MP PAS Padang Terap: Sesi soalan jawab lisan, 20 Nov. 2008

20 November 2008:

Soalan No. 12 – Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit yang menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang dan pecahan penyakit yang dihidapi.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut statistik mengenai kedatangan pesakit di Hospital Kuala Nerang ialah:

Tahun Pesakit Dalam Pesakit Luar Jumlah
2006 3,586 30,357 33,943
2007 3,693 42,447 46,140
2008
(sehingga Jun) 2,155 21,175 23,333

Penyakit yang menyebabkan kedatangan mereka ke hospital adalah:
(i) wanita iaitu bersalin; (ii) paru-paru; dan (iii) penyakit jantung, Terima kasih.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi sekarang penduduk Padang Terap ini sudah mencecah 66,000.
Teruskan membaca

MP PAS Pendang: Soal Menteri Dalam Negeri mengenai Jumlah Pelancong diberi Visa (VOA)

20 November 2008:

Soalan No. 10 – Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pelancong yang diberi Visa on arrival (VOA) sejak dimulakan dan berapakah yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut dan dari negara mana.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pendang yang bertanya soalan ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai langkah menyokong Tahun Melawat Malaysia 2007, Jawatankuasa Kabinet Pelancongan yang bersidang pada 17 Ogos 2006 telah pun memutuskan supaya kemudahan Visa On Arrival ataupun VOA diberikan kepada beberapa negara terpilih untuk tujuan lawatan sosial. Kemudahan VOA tersebut berkuat kuasa pada 1 September 2006. Dari tarikh tersebut hingga 30 September 2008 sebanyak 251,908 VOA telah pun dikeluarkan.

Tuan Yang di-Pertua, didapati 75,465 pemegang VOA atau 29.96% daripada keseluruhan VOA yang dikeluarkan sejak ianya diperkenalkan telah menyalahgunakan VOA ini seperti tinggal lebih masa di negara ini.

Pemegang VOA yang tinggal lebih masa adalah warganegara India, Pakistan, Bangladesh, China, Sri Lanka, Myanmar, Nepal, Afghanistan, Bhutan, Hong Kong, dan Taiwan. Sekian, terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Timbalan Menteri, jiran Pendang. Daripada statistik yang diberikan, 29.96% didapati tidak balik mungkin mereka hendak duduk terus di sini. Saya hendak tanya kepada kementerian apakah ada usaha-usaha untuk mencari mereka ini 29.96% ini ataupun adakah semasa mereka masuk ke dalam negara kita ini mereka diletakkan di bawah seperti kalau di Arab Saudi dipanggil kafilah iaitu orang yang bertanggungjawab di atas kehadiran mereka itu. Jadi sekiranya mereka ini tidak pulang ke negara asal mereka, dicari orang yang bertanggungjawab di atas mengambil mereka datang ataupun kehadiran mereka tersebut.
Teruskan membaca

MP PKR Gombak: Sesi soalan jawab lisan, 20 Nov. 2008

20 November 2008:

Soalan No. 6 – Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional pelantikan HDC sebagai badan rasmi pensijilan halal menggantikan JAKIM.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, rasional pelantikan HDC sebagai badan rasmi pensijilan halal sejak April 2008 ialah untuk menjadi pemangkin membangunkan industri halal. HDC bukan sekadar pengeluar sijil tetapi akan menyelaras pembangunan keseluruhan industri halal.

HDC akan memberi tumpuan khusus kepada halal industri dan JAKIM akan memberi tumpuan kepada isu-isu yang berkaitan fatwa, syariah dan akidah serta perkara-perkara yang sesuai dengan kemajuan Islam.

Adalah wajar Malaysia menggunakan kelebihan dari segi imej sebagai sebuah negara Islam yang maju serta mempunyai kepakaran dalam bidang halal yang meliputi pembangunan piawaian, latihan pensijilan dan sistem kualiti halal. Adalah menjadi aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global bagi pengeluaran dan perdagangan barangan dan perkhidmatan halal. Terima kasih.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan yang ringkas tadi, saya dapati bahawa HDC ini ada sebagai semacam conflict of interest, sebab selain daripada pembangunan industri halal, ia juga terlibat dalam soal regulator iaitu mengeluarkan sijil halal tersebut.
Teruskan membaca

MP PAS Bachok: Sesi soalan jawab lisan, 20 Nov 2008

20 November 2008:

Tuan Nasharudin Mat. Isa [Bachok]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin mendapat penjelasan mengenai program parol yang telah diperkenalkan baru-baru ini. Saya ingin tahu berapa ramaikah yang sudah menjalani program tersebut? Apakah keberkesanannya? Adakah ianya akan diteruskan?

Juga saya ingin mendapat maklumat, adakah program ini di apply kepada semua jenis kesalahan ataupun kepada kesalahan-kesalahan tertentu sahaja? Terima kasih.

Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sistem parol ini bukan seperti pengampunan. Pengampunan ini dibebaskan terus. Di bawah sistem parol ini maksudnya banduan yang diberikan peluang untuk menjalani hukuman di bawah sistem parol, maksudnya ini masih menjalani hukuman tetapi di luar penjara.
Teruskan membaca

MP PAS Bukit Gantang: Sesi soalan jawab lisan, 20 Nov. 2008

20 November 2008:

Soalan No. 2 – Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah yang dilakukan oleh Kementerian untuk memajukan industri sumber mineral negara dalam kes perlombongan tanah liat kaolin dan pasir selika.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Douglas Uggah Embas]: Terima kasih Yang Berhormat, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah merangka beberapa strategi dan langkah untuk memajukan industri sumber mineral negara meliputi termasuk perlombongan tanah liat, kaolin dan pasir selika.
Teruskan membaca

MP BN Tenggara, Pasir Salak dan PKR Indera Mahkota mencelah penggulungan Menteri Perdagangan dan Hal ehwal Pengguna

19 November 2008:

Ahli Parlimen BN Tenggara, Pasir Salak dan Indera Mahkota mencelah penggulungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 19 November 2008.

Teks penuh:
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Menteri. Sejak Yang Berhormat Menteri mengambil alih kementerian ini ada banyak perubahan yang dapat dilakukan. Kalau dahulu walaupun Yang Berhormat Shah Alam tidak menyokong tidak apalah.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ha jangan lupa undi ya.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Adik-beradik pun kadang tidak boleh harap. Dahulu lesen untuk buka hypermarket dikeluarkan oleh kementerian. Kalau dahulu lesen hypermarket, bila hendak buka hypermarket dikeluarkan oleh kementerian dan kami di peringkat kerajaan negeri pada waktu itu terpaksa urus dan selesaikan masalah itu mengikut kepada lesen yang sudah dikeluarkan oleh kementerian.

Sekarang ini bila Yang Berhormat Menteri ambil alih, kementerian tidak lagi mengeluarkan lesen hypermarket terus apabila permohonan itu datang daripada pihak syarikat hypermarket, tetapi pulangkan balik kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri akan dapatkan pandangan daripada pihak berkuasa tempatan sama ada hypermarket wajar atau tidak wajar dibuka untuk kegunaan penduduk tempatan. Itu yang berlaku sebab pengalaman saya di peringkat kerajaan negeri.

Cuma satu sahaja saya setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Batu Pahat tadi. Dia betul apabila kerajaan negeri dapat permohonan itu…

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Jangan lupa undi juga.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Dua-dua saya bagi undi. Saya ada 12 undi itu.
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Hai ini sudah jadi lain ini. [Ketawa]
Teruskan membaca

MP PAS Pendang, BN Batu Pahat dan PAS Pokok Sena mencelah penggulungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan pengguna

19 November 2008:

Ahli Parlimen Pendang, Baru Pahat dan Pokok Sena mencelah penggulungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 19 November 2008.

Teks penuh:
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Menteri dan Tuan Pengerusi. Sebenarnya saya hendak tahu, apakah dasar ataupun polisi di dalam pemberian lesen untuk membuka hypermarket di sesuatu pekan?

Ini kerana saya tengok di suatu pekan dalam jarak 3 kilometer, 4 kilometer ada kadang-kadang 2 hingga 3 hypermarket yang di bina. Ini akan menyebabkan masalah kepada pekedai-pekedai runcit ini. Minta jawapan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Shahrir Abdul Samad: Tuan Pengerusi, sebentar tadi saya telah menyatakan bahawa hanya dari segi hypermarket asing sahaja yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri menggunakan kuasa untuk menentukan sama ada boleh dibuka ataupun tidak boleh dibuka. Namun bagi perniagaan, di mana kalau kita membuka supermarket atau pasar raya ataupun mini market ia bergantung pada lesen yang biasa daripada majlis penguasa tempatan.

Ini bermakna kita jangan tersilap bahawa kawalan Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dari segi kebenaran untuk sesebuah hypermarket terhad kepada hypermarket asing sahaja dan hypermarket yang dimiliki orang tempatan, umpama contohnya, Mydin ataupun The Store tertakluk kepada lesen perniagaan dan keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Sebelum Yang Berhormat Petaling Jaya Utara…

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sikit sahaja. Maksudnya kalau macam Carrefour dan sebagainya sekarang ini tidak dibenarkan lagi untuk dibuka.
Dato’ Shahrir Abdul Samad: Ia bukan tidak dibenarkan tetapi ia berasaskan kepada pertimbangan. Setiap permohonan itu diberikan pertimbangan berasaskan kepada pandangan dan teguran daripada peringkat bawahan atau di tempat yang dicadangkan iaitu pihak berkuasa tempatan berhak untuk memberi teguran, kerajaan negeri berhak memberi teguran dan juga persatuan-persatuan bukan kerajaan dalam kawasan berkenaan pun boleh memberi teguran.
Teruskan membaca

MP PAS Shah Alam: bahas peruntukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal ehwal Pengguna

19 November 2008:

Ahli Parlimen Shah Alam membahaskan peruntukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal Pengguna (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 19 November 2008.

