MP PAS Kuala Selangor: .. Guna Dolar Amerika, maka bertambah cengkaman Amerika keatas seluruh Ekonomi dan Kewangan Dunia

26 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-usul (Membahaskan Titah DiRaja)
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut mohon untuk merakamkan menjunjung kasih atas ucapan Yang di-Pertuan Agong. Dalam kekangan waktu yang ada ini Tuan Yang di-Pertua saya bercadang untuk sebelum memberi fokus kepada isu-isu yang lebih dekat di negara bersifat mikro.

Saya ingin mengambil kesempatan ini supaya Dewan Rakyat Parlimen Malaysia ini merakamkan akan isu yang disebut
hampir oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berucap iaitu yang bersangkutan dengan krisis. Saya merakamkan di sini terutamanya bahawa krisis ini namanya dan jolokannya pun kurang tepat.

Krisis yang diberi gelaran gadai janji sub prima ini pertama-tamanya tidaklah bertepatan dengan hakikat yang sebenarnya.
Dewan yang mulia ini merakamkan bahawa pertamanya kalau diambil daripada pengakuan yang dibuat oleh IMF dan juga Ullmann Financial. Kedua-dua menyebutkan bahawa jumlah kerugian yang ditanggung dalam krisis ini tidak kurang daripada USD2 trilion.

Sementara sumbangan daripada gadai janji sub prima hanya dalam lingkungan USD200 bilion. Maka dengan kata lain menyalahkan golongan yang kurang berada yang tidak credit wordy yang sepatutnya tidak layak meminjam dan akhirnya menyalahkan seluruh krisis kewangan dunia ini kepada golongan ini adalah satu analisis yang jauh tersasar daripada pengakuan yang Amerika harus terima hari ini.

Dengan kata lain apabila hampir 10 tahun mereka menikmati kredit boom kemewahan kecairan perbankannya yang sekali gus mencetuskan berbilion hartanah ataupun property bubble. Yang golongan yang mendapat manfaat antara lain adalah golongan-golongan yang tidak bankable tadi. Melalui credit Mae ataupun melalui dua itu Freddie Mac and Fenny Mae.

Kedua-dua institusi kewangan ini memberi pinjaman kepada golongan-golongan itu. Akan tetapi sebenar-benarnya krisis kewangan Amerika ini bukan hanya sub prima tetapi near prime, corporate Amerika, industry, commercial segala-galanya yang akhirnya bukan hanya di situ sahaja kesalahan krisis ini.

Krisis ini sebenarnya adalah hasil daripada culprit sebenarnya adalah golongan yang dikatakan sebagai the financial wizard. Genius-genius kewangan yang menjalankan kejuruteraan kewangan yang dengan itu mereka cipta produk-produk dan instrumen-instrumen kewangan yang hari ini sebenar-benarnya menjadi punca sebab trilion dolar Amerika bukan hanya hangus
di Amerika bahkan di Eropah dan juga di negara-negara yang membeli daripada derivative, yang membeli daripada Mortgage Back Securities dan juga collateralize debt obligation yang keseluruhannya adalah reka cipta financial wizard yang tidak pernah mereka dipersalahkan.

Justeru itu, tidak ada pun yang diheret ke mahkamah ataupun diletak stand on try dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Ini kerana dalam kemewahan kerana sebenarnya memberikan ruang kepada corporate Amerika menjalankan kegiatan menguasai dunia. Dengan hegemoni mereka sehinggakan dalam suasana kegawatan ini juga Setiausaha Negara Hillary Clinton dalam lawatannya ke negara China baru-baru ini masih lagi sanggup mengarah China.

Ini supaya terus membeli daripada treasury-treasury bond, perbendaharaan bond treasuries ini yang akan dikeluarkan bagi kononnya untuk akhirnya membawa ekonomi negara China dan seluruh ekonomi dunia ini masih bergantung kepada negara ekonomi Amerika.
Teruskan membaca

MP PAS Hulu Langat: Pengusaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing

26 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah DiRaja)
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong.

