MP PAS Kota Raja ingin tahu Status terkini FTA Amerika-Malaysia

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan status terkini rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Antarabangsa (FTA) di antara Amerika dan Malaysia dan sejauh manakah Kerajaan serius dalam penangguhan seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian berkaitan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kota Raja.

Sehingga kini lapan pusingan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia- Amerika Syarikat telah diadakan. Pusingan rundingan kelapan telah diadakan pada 14 hingga 18 Julai tahun lalu di Washington, Amerika Syarikat. Isu-isu yang dirundingkan di pusingan tersebut adalah perkhidmatan pelaburan, hak harta intelek, pertanian, sanitary dan phytosanitary serta isu-isu perundangan.

Isu-isu yang sensitif kepada Malaysia seperti perolehan kerajaan, dasar persaingan buruh dan alam sekitar turut dibincangkan secara tidak rasmi.

Walaupun kedua-dua belah pihak belum menetapkan tarikh pusingan rundingan yang berikut, proses perbincangan dan rundingan di peringkat teknikal masih dijalankan secara berterusan melalui email, teleconferencing dan video conference dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai penangguhan rundingan yang diumumkan baru-baru ini, kementerian ingin memaklumkan bahawa ianya dibuat berdasarkan kepada perkara-perkara berikut.

Malaysia dan Amerika Syarikat telah bersetuju supaya pusingan rundingan ke sembilan hanya akan diadakan jika perbincangan di peringkat teknikal di antara pakar dan perunding di antara kedua-dua pihak menunjukkan perkembangan yang positif serta dapat mengurangkan jurang perbezaan pendirian.

Ini adalah untuk memastikan pusingan ke sembilan akan menghasilkan kemajuan rundingan yang lebih kondusif serta memuaskan dan proses pemilihan presiden baru yang menyebabkan perubahan ketara dalam peralihan pentadbiran Amerika Syarikat.

Memandangkan Presiden Obama baru sahaja menerajui pentadbiran Amerika Syarikat pada 20 Januari tahun ini maka adalah terlalu awal bagi Malaysia untuk mendapatkan kepastian mengenai dasar perdagangan baru Amerika Syarikat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, rundingan perjanjian bebas Malaysia dan Amerika Syarikat ditangguhkan buat sementara waktu dan akan hanya disambung semula jika kerajaan berpuas hati dengan perkembangan rundingan di peringkat teknikal dan perubahan positif dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Obama, sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Itu sahaja Yang Berhormat. Tidak payah Yang Berhormat. Jam sudah 11.32 Yang Berhormat, terima kasih.

[Sesi soalan jawab lisan pada 19 Februari 2009]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: