MP PAS Tiwangsa: Debat dengan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

26 November 2008:

Ahli Parlimen Titiwangsa mencelah penggulungan timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, pada 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak dapat hadir dalam waktu perbahasan tadi oleh sebab dua orang menteri turun kawasan saya iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dan juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat, kita pun tidak boleh tunggu Yang Berhormat.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad binti Ghazali [Titiwangsa]: Ya, saya pun tahu memang tidak boleh tunggu saya. Walau bagaimanapun saya terima kasih kerana mendapat peluang ini. Berkenaan dengan perpindahan ke PPR ini saya ingin bertanya bagaimana dengan merekamereka penghuni yang menjadi pemilik kepada rumah-rumah yang sebelum mereka miliki kemudian dipindahkan ke PPR dan dijanjikan akan menjadi pemilik pada PPR itu.
Teruskan membaca

MP PAS Kota Raja: Mencelah ucapan BN Jempol bahas peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan

26 November 2008:

Ahli Parlimen Kota Raja mencelah ucapan BN Jempol membahaskan peruntukan kementerian Wilayah Persekutuan, 26 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat. Saya cuma ingin bertanya kepada Yang Berhormat sambutan-sambutan menyambut tahun baru ini. Walaupun tujuannya seperti Yang Berhormat katakan untuk meningkatkan rasa patriotisme dan perpaduan.

Akan tetapi semenjak beberapa tahun ini kita sering mendapat paparan di akhbar, perhimpunan-perhimpunan menyambut perayaan tahun baru ini akhirnya menjadi pesta seronok-seronok atau lebih menjurus kepada maksiat. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini? Terima kasih.
Teruskan membaca

MP PKR Machang: Bahas peruntukan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

25 November 2008:

Ahli Parlimen Machang membahaskan peruntukan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 25 Nov. 2008.

Ahli Parlimen Machang mencelah penggulungan timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, pada perbahasan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi, saya merujuk kepada P, 2900100 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga diperbaharui. Saya mulakan dengan melontarkan persoalan kepada kementerian apa sumber tenaga yang nak diguna untuk generate electricity di negara kita 10 hingga 20 tahun akan datang.

Apakah ia nya sumber gas hari ini, penggunaannya sudah 60% yang digunakan oleh pengeluar tenaga, dan daripada bekalan gas dalam negara Tuan Pengerusi, hakikatnya ialah Petronas sudah pun mula beli dari Natuna dan dari Songkhla, beli pula dengan harga pasaran.

Akan tetapi bila nak dijual kepada TNB dan juga IPP, kena jual dengan harga subsidi. Sebanyak 30% daripada bekalan gas dalam negara sekarang, Petronas dah terpaksa beli daripada Natuna dan Songkhla.

Kita tidak boleh bertahan kerana gas semakin berkurangan, kalaupun yang ada di telaga minyak dan gas sekarang, itu saya difahamkan dalam kategori Contracted Quantity, maknanya sudah pun dijual terutama kepada Taiwan, Jepun, dan sebagainya. Apakah sumber itu datang daripada arang batu, itu juga tidak selamat, 85% kepada kegunaan bahan api ini, kita beli dari Indonesia.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: Mencelah penggulungan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

25 November 2008:

Ahli Parlimen Kuala Selangor mencelah penggulungan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mengambil perkiraan semua yang disebutkan oleh sama ada Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat mahupun backbenchers, apakah kementerian bersedia untuk menimbangkan kerana kita punya kelebihan, excess production sebanyak 40 – 45% apabila Jima plant yang menggunakan coal tahun hadapan mengeluarkan ataupun menjana electricitynya sudah hampir kepada 47% akses on the national grade.

Persoalannya dengan the undersea cable ini yang berjumlah 9 bilion dengan costing dan fund raising yang belum begitu jelas lagi sehingga kini. Persoalan e-master plan tenaga itu yang sangat-sangat diperlukan perlu ditetapkan dahulu. Perlu dirumuskan dahulu. Akan tetapi nampaknya we are putting the cart before the horse.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: Bahas peruntukan Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi

25 November 2008:

Ahli Parlimen Kuala Selangor membahaskan Kementeri anTenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hanya ada tiga perkara dalam Butiran Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi. Walaupun ada perkaraperkara lain yang telah disinggung oleh teman-teman mungkin ada pengulangan sedikit di sini.

