MP PAS Parit Buntar: Sesi soalan jawab lisan, 3 Dis. 2008

Soalan tambahan:

No. 3 – Dato’ Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah jumlah / luas ladang kelapa sawit yang telah diusahakan oleh syarikat swasta dan pekebun-pekebun kecil di Sarawak.

MP PAS Titiwangsa: mencelah penggulungan Timbalan Menteri Pertahanan

Ahli Parlimen Titiwangsa menelah penggulungan Timbalan Menteri Pertahanan, 3 Dis. 2008

MP PAS Pokok Sena: Mencelah penggulungan timbalan Menteri Pertahanan

Ahli Parlimen Pokok Sena menelah penggulungan Timbalan Menteri Pertahanan, 3 Dis. 2008

MP PAS Padang Terap: Sesi soalan jawab lisan, 3 Dis. 2008

Soalan tambahan :

No. 11 – Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pendatang tanpa izin yang datang ke negara ini pada tahun 2008 dan jumlah mereka yang dihantar pulang serta jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan apabila menghantar mereka pulang.

MP PAS Kuala Selangor: Sesi soalan jawab lisan, 3 Dis. 2008

Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kemalangan maut dan parah sejak tahun 2004 hingga 2007 dari Kuala Selangor hingga Kepong.

MP PAS Pengkalan Chepa: Sesi soalan jawab lisan, 3 Dis. 2008

Soalan tambahan kepada soalan No. 5:

No. 5 – Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :-
(a) berapakah jumlah keuntungan pihak FELCRA dan RISDA hasil dari pelaksanaan projek-projek ladang sawit dan getah di negeri Pahang ; dan
(b) berapakah hasil daripada jumlah keuntungan ini telah diperoleh oleh masyarakat Orang Asli negeri Pahang yang terlibat dengan projek ladang ini

MP PAS Hulu Langat: Sesi soalan jawab lisan, 3 Dis. 2008

oalan No. 4 – Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan data jumlah pelajar luar negara yang mengikuti program siswazah di IPTA. Adakah syarat kemasukan mereka setanding dengan pelajar tempatan. Siapakah yang membiayai mereka.

MP PAS Shah Alam: Mencelah penggulungan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan

12.00 tengahari, 2 Dis. 2008:

Ahli Parlimen Shah Alam, an Parit Buntar dan Titiwangsa Marmencelah penggulungan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, 2 Dis. 2008.

MP PAS Baling: Sesi soalan jawab lisan, 2 Dis 2008

11.04 pagi:

Soalan No. 8 – Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah Kerajaan sedar disebabkan kos pengangkutan yang amat tinggi ke kampung-kampung di luar bandar menyebabkan harga barangan runcit dan makanan lebih tinggi berbanding di bandar dan ini amat membebankan penduduk, apakah usaha Kerajaan untuk mengatasinya.

MP PAS Pokok Sena: Sesi soalan jawab lisan, 2 Dis. 2008

10.14 pagi:

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah bangunan Persekutuan seluruh negara dan berapa jumlah kos penyelenggaraan serta nyatakan senarai syarikat kontraktor yang memperolehi dan sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan tempoh kontrak yang diperolehi serta jenis-jenis kerja penyelenggaraan.