MP PAS Jerai: Sesi soalan jawab lisan, 26 Nov. 2008

26 November 2008:

Soalan tambahan:
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Melihat kepada peratus yang disebut oleh menteri berkaitan dengan golongan lelakilah terutamanya saya lelaki dan masa depan orang lelaki supaya lebih terjamin, apakah Kementerian Pengajian Tinggi bercadang untuk membuat kajian secara menyeluruh kenapa pelajar lelaki terkebelakang di IPTA, satu kajian yang memastikan lonjakan itu perlu dibuat segera di masa depan menteri sendiri dan semua golongan lelakilah. Minta penjelasan, terima kasih.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron: Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak dikirakan saya telah pun menjawab kerana ia lebih kepada pelajar-pelajar perempuan ini sebenarnya lebih tekun dan lebih konsisten, lebih consciences , lebih peka daripada pelajar lelaki yang lebih kepada kemahiran tangan, pergerakan dan sebagainya tetapi apa pun Yang Berhormat, fenomena ini berlaku mungkin kita membandingkan dengan satu ketika dahulu pelajar lelaki ini hendak kata tidak pandai sebenarnya pandai tetapi dia malas hendak fikir sedikit.
Teruskan membaca

BN Sri Gading marah Timbalan Menteri Sumber Manusia

Wakil BN Sri Gading marah Timbalan Menteri Sumber Manusia. Tunjuk-tunjuk marah saja tu …

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua saya tidak mahu jawapan berjela-jela tetapi tidak memberi kepuasan kepada rakyat negara ini. Saya wakil rakyat Barisan Nasional bertanggungjawab kepada rakyat!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya saya tahu juga Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat.

Dato’ Noraini binti Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita tidak mahu penipuan seperti ini berterusan pada rakyat kita! Bela rakyat kita sendiri!
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kerajaan tipu.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Abaikan kepentingan rakyat kita lebih kepada rakyat luar bandar, luar negara kita.
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa: Sesi soalan jawab lisan, 25 Nov. 2008

Soalan No. 4 – Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada pekerja khidmat teman sosial dan mak nyah yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan; dan
(b) nyatakan maklumat perhubungan bagi tempat-tempat perlindungan atau pemulihan bagi golongan ini.

Teks penuh:
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Puan Noriah binti Kasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan sosial kepada semua ahli masyarakat yang memerlukan.

Bagi wanita teman sosial dan mak nyah yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita menyediakan program-program pembangunan kapasiti seperti kursus-kursus kemahiran untuk wanita dan ibu tunggal. Melalui program ini latihan yang diberikan adalah termasuk kemahiran dalam bidang jahitan, kraf tangan, pelancongan, penjagaan kanak-kanak, pemprosesan makanan, bakery, salon dan terapi kecantikan.
Teruskan membaca

MP PAS Bachok: Sesi soalan jawab lisan, 25 Nov. 2008

Tuan Nasharudin Mat. Isa [Bachok]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Selain daripada aspek gaji minimum yang telah diberikan penjelasan oleh Timbalan Menteri tadi saya ingin mendapat penjelasan tentang hak-hak lain dan juga berkaitan dengan aspek-aspek kebajikan yang telah dirayu diadukan kepada kita yang saya minta supaya kementerian dapat mengambil tindakan yang segera.

Ada dua kes secara khusus yang ingin saya bangkitkan di sini yang berkaitan dengan kebajikan. Pertamanya adalah aduan daripada pekerja-pekerja wanita di sebuah gedung di Kuala Lumpur ini yang punya dua tiga cawangan Isetan secara khususnya yang mengeluarkan arahan tidak membenarkan pekerja-pekerja wanitanya menutup aurat ketika bekerja, yang pertama.
Teruskan membaca

MP PAS Padang Terap: Sesi soalan jawab lisan, 25 Nov. 2008

25 November 2008:

Soalan No 2 – Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan berapakah kadar pinjaman PTPTN yang diterima oleh mahasiswa IPTA dan IPTS mengikut jurusan.

Teks penuh:
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi l [Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron]: Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih di atas soalan berkaitan PTPTN yang diajukan dan terima kasih Yang Berhormat kerana berkongsi ilmu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar pinjaman bagi mahasiswa adalah berbezabeza mengikut institusi pengajian tinggi, peringkat pengajian mereka, jurusan dan tahap pendapatan keluarga. Ahli Yang Berhormat, mahasiswa yang mengikuti jurusan sains diberikan insentif tambahan sebanyak RM500 setiap semester yang dikecualikan daripada kos pentadbiran dan merupakan sebagai galakan kepada mahasiswa untuk memilih jurusan sains.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Krai: Bahas peruntukan Kementerian Kerjaraya

24 November 2008:

Ahli Parlimen Kuala Krai bahas peruntukan Kementerian Kerjaraya (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 24 Nov. 2008. Teks penuh akan menyusul ……….

MP PAS Hulu Langat: Bahas peruntukan Kementerian Kerjaraya, 24 Nov. 2008

24 November 2008:

Ahli Parlimen Hulu Langat bahas peruntukan Kementerian Kerjaraya (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 24 Nov. 2008. Teks penuh akan menyusul ……….

MP PAS Jerai: Bahas peruntukan Kementerian kerjaraya, 24 Nov. 2008

24 November 2008:

Ahli Parlimen Jerai bahas peruntukan Kementerian Kerjaraya (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 24 Nov. 2008. Teks penuh akan menyusul ……….

MP PKR Machang: Bahas peruntukan Kementerian Kerjaraya, 24 Nov. 2008

24 November 2008:

Ahli Parlimen Machang bahas peruntukan Kementerian Kerjaraya (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 24 Nov. 2008. Teks penuh akan menyusul ……….