Pertama Tuan Pengerusi, memandangkan kepada peruntukan dalam bajet Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi ini, saya perlu merakamkan sementara menterinya menyebutkan tentang bagaimana sektor ini, kementerian ini mendepani pelbagai masalah yang dikatakan sebagai satu sektor yang fragmented katanya dan tidak ada di sana rancangan yang agak integrated dan sistematik dan perkara yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Machang sebentar tadi ringkasnya kalau boleh kita simpulkan keperluan untuk beliau sebutkan sendiri sebagai satu pelan, energy master plan dan juga dalam satu unjuran ke hadapan sebuah blueprint renewal energy, dengan izin, yang dinanti-nantikan tahun hadapan ini ataupun dalam sesi Parlimen ini, dalam bajet ini, saya tidak nampak apabila saya meneliti peruntukan-peruntukan di mana peruntukan di dalam bajet ini, di dalam kementerian beliau, satu kajian supaya pada akhirnya dapat mengenengahkan dalam Bajet 2009 ini.
Teruskan membaca

MP PAS Padang Terap: Bahas peruntukan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

25 November 2008:

Ahli Parlimen Padang Terap membahaskan Kementeri anTenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk membahaskan beberapa butiran yang terdapat dalam peruntukan Bajet 2009 bagi struktur tenaga.

Butiran yang pertama melibatkan 00100 dan 03200 iaitu berkaitan dengan Khazanah Nasional Berhad yang telah mengumumkan akan melaksanakan kajian terperinci ke atas industri tenaga bagi mengenal pasti isu struktur tenaga di negara kita. Sekiranya kita lihat secara teliti adakah benar-benar berlaku masalah isu struktur dalam industri tenaga.

Adakah dengan mengenal pasti masalah isu struktur, Khazanah selaku investment arm kepada Kerajaan Malaysia akan mencadangkan supaya business model TNB disusun semula yang ada kemungkinan peranan TNB akan dikurangkan.
Teruskan membaca

MP PAS Jerai: Mencelah penggulungan Menteri Pengangkutan

25 November 2008:

Ahli Parlimen Jerai mencelah penggulungan Menteri Pengangkutan, 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan duit sagu hati tadi. Di kawasan saya terlibat hampir 144 buah rumah.

Sekarang ini yang mana rakyat memahami, yang pertama sekali sagu hati RM1,000, kemudiannya RM300 selama 24 bulan. Selepas 24 bulan itu, apakah jaminan Kementerian Pengangkutan di mana rumah untuk mereka diami selepas 24 bulan? Inilah persoalan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat setempat. Mereka boleh menerima RM1,000 dan RM300 setiap bulan tetapi selepas 24 bulan belum ada satu jaminan daripada pihak kementerian berkaitan dengan selepas daripada 24 bulan itu. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Teruskan membaca

MP PAS Marang: Mencelah penggulungan Menteri Pengangkutan

25 November 2008:

Ahli Parlimen Marang mencelah penggulungan Menteri Pengangkutan, 25 Nov. 2008.

Teks penuh
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang [Marang]: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya menarik perhatian Terengganu tidak pernah ada kereta api. Sehingga hari ini sejak zaman adanya kenderaan berwap, berenjin sampai hari ini tidak ada kereta api walaupun saya dapat tiket kereta api percuma daripada Parlimen. Ini yang menarik adakah kerajaan mempunyai perancangan?

Kalau tidak ada adalah baik juga diwujudkan kereta api bagi Terengganu ke pantai timur yang ditinggalkan dalam tempoh yang begitu lama.
Teruskan membaca

MP PAS Rantau Panjang: Mencelah penggulungan Menteri Pengangkutan

25 November 2008:

Ahli Parlimen Rantau Panjang mencelah penggulungan Menteri Pengangkutan, 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Minta laluan menteri, sebab isu yang lain. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan perkhidmatan kereta api, saya ingin penjelasan sejauh mena kemudahan untuk penumpang terutama kereta api ke Pantai Timur yang kita lihat perkara ini masih belum mencukupi terutama dari segi kemudahan tempat sembahyang itu sendiri.

Sebab dalam gerabak itu sendiri hanya ada satu tempat solat bagi yang beragama Islam yang lelaki dan perempuan berkongsi. Sedangkan tempat itu sangat sempit. Jadi saya berharap dengan adanya usaha baik pulih gerabak kereta api ini supaya usahakan ada satu lagi gerabak khas untuk wanita asing
dengan lelaki, itu satu perkara.
Teruskan membaca

MP PKR Gombak: mencelah penggulungan Menteri Pengangkutan

25 November 2008:

Ahli Parlimen Gombak mencelah penggulungan Menteri Pengangkutan, 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri berhubung Kempen Keselamatan Jalan Raya dan juga sekolah memandu.

Sebelum ini Kementerian Pengangkutan ada melantik Automotive Centre of Excellent Sdn. Bhd. sebagai sebuah syarikat yang menjalankan latihan untuk pemandu-pemandu khususnya pemandu kenderaan berat lori dan juga bas. Dengan harapan pemandu-pemandu ini dapat dilatih menjadi pemandu yang
berhemah untuk mencapai matlamat Kempen Keselamatan Jalan Raya.

Kemudian syarikat yang sama juga telah diperuntukkan satu bidang tanah yang cukup luas di negeri Selangor untuk tujuan yang berkenaan tetapi apabila berlaku peralihan kuasa dan bertukar Menteri kementerian yang saya maksudkan ini syarikat berkenaan menghadapi banyak masalah untuk berurusan
dengan Kementerian Pengangkutan Jalan.
Teruskan membaca