Teks penuh:
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Yang lain gelak, jadi maknanya itu tepatlah yang saya panggil ini.

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Pengerusi mengotakan janjilah, terima kasih. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri trading 010300, 020100 dan 030200.

Berhubung dengan 010300 – Dasar dan Perancangan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri sama ada kumpulan yang mengkaji dan menentukan dasar untuk tahun depan adalah orang-orang yang sama yang telah memberikan nasihat kepada beliau bahawa naikkan harga minyak tidak akan mendatangkan inflasi.

Kalau sekiranya mereka ialah orang-orang yang sama, tidakkah terbukti bahawa nasihat yang telah mereka beri dahulu tidak tepat. Saya khuatir bukan nasihat daripada mereka tetapi pandangan dab analisa daripada Yang Berhormat Menteri sendirilah. Apa yang telah dinyatakan dahulu dengan kenaikan harga minyak itu tidak akan berlaku inflasi, tidak akan naik harga barang tetapi seperti mana yang kita tahu apa yang telah berlaku ialah kita telah mencatat kadar inflasi yang tertinggi sebanyak 8.5%.
Teruskan membaca

MP PAS Sik: Bahas peruntukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

19 November 2008:

Ahli Parlimen Sik membahaskan peruntukan Kemneterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 19 November 2008.

Teks penuh:
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [Sik]: Assalamualaikum, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya akan menyentuh empat perkara sahaja. Yang pertama sekali Butiran 00100 – Program Latihan Perdagangan dan Kepenggunaan dan Butiran 030200 – Hal Ehwal Pengguna.

Saya minta Yang Berhormat Menteri dapat memberi perhatian kepada soal ini kerana setakat ini kita nampak usaha-usaha memberi latihan kepada soal kepenggunaan ini tidak menyeluruh dan pengalaman saya sebagai pegawai kerajaan dahulu, saya nampak orang yang dipanggil untuk mendapat taklimat ataupun diberi kursus mengenai kepenggunaan ini terhad kepada jawatankuasa koperasi dan juga pegawai-pegawai kerajaan tertentu.

Saya rasa Yang Berhormat Menteri patut memikirkan supaya kempen ataupun latihan kepenggunaan ini kita perluaskan lagi dan saya amat berbesar hati kalau Yang Berhormat Menteri dapat juga menggunakan pegawai-pegawai agama, tok-tok imam yang boleh kita hebahkan soal kepenggunaan ini kepada rakyat secara umum. Kita maklum pada setiap minggu khutbah-khutbah Jumaat didengari oleh jutaan penduduk negara kita.
Teruskan membaca

MP PAS Pokok Sena: Bahas peruntukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

19 November 2008:

Ahli Parlimen Pokok Sena membahaskan peruntukan Kemneterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 19 November 2008.

Teks penuh:
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B dan P.25 ini. Pertama, saya ingin menyentuh 020000 – Perdagangan Dalam Negeri, 030100 – Penguatkuasaan, 030200 – Hal Ehwal Pengguna.

Pertama, berkaitan dengan soal harga minyak Datuk Menteri. Saya berkongsi pendapat dengan wakil kawan saya dari Rembau …
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Rasah, Rasah.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Maaf, maaf, daripada Rasah tentang kedudukan harga minyak ini. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada kenyataan Yang Berhormat Menteri sendiri. Yang Berhormat mengatakan bahawa harga kos pengeluaran minyak kita sekarang di negara kita ialah hanya RM1.62 sen satu liter.

Jadi apa masalah kepada kerajaan yang sukar untuk nak memberikan harga yang disebut ini. Kalau pun bagi saya bahawa saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah tadi bahawa sepatutnya kalau diberi dengan subsidi maka sudah tentu RM1.32 sen, kalau mengikut kadar yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebelum ini bahawa setiap satu liter itu 30 sen satu liter.

Ini bermakna bahawa pengguna sepatutnya mendapat harga yang lebih murah kalau dikira sekali dengan harga subsidi. Akan tetapi bagi saya bahawa kalau pun tanpa subsidi sepatutnya pengguna sudah pun boleh mendapat harga yang lebih murah daripada yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini. Jadi sebab itu bagi saya bahawa apa masalah kepada kerajaan.

Adakah kerana kerajaan tidak punya kewangan yang cukup untuk menguruskan dan mentadbir negara kita sekarang ini. Sehingga terpaksa membebankan kepada rakyat dan disebut sebelum ini bahawa harga yang diberi sekarang kepada kita ini juga adalah harga tanpa subsidi sedangkan sepatutnya harga tanpa subsidi ialah RM1.62 sepatutnya rakyat harus mendapat lebih murah.
Teruskan membaca