MP PAS Shah Alam: Wujudkan suasana persaingan yang bebas …

3 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah langkah-langkah kerajaan untuk memecahkan monopoli perniagaan barangan makanan seperti gula yang sering mengalami kenaikan harga.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila abang Yang Berhormat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ Shahrir Abdul Samad]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini kerajaan mengamalkan kaedah kawalan import, kawalan bekalan dan kawalan harga terhadap barang-barang perlu seperti gula, tepung, minyak masak, LPG, petrol dan diesel yang merupakan bahan-bahan atau barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar, syarikat-syarikat pengeluar yang terhad dalam negara ini. Di samping
itu, pemberian subsidi ketika perlu juga diberikan untuk tujuan mengekalkan harga runcit pada paras yang munasabah bagi faedah dan manfaat pengguna dan rakyat.

Namun demikian kerajaan telah mengambil beberapa tindakan untuk tujuan mewujudkan satu keadaan persaingan yang sihat dalam pasaran dan telah pun mengeluarkan barangan seperti simen dan juga besi keluli daripada kaedah atau rejim kawalan harga dan kawalan bekalan. Ini telah dilakukan pada pertengahan tahun 2008 dan bagi kedua-dua bahan tersebut kawalan import juga telah dimansuhkan bagi kedua-dua bahan binaan ini.
Teruskan membaca

MP PAS Rantau Panjang: Ingin tahu elaun yang diberikan kepada RELA

3 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pengalaman saya sebagai Ahli Lembaga Hakim Pelawat pendatang tanpa izin ini kita dapati di antara masalah yang kita dapati pada pendatang tanpa izin iaitu masalah pelbagaian bahasa terutama daripada negara-negara
Myanmar, Kemboja dan sebagainya.

Jadi sejauh mana persiapan pihak kementerian dalam menangani terutama dalam pandangan kes-kes yang melibatkan mahkamah dalam perbicaraan dan sebagainya untuk menemuduga ataupun mengetahui apa-apa isu yang berlaku daripada mereka, sedangkan mereka tidak tahu sama ada bahasa Malaysia atau Inggeris.

Jadi apa persiapan dan apakah elaun-elaun yang telah diberi kepada pihak pasukan RELA yang bertugas begitu bersungguhsungguh untuk menangani isu pendatang tanpa izin. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Menteri ini soalan terkeluar, tetapi kalau Yang Berhormat Menteri hendak sebut apaapa cerita bolehlah.

Dato’ Seri Syed Hamid Albar: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan tersebut. Akan tetapi secara keseluruhan memang ada masalah dari segi bahasa sebab itu kita sering menggunakan juru bahasa dari kalangan mereka untuk menterjemahkan pasal ada dari kalangan mereka yang mempunyai kemampuan dwi
bahasa.

Oleh itu, kita akan sentiasa mempertingkatkan untuk RELAkah, Kementerian Dalam Negeri ataupun AG untuk mempunyai juru-juru bahasa memanglah susah kita ini. Oleh itu kita akan menggunakan tenaga luar untuk tujuan tersebut.

Berkenaan elaun-elaun RELA ini kita akan terus memantaunya untuk tujuan memberikan mereka kepuasan dalam melaksanakan tugas. Terima kasih.

Soalan asal No. 5 – Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rancangan Kementeriannya untuk memperluaskan penggunaan Depot Tahanan Sementara Semuja.

MP PKR Tanah Merah: Langkah-langkah Kerajaan membantu penoreh-penoreh getah semasa harga jatuh menjunam

3 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

4. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apalah langkah-langkah kerajaan dalam membantu penoreh-penoreh semasa harga jatuh menjunam seperti mewujudkan harga lantai RM3 sekilo dan adakah kerajaan bercadang menyediakan pakej bantuan tambahan kepada penoreh.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian saya bersama-sama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang meneliti dan mempertimbangkan penetapan harga lantai bagi getah kering dengan izin, floor price pada paras berdasarkan pendapatan bulanan isi rumah pekebun kecil supaya ianya melebihi paras garis kemiskinan.

Sekiranya harga getah jatuh ke bawah paras harga lantai, pekebun kecil akan diberi bantuan sara hidup pada satu kadar yang akan ditetapkan kemudian. Buat masa ini, perkara ini belum lagi diputuskan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, pada 2 Mac iaitu kelmarin harga standard Malaysian Rubber iaitu SMR20 adalah RM4.97. Paras harga ini masih dapat memberi pendapatan yang baik kepada pekebun-pekebun kecil. Pada harga RM4.97 sekilogram, pendapatan bulanan pekebun kecil getah adalah sebanyak RM1,084 sebulan. Berdasarkan pendapatan yang diperoleh oleh pekebun kecil ini, maka pendapatan tersebut masih di atas paras kemiskinan.
Teruskan membaca

MP PAS Bachok: Kes buli memberikan imej yang buruk kepada sistem pendidikan …

3 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Nasharudin Mat. Isa [Bachok]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sekolah tambahan saya ada dua aspek iaitu aspek prasarana dan juga pengisian.

Saya ingin tahu dari segi prasarana ini apa yang telah dibuat untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan kepada sekolah-sekolah harian ini kerana kita ada menerima semacam kompelin daripada guru-guru tentang purata pelajar di dalam sebuah bilik darjah, katanya ada yang sampai 40 orang. Suasana yang tidak kondusif untuk kita melahirkan pelajar-pelajar yang
dapat belajar dalam suasana yang ceria dan sebagainya.

Aspek kedua soalan saya ialah berkaitan dengan pengisian. Mutakhir ini semakin banyak kita lihat kes-kes buli. Yang terakhir dalam laporan media hari ini ialah di Kuantan. Kes yang berlaku di Sarawak pun masih belum selesai dibuat siasatan, berlaku pula di Kuantan dan tidak pelik akan berlaku lagi kes yang serupa itu.
Teruskan membaca