MP PAS Baling minta produk-produk Muslim di Kedai Mesra Petronas dipertingkat

6. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan sejauh manakah usaha kerajaan bagi memastikan produk usahawan Bumiputera Muslim dapat dipasarkan meluas di pasaran Kedai Mesra Petronas di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato’ Haji Noh bin Haji Omar]: Terima kasih Yang Berhormat Baling. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memastikan produk usahawan Bumiputera Muslim dapat dipasarkan secara meluas di seluruh rangkaian Kedai Mesra Petronas, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah melaksanakan pelbagai pendekatan yang meliputi aspek pembangunan dan peningkatan kualiti produk, pembiayaan dan kerjasama dengan Petronas menerusi program promosi dan pemasaran yang dilaksanakan oleh kementerian.

Setakat ini, produk yang telah dibangunkan di bawah program kementerian telah pun diterima dan mendapat tempat di kedai-kedai mesra seperti makanan ringan, jus minuman dan juga sejuk beku.

Sungguhpun begitu, kementerian akan meningkatkan lagi kerjasama dengan Petronas untuk meluaskan pasaran bagi produk-produk usahawan yang terpilih yang menepati standard piawaian.

Dalam hal ini, kementerian dengan kerjasama SIRIM Berhad dan MARDI menyediakan perkhidmatan untuk membangunkan produk-produk usahawan bumiputera daripada aspek pembungkusan, kualiti produk dan pelabelan.

Memandangkan penyenaraian di dalam Kedai Mesra memerlukan pembayaran daripada aspek listing fee, maka kementerian menerusi MARA dan juga TEKUN menyediakan pembiayaan bagi memudahkan urusan pembayaran tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Baling.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Kita tidak menafikan usaha-usaha yang telah pun dijalankan setakat ini oleh pihak kementerian. Cuma, berasaskan kepada penjelasan yang telah pernah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dalam sehari dua yang lalu untuk kita menyediakan satu produk alternatif bagi mengatasi bekalan atau import daripada barang-barang produk Israel ini, bagi pihak Israel, produk Israel.

Maka bagi kita, kesempatan yang ada di Kedai-kedai Mesra Petronas yang begitu banyak di seluruh negara, maka eloklah usaha untuk mempertingkatkan lagi pemasaran produk Muslim di Kedai-kedai Mesrai ini dipertingkatkan.

Cuma saya ingin jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, keyakinan halal dan bersih daripada pembekal-pembekal yang kalau kita lihat hampir 100%, kalaupun tidak 100% hampir 100% setakat ini pembekal-pembekal di Kedai Mesra adalah bukan daripada kalangan Bumiputera Muslim. Terima kasih.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama ini mengenai halal. Kita memberikan jaminan bahawa mana-mana produk yang melalui Groom Big di mana program yang kita buat bersama SIRIM, bukan saja kita meningkatkan daripada segi branding, labeling dan juga kualiti, tetapi juga kita melalui proses-proses mengikut standard yang diperlukan mengikut standard yang diperlukan untuk mendapat sijil Halal. Kerana itu kita dapati produk-produk yang dikeluarkan daripada Malaysia memang mendapat pasaran terutamanya di luar negara dan negara-negara Islam kerana produk halal yang dibuat di Malaysia memang mendapat pasaran terutamanya di luar negara dan di negara-negara Islam kerana produk halal yang dibuat di Malaysia ini memang telah mendapat pengiktirafan di peringkat dunia.

Yang kedua, kenyataan Yang Berhormat menyatakan bahawa produk-produk yang ada itu bukan daripada bumiputera memang tidak boleh dinafikan, memang ada. Memang terdapat produk-produk yang dikeluarkan oleh bukan bumiputera tetapi dalam masa yang sama kita terus berusaha untuk kita membanyakkan usahawan-usahawan bumiputera tapi dalam masa yang sama kita terus berusaha untuk kita membanyakkan usahawan-usahawan bumiputera diberikan peluang membekalkan barang-barang mereka di Kedai-kedai Mesra ini.

Setakat ini kita ada 36 pembekal usahawan IKS yang telah pun kita pilih untuk membekalkan usahawan mereka dan hari ini kita masih lagi belum dapat tempat yang secukupnya kerana mengikut rekod kita, lebih kurang 30% sahaja Kedai-kedai Mesra ini baru kita dapat tembusi kerana masalah yang pertama ialah listing fee yang kita lihat caj listing fee ini rak apabila kita hendak letak barang, dia dikenakan caj untuk meletakkan barang-barang.

Ini agak mahal yang sedang kita runding yang saya telah nyatakan tadi didapati ada usahawan bumiputera yang tidak mampu hendak bayar listing fee, maka kita melalui MARA dan TEKUN kita bagi pinjam lagi kepada mereka untuk membayar listing fee.

Kedua ialah business matching yang mana kita telah bekerjasama dengan Petronas untuk bawa mereka melihat program-program gerak usahawan kerana bila kita adakan program-program gerak usahawan, di sana akan dipamerkan berbagai-bagai produk-produk tempatan. Dengan adanya business matching ini, maka kita harap akan lebih banyak lagi produk-produk tempatan yang akan dibenarkan untuk dijual di kedai-kedai Mesra ini. Terima kasih.

[Sesi soalan jawab lisan pada 19 Februari 2009]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: