MP PAS Pasir Puteh: Kerajaan tidak serius boikot barangan Israel

Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh]: Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana yang sedang berlaku di Palestin sekarang ini, kita rasakan bahawa kerajaan nampak tidak begitu serius dalam menentukan senarai barangan yang diimport khususnya daripada Israel yang selama ini telah menguasai pasaran dalam negara kita.

Ini mengakibatkan sebahagian daripada produk usahawan kita di negara ini telah jatuh lebih rendah daripada luar negara.

Soalannya ialah, apakah kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan barang-barang
yang, ini pun disenaraikan oleh Persatu-persatuan Pengguna kita untuk maklumat boikot barang-barang Israel umpamanya yang sekali gus dapat kita menyelamatkan barangan usahawan yang telah dikeluarkan oleh tempatan kita sekarang ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat, adalah lebih baik kita mempromosi dan kita berkempen supaya rakyat tempatan membeli dan menggunakan produk tempatan daripada kita mengharamkan barangan-barangan luar kerana, ada di antara usahawan-usahawan kita yang terlibat di dalam perniagaan-perniagaan yang melibatkan produkproduk daripada luar.

Sebab itu kita di MeCD akan cuba memperkenalkan beberapa produk gantian kepada pengguna supaya mereka ada pilihan jika mereka menolak barang-barang yang diimport daripada luar, khasnya yang dikeluarkan oleh Yahudi. Senarai-senarai ini saya rasa Yang Berhormat pun sedia maklum, mana yang dikeluarkan oleh Yahudi ini.

Saya mengambil contoh, misal kata, ubat gigi Mukmin, sebagai contoh, nak cuba, ia adalah alternatif kepada Colgate yang kita tahu dari luar. Radix Fried Chicken dan juga Marrybrown, ini adalah alternatif kepada Kentucky Fried Chicken dan juga McDonald’s.

Radix Cola adalah alternatif kepada Coca-Cola, Mydin sebagai contoh ialah alternatif kepada Tesco, yang kita tahu Yahudi punya. Forest’secret sebagai contoh, ialah barang kosmetik yang juga boleh jadi alternatif kepada bahan-bahan kosmetik seperti Body Shop yang dibawa daripada luar dan begitu juga halal gel adalah alternatif kepada gelatin halal yang mungkin diimport daripada luar yang belum tentu halalnya.

Jadi banyak lagi beberapa barangan Tuan Yang di-Pertua, yang kita sedang usahakan
untuk kita promosi supaya ia mendapat tempat di supermarket tempatan dan akhirnya akan mendapat pasaran yang baik daripada pengguna-pengguna tempatan. Terima kasih.

Soalan asal No. 6 – Tuan Muhammad bin Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan usahawan tempatan menggantikan rangkaian pemasaran yang berkaitan Yahudi di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato’ Haji Noh bin Haji Omar]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dan sedang melaksanakan berbagai-bagai langkah secara berterusan bagi
memastikan usahawan tempatan dapat memasarkan produk mereka secara meluas dan sebagai alternatif menggantikan rangkaian pemasaran dimonopoli oleh Yahudi di negara ini.

Dalam hal ini, kementerian telah melaksanakan pelbagai program di peringkat nasional dan daerah bagi memasarkan produk-produk usahawan tempatan. Di antaranya MeCD melancarkan program Gerak Usahawan di peringkat daerah untuk mengenalkan produk tempatan dan business matching, dengan izin, di peringkat daerah. Manakala Gerak Usahawan Nasional pula, berperanan untuk mempromosi dan memasarkan produk-produk usahawan tempatan untuk pasaran seluruh negara dan juga antarabangsa.

Keduanya, kementerian sentiasa memberikan galakkan kepada usahawan untuk
menghasilkan produk-produk baru yang boleh memberi saingan atau berada sebaris dengan produk ternama di pasaran serta mempelbagaikan pilihan kepada pengguna menerusi Program Groom Big.

Produk-produk yang telah dibangunkan menerusi program ini, telah memasuki
pasaran hypermarket dan supermarket di negara ini. Selain itu, kementerian juga membantu usahawan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan melalui Program Pengiklanan Usahawan yang melibatkan media-media utama tempatan menerusi saluran televisyen, radio, pencetakan, internet dan juga pengangkutan bermotor.

Program Pengiklanan Usahawan 2009 sedang berlangsung dari 17 hingga 23 Februari
2009. Usaha-usaha dan inisiatif yang diambil tersebut juga adalah seiring dan selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan pembelian barang buatan Malaysia seperti kempen yang sedang diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat negara ini supaya menyokong dan menghargai produk-produk tempatan secara berterusan. Terima kasih.
[Sesi soalan jawab lisan pada 18 Februari 2009]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: