MP PKR Machang: Bahas peruntukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

25 November 2008:

Ahli Parlimen Machang membahaskan peruntukan kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Pengerusi, terima kasih atas peluang ini. Saya mohon merujuk kepada Butiran 00800 – Penyelidikan dan Pembangunan dengan bajet sebesar RM250.7 juta. Perkara yang ingin saya bangkitkan ialah demikian pentingnya peranan MOSTI dalam hal penyelidikan ini kerana zaman berubah.

Kalau dahulu faktor ekonomi dikaitkan dengan tanah, buruh dan modal. Hari ini orang kaitkan dengan pengetahuan, teknologi dan inovasi. Dari latar belakang inilah saya berpendapat bahawa penyelidikan yang menjadi tugas utama kepada kementerian ini saya kira memikul peranan yang cukup besar.

Saya barangkali ketika membahaskan perkara ini tidak hanya menyebut tentang dana penyelidikan di bawah MOSTI, kerana saya dapati buku anggaran perbelanjaan ini di bawah tajuk “Penyelidikan dan Kajian” sahaja dananya bersepah. Yang sempat saya kumpulkan RM545,692,300 melibatkan 43 butiran. Ertinya dana ini semuanya datang dari Treasury.

Kita barangkali sudah perlu satu system of grant atau research management ini yang perlu di revamp dengan izin kerana data yang berselerak ini tidak memungkinkan tujuan penyelidikan itu dijalankan dengan berkesan.

Sekurang-kurangnya empat perkara berbangkit:-
(i) masalah penyelarasan dana;
(ii) masalah disbursement of fund;
(iii) management of fund dengan izin; dan
(iv) keempat monitoring of fund.

Ini isu yang saya cuba untuk menarik perhatian Yang Berhormat Menteri dan saya ucap tahniah kerana mampu bertahan di samping pegawai-pegawai utama kementerian yang ramai bahkan jauh mengatasi Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Parlimen saat ini. Ini kerana dana yang berselerak ini menyukarkan empat perkara yang saya sebutkan tadi.

Apakah tidak keterlaluan kalau kita mohon mencadangkan agar dana-dana penyelidikan ini diletakkan di bawah satu badan. The channel to one agency. Wakil-wakil atau pakar-pakar daripada pelbagai agensi boleh sahaja dilibatkan. Sebab jika ianya bertaburan, saya ambil contoh Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan ada juga research tapi hasil penyelidikannya itu jauh ke belakang.

Misalnya penternak udang dia tidak pakai pun hasil penyelidikan daripada Jabatan Pertanian, dia tidak pakai. Sebaliknya mereka sendiri yang engage ataupun hire their own microbiologist yang akan mengendalikan penyelidikan mereka sendiri dan bila berjaya mereka sendiri yang develop diagnosis kit. Bahkan mereka sampai mampu mengesan DNA virus dan kepakaran mereka jauh lebih mengatasi penyelidikan di bawah Jabatan Pertanian. Sedangkan research untuk Jabatan Pertanian ini juga besar, itu satu contoh.

Begitu juga dalam 43 butiran lain ini saya tengok Jabatan Bomba pun ada geran penyelidikan, bomba. Bomba pun ada research dia juga jadi tentulah kita rasa kajian teknologi yang sebenarnya perlu diberikan empowerment kepada MOSTI supaya elemen-elemen kawalan, pemantauan dan pengurusan
dana dan penyelarasan dana itu dapat diadakan.

Barangkali sudah sampai masanya juga untuk satu model saya difahamkan diusahakan oleh USM dengan cadangan mewujudkan USM Sains Park di mana di situ ada inkubatorinkubator, di situ ada residentiall apartment, di situ juga ada komersial kompleks dan khabarnya sambutannya cukup baik daripada pelbagai sektor.

Sektor yang terlibat iaitu Kejuruteraan, ICT, Life Science, Biotech, Arts, Organizations, British Council pun sudah masuk, Lawyers dan sebagainya. Dia telah pun ada rancangan untuk mewujudkan komunitinya sendiri yang membolehkan mereka interact antara satu sama lain.

Dia bukan sahaja menyediakan business incubator tetapi dia juga menyediakan company secretaries, makmal, ruang pejabat, facilities for research and business, pattern agent dan financial advisor sekalipun. Apabila ia disatukan begitu, elemen kawalan dan pemantauan tadi boleh dilakukan dengan berkesan. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar MOSTI mempertimbangkan cadangan ini untuk disatukan dana-dana penyelidikan yang berselerak di bawah pelbagai kementerian dan agensi itu supaya diletakkan kawalannya di bawah MOSTI. Itu perkara pertama.

Kedua, saya juga dapati di bawah dana SME ini. Di bawah pelbagai butiran. Di antara yang sempat saya baca ialah 02000 – Technology Requisition Fund, 02100 – Commercialization of R&D dan segala macam. Kalau betul kiraan saya sudah tentu terdapat 14 fund di bawah MOSTI sama ada dalam bentuk geran, modal teroka atau soft loan yang menjadi assembly sebagai development fund atau sit fund atau commercialization atau dalam bentuk pelaburan ekuiti, R&D berselerak.

Perkara yang ingin saya tarik perhatian ialah apakah SME ini dalam bidang SME ini MOSTI mempunyai, ada atau tidak SME expertnya untuk memandu atau membimbing masa depan SME. Dana ini banyak 14 dana. Kemudian, selain daripada SME fund ini kita juga ada SME Secretariat di bawah Bank Negara sebab itu kerajaan baru ini menubuhkan jawatankuasa khas merasionalisasikan dana kerajaan khusus untuk enterprise kecil dan sederhana yang diwujudkan pada Julai 2008.

Saya percaya MOSTI juga ada wakil dalam itu, bahkan AJK nya seramai 30 orang tetapi tidak ada wakil dari industri dan dewan perniagaan yang berkaitan dengan SME. Jadi, bagaimanakah jawatankuasa mengenai dana SME ini boleh berperanan kalau sekiranya players atau pemain sebenar SME ini tidak dilibatkan di dalam jawatankuasa ini. Itu perkara juga yang ada kaitan dengan MOSTI kerana di bawah MOSTI juga ada dana SME yang pelbagai.

Jadi, Tuan Pengerusi dalil kepada penyelidikan yang berjaya ialah antara petunjuknya ialah apabila dapat didaftarkan di bawah intellectual property. Saya semak dalam Perbadanan Intelektual Property ini walaupun ia di bawah kementerian lain tetapi ia ada kaitan jika sekiranya hasil kajian itu berjaya jadi mestilah didaftarkan atau dipatenkan. Jadi bila saya semak di situ di bawah jadual application and registration of pattern and utility inovations daripada tahun 1988 di mana ianya mula diadakan sehingga pada September 2008.

Total application yang diterima adalah 6037, yang didaftarkan cuma 1,144 maknanya kalau ini menjadi satu petunjuk ternyata bahawa perbelanjaan yang begitu besar, saban tahun di bawah bidang penyelidikan ini tidak menjanjikan pulangan dalam bentuk hasil penyelidikan yang dipatenkan. Bahkan dalam kementerian MOSTI ini dana techno fund ada dua jenis, salah satunya ialah IP acquisition from overseas and local sources sebelum sampai pada tahap precommercialization.

Jadi, kalau hendak di ambil petunjuk daripada paten yang telah didaftarkan di bawah intelektual property ternyata petunjuk-petunjuk ini tidak begitu memberangsangkan dari sudut kejayaannya.

Tuan Pengerusi, saya tadinya telah menyentuh tentang SME, tentang dana penyelidikan dan techno fund sedikit, saya telah bangkitkan perkara ini baru-baru ini dengan Yang Berhormat Menteri pada soalan saya pada hari Isnin dan saya telah meneliti jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri juga.

Cuma hanya kerana keterbatasan masa waktu itu, saya tidak sempat untuk mengulas lebih, saya bercadang untuk mengambil peluang ini.

Pertama, kedapatan walaupun MOSTI telah meluluskan dana di bawah techno fund kepada syarikat, tetapi yang saya yang ditimbulkan ialah researchers tidak dapat bayaran. Kalau dapat pun lambat. Kerenah ini mengganggu tugas mereka sebagai penyelidik dan amat malang kalau sekiranya pemantauan terhadap dana itu tidak dapat diteruskan oleh MOSTI kerana tidak mustahil syarikat ini menggunakannya sebagai rolling capitals kerana kebetulan ianya terkena kepada teman saya juga seorang penyelidik.

Maka, saya terdorong untuk membangkitkan persoalan ini, tetapi aspek pemantauan dana inilah memastikan keberkesanan bajet besar yang di peruntukan oleh kerajaan saban tahun dapat digunakan dengan baik oleh kementerian ini khususnya.

Saya juga pada peringkat perbahasan pagi tadi mengenai sumber tenaga yang terbatas. Ini juga masuk dalam component penyelidikan misalnya kita tahu sumber bahan api yang semakin berkurangan untuk menggerakkan jana kuasa maka timbullah penyelidikan dalam bidang tenaga yang diperbaharui dan juga nuklear. Ini kerana arang batu kita terpaksa import banyak daripada Indonesia, 85% kegunaan kita. Gas pula kebanyakannya sudah pun digolongkan sebagai kontraktor kuantiti, maknanya PETRONAS sudah pun commit dengan negara-negara pembeli. Hasilnya juga semakin menyusut, bekalan gas dalam negara.

Jadi, fungsi penyelidikan untuk menghasilkan jawapan terhadap pilihan tenaga bagi menjamin jawapan terhadap keperluan tenaga sepuluh, dua puluh tahun akan datang juga, saya fikir terpikul berat pada bahu MOSTI. Oleh sebab itu, Tuan Pengerusi ketika saya membangkitkan persoalan ini, saya suka untuk menganjurkan agar aspek pemantauan dan juga aspek pengurusan dana itu betul-betul dapat menjamin pulangan yang terbaik, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dalam program pendidikan seperti yang kita sebut.

Satu lagi ialah yang terakhir Butiran 060100 – Bertugas di Luar Negara. Tahun lepas sebelum Yang Berhormat Menteri mengambil tempat di bawah program Biotech banyak diadakan persidangan di luar negara. Jepun, Korea, Boston dan hasilnya saya difahamkan perbelanjaan yang digunakan itu melebihi daripada yang sepatutnya. Di Jepun barangkali cerita itu cerita terpencil, tetapi kerana karenah isteri pembesar dia tidak boleh duduk dalam bilik kecil di Hotel Imperial Tokyo, pegawai kementerian booking untuk dia bilik suites. Akan tetapi tidak mahu kena pindah di Imperial suites yang lebih besar.

[Timbalan yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Jawatankuasa]
Tetapi bajet terpaksa dibelanjakan. Royal suite pun sudah besar Tuan Pengerusi, 3 000 kaki persegi tetapi katanya the next day dia dapat tahu ada bilik lebih besar. Dia kata, “You know that last night I couldn’t sleep. I feel like suffocated. The room is too small.” [Disampuk] Ya, kecil sangat bilik.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ada dua minit lagi, Yang Berhormat.
Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Baik. Jadi itu satu tetapi itu benar-benar berlaku. Satu lagi di Boston, sama juga sampai terpaksa dianjurkan pertandingan golf antara rombongan rasmi pemimpin kita, delegasi ini, kerana pameran BIOTEK di Boston, pegawai kita sudah buat persiapan sudah berapa lama BIOTEK ini.

Kemudian ketibaannya itu mesti didahulukan dengan pertandingan golf antara ketua delegasi negara dengan rakyat Malaysia di Boston. 60 orang main golf, 15 flight. Rakyat Malaysia di Boston yang terlibat dengan pertandingan golf, empat orang sahaja. 56 lagi rombongan pembesar negara ini yang hendak ambil kuasa beberapa bulan lagi ini kalau sempat dan ini akibatnya bila balik Kementerian MOSTI ini, Tuan Pengerusi, terpaksa belanja lebih.

Saya fikir perbelanjaan yang sebegitu tidak sepatutnya berlaku. Cukuplah. Keselesaan macam lagi hendak. Saya harap aspek pemantauan terhadap perbelanjaan wang negara ini tidak digunakan untuk menikmati kemewahan yang melampau ketika dalam nafas yang sama kita minta rakyat berjimat, ikat perut, hendak beli barang kena banding harga dan sebagainya, tetapi praktis itu tidak menjadi sifat kepada pemimpin negara bila mengetuai delegasi luar.

Saya punya maklumat yang lebih, cuma tidak apalah untuk pusingan ini sebab saya percaya Yang Berhormat Menteri sekarang tidak terlibat yang itu. Cuma oleh kerana kita berbahas untuk perbelanjaan tahun depan.

Saya juga percaya Yang Berhormat Menteri tidak akan melakukannya kerana sesuai dengan Butiran 060100, – Bertugas Di Luar Negara ini Tuan Pengerusi tidak boleh wang kementerian, wang rakyat ini untuk dibelanjakan untuk perkara-perkara yang macam itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: