencelah penggulungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat 18 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah [Kota Bharu]: Yang Berhormat. Tuan Pengerusi izinkan saya untuk menarik perhatian kepada program tebatan banjir di Kota Bharu. Lebih kurang 18 tahun yang lalu, apabila Kelantan bertukar kerajaan, pihak JPS yang sebelum daripada itu membuat suatu pintu air di muara Sungai Keladi ataupun Sungai Pengkalan Chepa yang menyebabkan anak sungai itu begitu kotor.

Oleh kerana pintu pam itu dibuat begitu tinggi sehingga apabila air itu rendah, maka air tidak mengalir. Jadi untuk mengelakkan daripada kekotoran dan kempen daripada JPS untuk menjaga sungai maka pintu air itu dibuang. Jadi, saya dimaklumkan bahawa dalam Projek Tambatan Banjir kali ini, sekali lagi pintu air di muara Sungai Keladi itu akan dibina semula. Jadi, saya minta perhatian dan respons daripada Yang Berhormat Menteri.

Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya tidak ada maklumat terperinci mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Kita akan memberitahu Yang Berhormat secara bertulis.

MP PAS Parit Buntar: Mencelah penggulungan Menteri sumber Asli dan Alam Sekitar

18 November 2008:

Ahli Parlimen Parit Buntar memcelah penggulungan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat 18 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Pengerusi, saya hendak respons tentang yang kata Kedah tadi itu. Sepatutnya kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada waktu yang sama memberikan keadilan kepada negeri Kedah di atas pampasan khidmat alam sekitar yang sepatutnya diterima iaitu RM100 juta yang hingga hari ini mengikut perjanjian yang dibuat dengan Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu, Kerajaan Negeri Kedah belum lagi menerima pampasan itu.

Jadi saya rasa Yang Berhormat Padang besar pun perlu adil. Dalam pada waktu yang sama patut beri contoh Kedah, tetapi pada waktu yang sama juga kena tengok Kedah ini dia jaga tidak tebang hutan di situ balak di situ sebab dan tampung air bukan sahaja di Kedah tetapi juga di Pulau Pinang dan Perlis.

Jadi itu pun satu yang wajar diberi perhatian dan oleh itu saya pun hendak tahu kalau betullah benda ini sudah selesai, bagaimanakah pembayaran itu akan dibuat, adakah melalui Jabatan Persekutuan yang akhirnya akan diberi manfaat kepada persekutuan atau adakah akan diberi terus kepada pentadbiran kerajaan negeri, sekian.
Teruskan membaca