MP PAS Padang Terap: Kerajaan perlu mewujudkan standard kenaikan pangkat pensyarah

2 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan justifikasi utama kementerian dalam mensyaratkan setiap pensyarah di dalam bidang sastera dan kemanusiaan terutamanya di bidang Pengajian Islam untuk menghantar artikel ke penerbitan Jurnal International Scientific Islam (ISI) sebagai syarat kenaikan pangkat di universiti tempatan.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Sebelum soalan yang ke-14 saya kemukakan kepada kementerian, saya ingin betulkan sedikit. ISI ini, Jurnal International Scientific Index, bukannya International Scientific Islam. Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat soalan 14.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II [Dr. Hou Kok Chung]: Timbalan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa kriteria yang dinilai bagi kenaikan pangkat pensyarah. Antaranya ialah:
(i) Pencapaian cemerlang dalam pengajaran dan penyeliaan
(ii) Pencapaian dalam aktiviti penyelidikan dan perundingan
(iii) Pencapaian dalam kepimpinan akademik dan sumbangan kepada universiti, masyarakat dan negara
(iv) Penerbitan ilmiah seperti menerbit bahan-bahan ilmiah dalam jurnaljurnal berwasit atau citation tinggi dan bertaraf antarabangsa.

Jurnal citation ialah jenis jurnal ilmiah di mana setiap makalah yang termuat di dalamnya dinilai atau diwasit oleh pakar-pakar daripada bidang makalah itu. Secara umumnya ia dihasilkan atau ditulis oleh para akademik, penyeledik atau para pengamal bagi menerbitkan hasil penyelidikan mereka sama ada diterbitkan di Malaysia atau di luar negara dan mempunyai Lembaga Editorial yang dianggotai oleh pakar-pakar tempatan dan luar negara. Dalam hal ini, penghantaran artikel ke penerbitan ISI bukanlah satu pilihan semata-mata memandangkan banyak jurnal-jurnal antarabangsa yang lain. Kriteria yang dinilai dan yang diambil kira ialah kualiti jurnal yang berwasit tinggi dan bertaraf antarabangsa serta selari dengan bidang masing-masing. Sekian.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. ISI ini yang saya faham ia digunakan oleh universiti di Barat untuk bidang sains dan teknologi. Bukannya untuk bidang sastera dan juga kemanusiaan. Soalan saya kenapa pihak kementerian menjadikan ia salah satu daripada kriteria utama untuk penilaian bagi pensyarah-pensyarah kita dalam persoalan kenaikan pangkat?
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Krai: Kementerian menangani mesin-mesin judi, … memberi lesen judi, empat nombor ekor

2 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Jawapan terakhir daripada Menteri tadi amat memberangsangkan iaitu kerajaan ingin menangani masalah berjudi ini kerana kaitannya dengan keruntuhan akhlak dan moral terutamanya kepada para-para pelajar dan juga golongan-golongan yang apabila berhadapan dengan masalah mereka berpaling pada judi.

Kita juga nampak seriusnya kementerian dalam menangani isu mesin-mesin judi ini. Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan sendiri dalam pada memberikan lesen judi, empat nombor ekor, Toto dan sebagainya juga mengendalikan cabutan-cabutan khas yang diberikan oleh Kementerian Kewangan untuk melaksanakan cabutan bertujuan untuk mendapatkan dana untuk kebajikan, untuk pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Jadi dengan cara judi ini kerajaan berhasrat untuk mendapatkan dana, membangunkan negara. Apakah ini juga tidak menyebabkan bertambahnya orang berjudi?

Banyaknnya wang digunakan untuk berjudi dan menambah masalah sosial seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri tadi? Terima kasih. [Tepuk]
Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Timbalan Yang di-Pertua mengenai cabutan-cabutan yang dilakukan bagi tujuan kebajikan tidak semestinya berbentuk perjudian. Yang paling penting ialah, kita yang mempunyai didikan dan pendekatan akhlak yang kuat, tidak usahlah kita terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti itu.

Jikalau kita anggap aktiviti-aktiviti itu satu kesalahan. Malaysia ini adalah satu masyarakat majmuk. Macam-macam orang suka kepada pendekatan yang berbeza-beza jadi saya menganggap soalan Yang Berhormat walaupun terkeluar bukan menjadi
hasrat kerajaan untuk menggalakkan judi. Ia menjadi tanggunggkawab kita secara bersama.

Soalan asal No. 11 – Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah bagi mengatasi mesin slot yang semakin serius di seluruh negara; dan
(b) langkah-langkah mengatasi masalah salah guna ‘funfair’ yang menyediakan permainan berunsur perjudian di seluruh negara.

MP PAS Pengkalan Chepa: Ingin tahu jumlah Juruterbang mengikut kaum?

2 Mac 2009 – Sesi Soalan jawab lisan
Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah pusat-pusat latihan juruterbang dan jumlah pelatih juruterbang yang telah dilahirkan hingga kini dan berapakah yang telah memperoleh pinjaman/biasiswa daripada kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Pengkalan Chepa, pada masa sekarang terdapat tujuh buah pusat latihan juruterbang manakala seramai 1,513 orang pelatih juruterbang telah dapat dilahirkan sehingga hari ini. Setakat ini kerajaan dan agensi-agensi kerajaan tidak
mengeluarkan pinjaman atau biasiswa kepada pelatih.

Walau bagaimanapun pihak MARA ada menyediakan kemudahan pinjaman untuk membiayai latihan juruterbang dan pelatih dikehendaki menguruskan sendiri bagi mendapatkan pinjaman ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih. Soalan tambahan saya, sejak kebelakangan ini dimaklumkan ramai juruterbang-juruterbang profesional kita telah berpindah ke luar negara.

Kalau benar, berapakah jumlah mereka dan berapakah gaji pilot profesional dan latihan di Malaysia ini dan berapakah kekurangan juruterbang sekarang ini mengikut kaum dan adakah kerajaan bercadang untuk memberi sumbangan atau scholarship kepada juruterbang-juruterbang pelatih pada masa akan datang.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin [Beaufort]: Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat Pengkalan Chepa agak spesifik, minta berapa juruterbang yang telah lari dari negara kita, berapa jumlah gaji dan sebagainya. Jadi saya tidak ada data pada pagi ini di Dewan ini. Walau bagaimanapun saya akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

MP PAS Kuala Selangor: Sejauhmana kita dapat manfaatkan ‘Islamic Derivative’

2 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan tentang langkah-langkah konkrit yang wajar dilakukan bagi memastikan bahawa sistem kewangan dan perbankan Islam yang dikatakan lebih resilien, mampu mengelakkan kesan krisis kewangan global yang sedang melanda dunia kini, memandangkan perbankan dan kewangan silam seperti yang diamalkan di negara ini masih terikat dengan rejim pertukaran mata wang kertas (fiat money) dan volatiliti kadar faedah.

Timbalan Menteri Kewangan I [Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa kerajaan kita satu-satunya negara yang memperkenalkan dual sistem di mana kita ada sistem konvensional dan sistem institusi kewangan Islam. Ini berjalan dengan baik dan menjadi model kepada dunia sekarang ini apabila kita berhadapan dengan krisis ekonomi. Saya menyatakan dalam Dewan tempoh hari bahawa krisis ekonomi ini ini telah mendatangkan rasa curiga masyarakat dunia ke atas sistem kewangan konvensional.

Kita lihat daripada segi perkembangan sistem kewangan Islam, saya ingin baca di sini, daripada segi aset telah tumbuh kepada 23% daripada keseluruhan aset sistem perbankan. Daripada segi deposit, 26.9% dan daripada segi pembiayaan financing dengan izin, 22.5%, daripada NPL 2.4%. Kita yakin sistem ini akan berkembang kukuh berasaskan sistem perundangan yang telah disediakan oleh kerajaan di samping sistem-sistem peraturan yang diguna pakai.
Teruskan membaca

MP PAS Bachok: Ingin tahu kos penyelenggaraan Taman Wetlands Putrajaya

2 Mac 2009 – Sesi Soalan jawab lisan

Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya juga mewakili rakan-rakan di sebelah sini mendoakan agar Yang Berhormat Timbalan Menteri cepat sembuh. Satu semangat yang sangat hebat yang ditunjukkan kepada kita, walaupun dalam keadaan yang masih berbalut tangannya dan masih dapat bersama dengan kita untuk menjawab soalan berbanding dengan sebahagian yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon pihak kementerian untuk menjelaskan perkara yang berkaitan dengan Taman Wetlands Putrajaya yang telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 2001. Berdasarkan maklumat yang diterima pembinaan tasik yang unik dan terbesar di rantau ini bukan sahaja sebagai satu khazanah tumbuhan tanah lembap bahkan ia juga dijadikan sebagai pembersih air bagi Tasik Putrajaya dengan penanaman pelbagai jenis pokok untuk mengurangkan kandungan kimia daripada air yang mengalir ke Tasik Putrajaya.

Soalan saya adalah, adakah sejak ia ditubuhkan pihak Perbadanan Putrajaya ataupun pihak kementerian menjalankan kajian mengenai keberkesanan tahap kebersihan tasik tersebut serta berapakah kos penyelenggaraan Taman Wetlands Putrajaya dalam setahun.

Apakah program-program yang ada dibuat di Taman Wetlands ini kerana kita lihat daripada udara ketika kita melintasi Putrajaya taman ini cukup indah dan cantik untuk dijadikan sebagai kawasan rekreasi, cuma apakah promosi yang telah dibuat untuk memajukannya. Terima kasih.
Teruskan membaca