Yang pertama saya merujuk kepada perenggan 14, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong meminta para pengusaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan mengutamakan tenaga kerja tempatan.

Maknanya keadaan ekonomi yang merosot sekarang ini, kedua-dua pekerja iaitu tempatan dan pekerja asing ini dibuang kerja. Daripada data Kementerian Sumber Manusia menunjukkan dari Oktober 2008 hingga 17 Februari 2009 seramai 10,277 pekerja tempatan telah diberhentikan dan 4,550 diberhentikan secara sukarela melalui VSS.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kita sanjung tinggi usaha Kementerian Sumber Manusia :
(i) mewujudkan satu Jawatankuasa Tripartite pemantauan pemberhentian kerja di peringkat kebangsaan dan negeri;
(ii) memantau kekosongan jawatan;
(iii) mengkaji peluang latihan semula dan penempatan iaitu trained and place;
(iv) memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan latihan bagi pekerja-pekerja yang menghadapi pemberhentian kerja dan RM77 juta untuk bantuan siswazah yang menganggur.
Teruskan membaca

MP PAS Shah Alam: Kecewa dengan Kerajaan Pusat memintas pembelian SYABAS oleh Kerajaan selangor

26 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah DiRaja)
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]. Allah. Apa jadi ini? [Ketawa]. Aduh. Saya ini. Kuala Krau ganggu. Saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk saya menjunjung kasih melalui perbahasan Titah Seri Paduka Baginda.

Saya melihat bahawa Seri Paduka Baginda memulakan titahnya dengan membincangkan masalah ekonomi dunia yang akan turut menjejaskan ekonomi negara kita. Ini sememangnya adalah seperti yang sepatutnya memandangkan persoalan ekonomi
ini adalah persoalan penting yang akan menjejaskan kesejahteraan rakyat. Kesejahteraan rakyat tegas baginda melalui titahnya perlu dipelihara. Adalah harapan saya bahawa Mini Bajet yang bakal dibentangkan memenuhi harapan Seri Paduka Baginda dan tidak lagi merupakan belanjawan yang mengutamakan projek-projek mega demi mengayakan kroni-kroni tertentu.

Sekiranya kesejahteraan rakyat diutamakan maka perjanjian-perjanjian penswastaan yang membebankan rakyat di antaranya yang melibatkan bekalan air dan tol perlu dikaji semula. Saya ingin merakamkan kekecewaan saya terhadap tindakan Kerajaan Pusat yang ingin memintas pembelian SYABAS oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Usaha murni Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli SYABAS supaya dengan itu melepaskan rakyat Negeri Selangor dari perjanjian yang zalim dan berat sebelah yang telah ditandatangani oleh Kerajaan BN Selangor dulu digagalkan. Maka usaha ini digagalkan.

Adakah ianya digagalkan semata-mata untuk menggagalkan Kerajaan Negeri Selangor membuktikan kemampuannya berkhidmat untuk rakyat, sedangkan Seri Paduka Baginda memesan supaya Kerajaan Pusat menjamin kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Keikhlasan Kerajaan Negeri Selangor dalam soal ini terbukti melalui dasar 20 meter kiub percuma selama ini dan ketidakikhlasan Kerajaan BN pula terbukti melalui perjanjian yang zalim yang telah ditandatangani dan melalui tindakan memintas ini. Saya difahamkan pula, bahawa kadar tol akan dinaikkan di beberapa concessionary lagi.

Ini jelas bercanggah dengan sifat Kerajaan yang prihatin dan tidak menghormati mesej yang terkandung di dalam Titah Agong sendiri. Begitu juga persoalan kadar-kadar elektrik dan telekomunikasi yang dikenakan tanpa adanya satu sistem persaingan atau pemantauan yang berkesan yang boleh mengawal harga ini.
Teruskan membaca

MP PAS Shah Alam: Umat Islam tidak diberikan kefahaman yang kukuh

26 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (membahaskan Titah Diraja)
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulim. Saya cukup berpuas hati dengan kesimpulan yang terakhirlah yang dibuat yang mana saya rasa menyelesaikan ataupun mengenal pasti punca dan masalah sebenar iaitu bukan soal kita nak salahkan orang Kristian. Ini kerana mereka menghayati agama Kristian mereka ataupun kita nak marah orang Buddha kerana menghayati agama dan falsafah Buddha mereka.

Akan tetapi masalah yang utama ialah bahawa umat Islam tidak diberikan kefahaman yang benar-benar kukuh berhubung dengan Islam itu sendiri. Dalam soal ini, ianya bukan hanya persoalan fahaman secara teori tetapi pelaksanaan daripada segi
penghayatan, wujudnya kerajaan yang bersih, yang telus.

Jenis kerajaan yang seperti mana pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyiddin, jenis kerajaan yang seperti mana pada zaman Umar Abdul Aziz yang mana dengan itu akan meyakinkan umat Islam itu sendiri akan kebenaran Islam dan inilah bagi saya penyelesaian yang terbaik.

Bukan soal kita nak halang orang Hindu, nak robohkan kuil mereka ataupun apa-apa sahajalah. It is dengan izin our own making yang oleh kerana kita sendiri yang perlekehkan Islam, kita sendiri yang perlekehkan ajaran-ajaran Islam. Maka tidak hairan bagaimana orang merasa ragu-ragu bila datang fatwa-fatwa yang pelik-pelik, yang tidak memberikan penjelasan dan sebagainya lah.

Lalu saya cukup sokong walaupun kita berbeza pendapat daripada sudut perkataan kalimah “Allah” itu kerana kalau kita rujuk kepada al-Quran banyak ayat tapi saya tak nak masuklah pada hari ini kerana panjang tapi kesimpulan itu cukup baik. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih.

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya cukup setuju dengan rumusan sahabat saya dari Shah Alam. Jangan kita kerana kita dapat berita atau maklumat konon ada kumpulan-kumpulan tertentu cuba nak memurtadkan orang Islam maka kita kelam kabut angkat parang pergi kejar dia. Salahnya salah kita. Kita yang tak mendidik anak generasi kita, kita tidak
mengadakan sistem yang sepatutnya kita adakan dan yang paling penting seperti sahabat saya sebut, kita tidak menunjukkan akhlak Islam yang sebenarnya di kalangan kita.
Teruskan membaca

MP PAS Rantau Panjang: Langkah wajar perlu diambil kerajaan tangani Krisis Ekonomi Global

26 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul – (Membahaskan titah DiRaja)
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam pembukaan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Yang Kedua Belas baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, krisis ekonomi global yang sedang melanda seluruh dunia hari ini membawa kesan yang sangat besar kepada keadaan ekonomi dalam negara kita. Maka seharusnya langkah yang wajar diambil oleh pihak kerajaan dengan segera untuk menangani isu yang ada di depan kita. Maka dalam menghadapi kemelut krisis kelembapan ekonomi ini, seharusnya semua pihak mesti berkorban, mesti mengubah gaya hidup termasuk tabiat suka bermewah-mewah hendaklah diubah.

Dalam menghadapi persoalan ini, saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan rizab Bank Negara Malaysia, di mana kita dapati bagaimana dalam kenyataan dalam NST pada 8 Julai 2009, menjelaskan bagaimana rizab Bank Negara dilaporkan telah merosot daripada RM410 bilion pada akhir Jun 2008 kepada RM316.8 bilion pada 31 Disember 2008 sedangkan kita lihat eksport negara kita melebihi daripada nilai import.

Jadi seharusnya reserve negara kita seharusnya meningkat. Jadi kenapakah dalam masa enam bulan, rizab Bank Negara telah menjunam jatuh iaitu sebanyak RM9.4 bilion. Perkara ini adalah sangat serius kerana ini adalah melibatkan amanah dan ini adalah wang rakyat. Seharusnya perkara ini diberi penjelasan yang sejelas-jelasnya oleh pihak kementerian yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, di antara masalah yang kita lihat sekarang ini ialah masalah gejala sosial yang semakin meningkat. Bagaimana kita lihat statistik yang terkini yang dikeluarkan oleh pihak polis, bagaimana jenayah keganasan sedang meningkat melebihi 13.4%.

Begitu juga kes rogol telah meningkat hampir 30% dan begitu juga jenayah rompakan meningkat hampir 160% dan seterusnya.
Perkara ini adalah sangat serius. Jadi dalam menangani isu ini, saya ingin penjelasan, apakah strategi yang dibuat oleh kerajaan dan saya ingin penjelasan apakah program yang dibuat oleh kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti, yang mana disentuh dalam ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sejauh manakah keberkesanan program Islam Hadhari
yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak ia dilancarkan sehingga sekarang dan saya ingin penjelasan, berapakah pencapaian yang telah dicapai. Berapa kos yang telah terlibat dan sejauh mana penekanan yang dibuat memberi hasil dalam menangani isu yang ada di depan kita.
Teruskan membaca

MP PKR Bandar Tun Razak: Apakah kesan-kesan Pakej Rangsangan RM7 bilion yang lalu?

26 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah DiRaja)
Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim [Bandar Tun Razak]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana saya dapat menyertai perbahasan tentang Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Saya akan membuat ucapan mengenai tentang isu ekonomi dan kemelesetan sebelum pembentangan bajet mini yang dijangka pada 10 Mac 2009.

Bajet mini yang dijangka dibentangkan di Parlimen akan menyentuh tentang situasi ekonomi seluruh dunia yang sekarang dalam kemelesetan.

Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu menjalankan langkah-langkah pemulihan segera yang hanya dapat dilihat kesannya dalam tempoh satu hingga dua tahun yang berlaku serentak dengan dasar-dasar pembangunan jangka panjang
yang sedang dilakukan.

Memang Kerajaan Persekutuan bakal melakukan usaha dengan menyediakan Pakej Rangsangan Kedua bagi memastikan asas-asas ekonomi negara ini terus kukuh dan stabil. Namun begitu, kita harus ingat bahawa pakej bernilai RM40 bilion itu hanya sesuai diperlukan untuk menyelamatkan ekonomi negara kita ketika menghadapi krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-1998. Maksudnya, ketika menghadapi kemelesetan ekonomi global, untuk tahun 2009-2010, saya mengesyorkan kalau betul-betul Kerajaan Persekutuan serius, ia perlu memperuntukkan sekurang-kurannya mini bajet melebihi RM50 bilion.

Di samping itu, Kerajaan Persekutuan dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi baru ini juga bertanggungjawab
memberitahu Dewan ini bagaimana dana tersebut dibiayai dan perkara-perkara yang dilakukan seperti perkara-perkara yang dilakukan dalam negara lain menyatakan bagaimana pakej rangsangan itu dibiayai.

Pertama, adakah cara pinjaman dari pasaran. Kedua, adakah melalui penjualanpenjualan bon atau security. Soalan ini ialah dari manakah Malaysia hendak mendapatkan dana bagi membiayai pakej rangsangannya. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah beberapa cadangan yang saya fikir boleh difikirkan dalam membuat strategi belanjawan mini yang akan kita bincangkan.
Teruskan membaca

Karpal: “Saya disekat oleh Pemuda Umno”

26 Feb. 2009 – Perbahasan usul-usul

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 1(e).
Tuan Yang di-Pertua: Peraturan mesyuarat?
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: 1(e).
Tuan Yang di-Pertua: 1(e).
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ini adalah mengenai usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan lalu lalang kepada Ahli-ahli Dewan. Nombor satu, usul seperti ini dibawa peraturan mesyuarat ini diluluskan oleh Dewan ini dan dikuatkuasakan sehingga hari ini. Apa yang terjadi barangkali dalam 15 minit baru-baru ini?

Apabila saya datang ke Parlimen saya disekat oleh beberapa kumpulan ahli-ahli pemuda UMNO yang ugut saya minta maaf di atas apa yang terjadi kelmarin di Dewan yang mulia ini.

Bukan satu, dua, sampai barangkali ada 15 orang seperti gengster, samseng ugut minta maaf, jika tidak minta maaf, tidak boleh masuk ke dalam Dewan. Apabila saya panggil polis yang ada dekat sana, siapa pun tidak datang untuk memberi bantuan kepada saya.
Seorang Ahli: Padan muka. [Ketawa]

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Bolehkah ini terjadi dalam satu Parlimen seperti Parlimen ini, Tuan Yang di-Pertua? Saya disekat, saya diugut untuk minta maaf, daripada gengster ini, daripada Pemuda UMNO. Saya mahu dapat satu ruling daripada Tuan Yang di-Pertua, adakah polis…

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: …Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Biar, biar dia, biar Bukit Gelugor bercakap.
Teruskan membaca

MP PAS Parit Buntar: Tidak timbul langsung hendak hapuskan Institusi Raja-Raja

26 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan titah DiRaja)
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya mohon penjelasan. Pertama dengan semangat yang dibawa, hari ini pun pakai songkok nampak cantik sungguh. Segak. Saya hendak tanya dalam isu yang disinggung secara khusus, negeri Perak.

Saya hendak tanya adakah satu yang dianggap tindakan ini hendak menghapuskan Raja-raja, hendak menghapus Institusi Raja-Raja? Itu kena jelas sebab sepanjang yang kita bincang ini tidak timbul langsung persoalan kita hendak hapuskan Institusi Raja-Raja. Yang ada ialah kita menganggap bahawa yang kita lakukan ini ialah di dalam lingkungan Perlembagaan.

Saya mohon jangan terlalu overboard sehingga menuduh pihak tertentu kerana tuduhan ini agak serius, Yang Berhormat
Pasir Salak. Ini kerana menyatakan hendak menentang Raja-Raja, hendak menghapus, ini satu tuduhan yang boleh bawa kepada bunuh, mati. Jadi, saya rasa itu kena cermat sikit. Saya mohon penjelasan.

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, apabila tindakan pemimpin-pemimpin yang mempertikaikan kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan yang mengakibatkan suatu tunjuk perasaan yang di luar batasan, menghina Sultan, mencaci Sultan, apakah ertinya ini semua? Tidakkah ia berbau bahawa mereka tidak suka kepada institusi kesultanan? Apa bacaan Yang Berhormat dalam hal ini? Kalau sudah menunjukkan kebencian, kalau kita benci kepada seseorang adakah bermakna kita boleh menerima seseorang itu?

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Laluan. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Setiap kali saya bangkitkan perkara ini saya tidak mendapat jawapan yang jelas daripada sebelah sana. Apakah agaknya kedudukan mereka yang berdemonstrasi dengan bawa banner besar, tulis “binatang” lagi, yang ditujukan kita tahu siapa yang ditujukan. Semua kita tahu.

Adakah mereka ini juga maksudnya apa? Di mana kedudukan mereka ini? Tidakkah mereka juga menghina, menderhaka institusi kesultanan dan Institusi Raja. Berdemonstrasi tidak setuju dengan pilihan Sultan. Kemudian menabalkan Sultan
lain. Kemudian mengurangkan imuniti Raja-Raja, seluruhnya kekebalan Raja-Raja itu dikurangkan. Jadi, apa pendapat Yang Berhormat Pasir Salak.
Teruskan membaca

MP PAS Kota Raja: …Kalau tidak naik tol, syarikat konsesi masih membuat keuntungan

26 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah Diraja)
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Yang Berhormat, saya cuma hendak bertanya sedikit tadi. Kita tahu EPF, Tabung Haji ada kepentingan di dalam syarikat-syarikat konsesi ini. Akan tetapi kita juga tahu kalau mereka tidak menaikkan tol ini, syarikat-syarikat ini masih lagi membuat keuntungan. Ia tidak merugikan syarikat-syarikat atau institusi EPF itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat PJ Selatan, Yang Berhormat PJ Selatan, ada tiga minit lagi. Injury time tidak ada. Saya cuma ingin ingatkan.

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya memang setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Raja. Memang kita tahu…
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun]
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Boleh sedikit lagi? Boleh sedikit lagi?
Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya bagi Gombak.
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Tidak boleh? Tidak apalah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih PJS dan Tuan Speaker. Saya lihat ada dua watak di sini, satu Batu Pahat, satu lagi Ledang. Dua-dua daripada Johor, Tuan Yang di-Pertua tetapi seorang sokong, seorang tidak sokong. Apa masalah UMNO sebenarnya sekarang ini? Itu yang pertama.

Yang keduanya, saya memang setuju 100% dengan Batu Pahat. Jarang saya bersetuju dengan dia, Tuan Yang di-Pertua, tetapi hari ini 100%, tetapi yang peliknya Ledang hendak membangkitkan soal wang EPF, caruman yang dibuat oleh pencarum EPF berbilion ringgit tetapi wang ini digunakan untuk program-program bailout syarikat UMNO dan Barisan Nasional.
Teruskan membaca

MP PAS Bachok: Pembelian senjata daripada Amerika akan diteruskan?

26 feb. 2009 – Sesi soalan jawab lisan
No. 4 – Tuan Nasharudin Mat. Isa [Bachok] minta Menteri Pertahanan menyatakan harga belian kapal KD Sri Inderapura yang dibeli daripada tentera laut Amerika Syarikat pada akhir tahun 1990-an dan bilakah kapal ini menjalani pembaikan refit yang pertama dan berapakah pula perbelanjaan pembaikan refit yang pertama dan berapakah pula perbelanjaan pembaikannya pada ketika itu.

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Wira Abu Seman Haji Yusop]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok. KD Seri Inderapura dibeli oleh Kerajaan Malaysia pada 16 Disember 1994 daripada Amerika Syarikat dengan harga belian sebanyak RM53 juta.

Sehubungan dengan program menjalani pembaikan refit ke atas kapal tersebut pada kali pertamanya ialah pada 2 Februari 2000 yang mana dilakukan di limbungan Malaysia Shipyard Engineering Pasir Gudang, Johor dan kosnya adalah sebanyak RM54.45 juta.

Tuan Nasharudin Mat. Isa [Bachok]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kapal KD Sri Inderapura ini siap dibina pada 7 Februari 1970 di National Steel and Shipbuilding Corporation Santiago, California, dilancarkan pada 7 November 1970 yang dikomisenkan atas nama USS Button Buck County LST 1992.

Seperti mana yang dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi dibeli dan digunakan pakai oleh TLDM pada 16 Disember 1994 iaitu selepas 25 tahun ia siap dan digunakan oleh tentera Amerika. Kapal ini dibeli di bawah satu program dikenali sebagai Security Assistance Program.

Soalan saya adalah apakah ada lain-lain perjanjian persefahaman di bawah Security Assistance Program bersama dengan Amerika ini; dan keduanya adalah, adakah pembelian peralatan persenjataan daripada Amerika ini akan diteruskan di sebalik apa yang sedang berlaku dalam dunia politik antarabangsa.

Sekarang ini kita lihat keadaan ataupun sikap yang ditunjukkan oleh Amerika terhadap banyak insiden yang berlaku dalam dunia ini. Walaupun harapan yang begitu tinggi diletakkan kepada kepimpinan Amerika yang baru tetapi kita tidak melihat dasar luar ataupun polisi luar Amerika ini akan banyak berubah di bawah pimpinan Presiden yang baru. Terima kasih.
Teruskan membaca