MP PAS Kuala Selangor: Bahas peruntukan Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi

25 November 2008:

Ahli Parlimen Kuala Selangor membahaskan Kementeri anTenaga, Air dan Komunikasi (KTAK), 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya hanya ada tiga perkara dalam Butiran Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi. Walaupun ada perkaraperkara lain yang telah disinggung oleh teman-teman mungkin ada pengulangan sedikit di sini.

Pertama Tuan Pengerusi, memandangkan kepada peruntukan dalam bajet Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi ini, saya perlu merakamkan sementara menterinya menyebutkan tentang bagaimana sektor ini, kementerian ini mendepani pelbagai masalah yang dikatakan sebagai satu sektor yang fragmented katanya dan tidak ada di sana rancangan yang agak integrated dan sistematik dan perkara yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Machang sebentar tadi ringkasnya kalau boleh kita simpulkan keperluan untuk beliau sebutkan sendiri sebagai satu pelan, energy master plan dan juga dalam satu unjuran ke hadapan sebuah blueprint renewal energy, dengan izin, yang dinanti-nantikan tahun hadapan ini ataupun dalam sesi Parlimen ini, dalam bajet ini, saya tidak nampak apabila saya meneliti peruntukan-peruntukan di mana peruntukan di dalam bajet ini, di dalam kementerian beliau, satu kajian supaya pada akhirnya dapat mengenengahkan dalam Bajet 2009 ini.

Ini yang disebutkan sebagai satu yang cukup mengecewakan sementara Khazanah juga ataupun orang nombor satu Khazanah, MDnya menyebutkan bahawa ini merupakan satu time bomb, sama ada isu itu bersabitan dengan dasar seperti isu energy mix, sama ada isu itu adalah bersifat struktural seperti berapa banyak yang perlu dijana oleh Tenaga Nasional sendiri yang hari ini menjana sebanyak 55% dan selainnya daripada IPP.

Kesemua isu-isu ini merupakan satu penekunan, research dan akhirnya membawa satu polisi tetapi kita tengok apakah ini dalam Butiran Dasar Baru – 05000 atau 050000 atau iakah dalam Butiran, ia dikatakan sebagai Butiran 00100 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui. Ini semua memerlukan jawapan daripada menteri supaya kegagalan demi kegagalan setiap tahun sehingga kini kalau tidak ada satu master plan energy ini, tenaga ini, tidak tahu lagi lah kot, persoalan blueprint renewable energy, maka kita sebenarnya…, kementerian perlu dipersalahkan kerana tidak merancang
perkara-perkara ini kerana walaupun Business Week menyebutkan, beliau menyebutkan segalanya dalam interview ini, tetapi ternyata dalam peruntukan bajet ini tidak ada.

Kita minta perkara ini diperjelaskan oleh menteri. Adapun selainnya Butiran 80000 bersabitan dengan projek pembetungan negara yang diperuntukkan khidmat pembetungan sebanyak RM393 juta dengan unjuran pinjaman sebanyak RM180 juta.

Perkara ini sedikit menggembirakan rakyat kerana setelah fasa pertama penswastaan dibuat di mana kita lihat penswastaan ini berakhir dengan satu keadaan yang cukup porak-peranda, dengan IWK yang pada fasa awalnya, yang kembali, di nationalize balik, dibeli semula dan sekarang ini di bawah MOF Inc.
Akan tetapi yang lebih penting sekarang ini kita mahukan supaya perkara ini ataupun projek pembetungan ini yang ditanya-tanya dan dinantikan oleh rakyat adalah struktur tarifnya dan bagaimana ia perlu disusun oleh kementerian.

Apakah pembayaran nanti akan membebankan rakyat, apakah ia akan diserap dalam bil air, apakah ia boleh dibuat sebagai sebahagian daripada cukai pintu dan diselenggarakan oleh PBT dan juga mungkin di offset dengan pembayaran capitation grant kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Kesemua ini memerlukan pihak kementerian memberi penjelasan sedikit dengan unjurannya dan juga kalau boleh perkara ini saya minta penjelasan dari pihak kementerian dan akhir sekali dengan Butiran 020000 – Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Negeri Selangor yang diberi peruntukan sebanyak
RM3.4 juta.

Saya ingin meminta laporan kemajuan sejauh ini dan khususnya menyatakan satu timeline yang agak jelas supaya implementasi projek ini bagi juga membolehkan sedikit maklumat kepada kerajaan negeri untuk membuat peruntukan sama ada peruntukan persediaan soalan ataupun kegiatan merawat bekalan air mentah dari negeri Pahang ini. Sekian Tuan Pengerusi. Saya mohon penjelasan.

Satu Respons

  1. […] MP PAS Kuala Selangor: Bahas peruntukan Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi Posted on November 27, 2008 by admin Dipetik dari MPPAS blog […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: