MP PAS Kuala Selangor: Pengunaan Dinar Emas ambil alih ‘fiat money’

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini menyinggung perkara yang lebih khusus tentang penggunaan mata wang dan cadangan daripada Yang Berhormat Arau itu menjurus kepada satu usaha kerajaan ntuk
mengarus perdanakan penggunaan mata wang dinar, tetapi seperti mana yang saya bangkitkan semalam, persoalannya pada akhirnya adalah satu komitmen untuk meletakkan bukan hanya persoalan penggunaan dinar emas itu sebagai satu yang dikatakan mengambil alih fiat money kerana money ini ada beberapa bentuk sama ada commodity money, representative money ataupun fiat money yang digunakan hari ini.

Soalannya, itu tidak meletakkan Tuan Yang di-Pertua kita sudah semacam nampak komitmen kepada kewangan Islam kerana yang menjadi utama yang perlu kita keluarkan ataupun yang kita arus perdanakan adalah kewangan Islam yang keluar daripada sistem ribawi.

Dengan kata lain walaupun kita kata kita sudah ada kewangan Islam, tetapi akhirnya dia masih sangkut dengan all the conventional finance dengan izin kerana ia masih sangkut dengan penentuan OPR atau penentuan interest rate.

Itu lebih saya kira mustahak untuk ditangani oleh sebuah kerajaan seperti kita dan penggunaan kewangan dinar emas ini tentunya merupakan satu lobi yang begitu besar untuk kita memenangi hati budi negara-negara OIC khususnya pertama.

Jadi minta penjelasan sikit apakah ke arah itu ada usaha-usaha kita untuk kita benar-benar mengarus perdanakan kewangan Islam. Terima kasih.

Timbalan Menteri Kewangan l [Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku krisis kewangan bermula dengan sub-prima Amerika Syarikat dan ia merebak ke seluruh dunia.

Di dalam mesyuarat IMF dan World Bank, Malaysia telah menyuarakan pandangan kita bahawa sudah tiba masanya dunia melihat kepada sistem kewangan Islam dan kita menjadikan Malaysia model kerana Malaysia merupakan model yang unik bagi dunia.

Di sini kita ada sistem konvensional dan kita ada sistem Islamic Banking dan ia amat
berjaya. Di mesyuarat-mesyuarat yang lain termasuk di Islamic Bank, kita kata inilah masanya untuk kita memperkembangkan sistem ini kerana kepercayaan masyarakat dunia kepada sistem konvensional sudah makin luntur.

Jadi saya berani menyatakan kepada Yang Berhormat, ini adalah asas utama kita. Salah satu produk yang kita kembangkan kepada global adalah sistem kewangan Islam.

Soalan asal No. 7 – Dato’ Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kerangka
strategi kerajaan untuk memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang dan sekali gus
membolehkan bank dan kewangan Islam memainkan peranan yang lebih bermakna sejajar
dengan Resolusi Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) yang meminta kerajaan menyegerakan
pelaksanaan penggunaan dinar emas.

[Sesi soalan jawab lisan pada 19 Februari 2009]

Advertisements

3 Respons

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: