Sidang khas Parlimen Isnin depan bincang isu kekejaman Israel di Gaza

Kabinet hari ini bersetuju satu Sidang Khas diadakan di Dewan Rakyat, pagi Isnin depan khusus bagi membincangkan konflik dan kekejaman Israel di Semenanjung Gaza.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, di sini.

Sebelum ini, pada 4 Januari lalu, Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng menghantar memorandum kepada Perdana Menteri supaya memanggil satu sidang khas bagi membincangkan kekejaman Israel keatas Paletin.

Berikut adalah memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 5 Januari lalu.

Kami bagi pihak 82 orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat memandang berat perkembangan politik yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, Palestin semenjak akhir tahun 2008 yang menyebabkan kematian lebih 400 orang rakyat Palestin dalam masa seminggu. Keganasan yang dilancarkan oleh Israel ini adalah satu pencerobohan ke atas nilai kemanusiaan yang tidak perlu diperbahaskan lagi.

Kedegilan Israel dalam melakukan keganasan begitu jelas apabila mereka dengan angkuh menolak pandangan masyarakat antarabangsa supaya mengadakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza. Israel sebaliknya menegaskan bahawa mereka akan terus melancarkan serangan bagi menghancurkan Semenanjung Gaza yang menjadi kubu Hamas.

Di Malaysia, semenjak seminggu yang lalu, pelbagai pihak di kalangan rakyat Malaysia telah menyampaikan pandangan dan luahan hati yang menolak keganasan Israel ini. Bagi pihak rakyat Malaysia, Kami mendesak YAB Dato’ Seri supaya memanggil segera Sidang Tergempar Dewan Rakyat bagi merundingkan perkara ini. Adalah amat mustahak bagi rakyat negara ini membuat suatu pendirian rasmi bagi menyertai masyarakat antarabangsa dalam menyatakan tentangan terhadap keganasan Israel dan memberikan sokongan moral kepada rakyat Palestin.

Kami berharap YAB Dato’ Seri dapat memanggil segera Sidang Tergempar Dewan Rakyat bagi tujuan tersebut.

Segala kerjasama dan sokongan pihak YAB Dato’ Seri terhadap perjuangan umat Islam di Palestin, Kami ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang Menjalankan Amanah,

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Penasihat PKR

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Ahli Parlimen Marang,
Presiden PAS

YAB LIM GUAN ENG
Ahli Parlimen Bagan
Ketua Menteri Pulau Pinang
Setiausaha Agung DAP

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: