Mahfuz Omar dan Johari Abdul antara Penerima Gelaran Datuk

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul antara 38 penerima yang dianugerahkan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang ke-81.

Antara penerima terlibat ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr. Abdul Isa Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ir. Amiruddin Hamzah, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datin Che Barni Mohd. Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Md. Rohsidi Osman dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, Abdullah Kassim.

Manakala Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden antara Sebelas Penerima Jaksa Pendamai (JP).

Sebelum itu, Puteri Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz mengetuai senarai 62 penerima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang ke-81 esok.

Tunku Puteri Intan Safinaz merupakan satu-satunya penerima darjah Orang Besar Empat yang membawa gelaran Tunku Panglima Besar.

Ini diikuti penerima Bintang Keberanian Kedah (BKK) kepada Kpl. Mohd. Zamri Md. Scoot.

Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali pula merupakan antara lima penerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Empat lagi penerima DGMK ialah Panglima Medan, Markas Medan Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Raja Moahamad Affandi Raja Mohamed, Lt. Jen. (B) Datuk Masood Zainal Abidin, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardi dan Presiden Management & Science Universiti (MSU), Datuk Mohd. Shukri Ab. Yajid.

Sementara itu, Panglima Markas 4 Divisyen, Mej. Jen. Datuk Zulkiple Kassim dianugerahkan Datuk Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Presiden First Solar Malaysia Sdn. Bhd., Heiner J. Eichermueller dianugerahkan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) Kehormat manakala Tunku Shazuddin Arif Tunku Sallehuddin dan Syed Nasir Syed Abdullah, masing-masing menerima anugerah Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (SMS).

Ahli Dewan Negara, Senator Ir. Zamri Yusuf dan Timbalan Speaker DUN Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad masing-masing menerima anugerah Setia Mahkota Kedah (SMK).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: