24 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah Ucapan)
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya hendak minta Yang Berhormat Kuala Krau beri sedikit penjelasan berkaitan dengan kenyataan dibuat oleh Yang Berhormat Kota Belud.
Kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kota Belud itu adalah satu pengakuan yang menunjukkan bahawa kejatuhan kerajaan PBS Sabah yang PBS sekarang berada dalam Barisan Nasional adalah berpunca daripada mainan politik wang pembelian yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu.
Dato’ Ismail bin Kasim [Arau]: Oleh siapa? Oleh siapa?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Oleh Barisan Nasional, saya tidak kira oleh siapa. Pada waktu itu ialah Kerajaan Barisan Nasional, perkara tersebut kalau mengikut apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud bahawa pengakuan dibuat berlaku dan dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, hari ini Yang Berhormat Kota Belud mengaku,
Tuan Yang di-Pertua juga daripada Sabah. Saya kira bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Belud itu adalah satu penghinaan kepada rakan-rakan yang daripada PBS yang melompat kepada UMNO, seolah-olah mereka ini barang
murahan yang dibeli oleh Barisan Nasional.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Okey, okey Yang Berhormat Pokok Sena, saya faham, saya faham.
Dato’ Haji Abd. Rahman bin Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat Kuala Krau, bagi peluang.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baik, saya nak …
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Saya dah faham, saya dah faham. Terima kasih, terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena bila dapat Dato’ ini, bukan main garang lagi bila dapat Dato’.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Depa mengaku kata memang perangai depa itu daripada dulu. Jadi hari ini depa tuduh orang lain.
Dato’ Ismail bin Kasim [Arau]: Siapa belakang? Siapa belakang? Who’s behind the scene, dengan izin.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ini perangai perompak, bila dia merompak, dia tuduh tuan rumah perompak, inilah perangai dia.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Yang Berhormat Kuala Krau, sekali gus.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Yang Berhormat Kuala Krau boleh?
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Okey, okey, sila.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahulah sama ada Yang Berhormat Pokok Sena ini selepas dia jadi Dato’, lebih sikit dia punya ni. Saya cakap Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh mengajar, saya tak kata dia beli tetapi dia ajar sejak dari dulu lagi, memanglah.
Saya sendiri dalam Dewan yang mulia ini pernah berkata bahawa saya pernah didatangi oleh orang-orang yang mahu membeli saya, yang mahu saya melompat kepada Pakatan Rakyat. Itu termaktub dalam Hansard, jadi tolong sikit.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Okey terima kasih. Satu lagi perkara yang sepatutnya tidak berlaku dalam negara kita adalah kerana kita tidak lagi …
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Betul kah Barisan Nasional beli PBS?
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Okey, okey. Yang Berhormat Pokok Sena…
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tadi dia cakap Barisan Nasional beli PBS, betulkan Barisan Nasional beli PBS?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pokok Sena, duduklah Yang Berhormat.
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Ini floor saya.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Mana Timbalan Menteri Pengangkutan, Timbalan Menteri Pengangkutan tak datang ke? Timbalan Menteri Pengangkutan antara orang yang melompat pada waktu itu. [Ketawa] Sebab itu saya tanya betul tak, Barisan Nasional beli PBS? [Ketawa]
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang memalukan kita apabila Yang Berhormat Permatang Pauh juga telah menyatakan bahawa dan tidak lagi menghormati Polis Diraja Malaysia.
Kalau beginilah keadaannya mengatakan bahawa polis di dalam negara kita tidak boleh dipercayai, tohmahan-tohmahan daripada… Yang Berhormat Kepong
Filed under: ADR Pokok Sena | Leave a comment »