MP PAS Shah Alam: Parti-parti politik mengguna isu perkauman … mengheret Istana dalam pergelutan politik

3 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah Ucapan Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menggulung Ucapan Titah Diraja)

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Yang Berhormat Shah Alam ya? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengiktiraflah bahawa banyak program yang diadakan untuk mewujudkan perpaduan dan mengelak berlakunya polarisasi kaum. Akan tetapi, adakah bagi pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, tindakan parti-parti politik yang menggunakan isu perkauman yang menuduh menimbulkan isu derhaka, mengheret institusi Raja dalam pergelutan politik kerana tidak mampu mempertahankan hujah, membelakangkan mahkamah dan menggalakkan Setiausaha Dewan langgar arahan Speaker sehingga kunci Dewan sedangkan Speaker itu tetap Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, kita sedang bincang isu perpaduan Yang Berhormat.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, ya. Lalu, tidakkah tindakan-tindakan parti politik yang sebegini menimbulkan masalah perkauman. Tidakkah tindakantindakan yang sebegini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan akan menggagalkan, malahan membatalkan semua usaha baik yang sedang dilakukan oleh kementerian Yang Berhormat.

Kita ada pertunjukan ini, kita ada pertunjukan itu tetapi apabila kita tidak boleh lawan hujah dengan hujah, kita timbulkan isu perkauman. Kononnya Pakatan Rakyat hendak membelakangkan Sultan lah, dan ada perkauman lah dan sebagainya, bahawa Kerajaan Perak di kudai oleh DAP lah, hanya pentingkan orang Cina lah, dan sebagainya. Bukankah isu-isu ini semua menghasilkan satu suasana yang merosakkan perpaduan yang kementerian tuan sendiri hendak bina. Terima kasih.
Teruskan membaca

MP PAS Pendang: Ingin tahu Program lembu dan kambing dalam ladang kelapa sawit

3 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menggulung Ucapan Titah DiRaja)

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Hendak sambung, berkaitan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan bio bahan api secara mandatori ini, saya ingin tahu setakat mana atau berapa peratus kah mandatorinya mereka-mereka yang mengusahakan bio bahan api ini untuk memasuki pasaran bahan api dalam negara
kita? Keduanya tentang integrasi lembu dan kambing dalam ladang kelapa sawit ini.

Apakah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ataupun hanya Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang berusaha untuk mengintegrasikan di dalam ladang-ladang ini terutama pekebun kecil..

Datuk Peter Chin Fah Kui [Menteri]: Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Tuaran. Mengenai penggunaan bio-diesel ini yang kita namakan Envo Diesel Esther atau EDE. Kita sedang melaksanakannya secara mandatori sejak 1 Februari 2009 di mana kita mulakan dengan penggunaan kenderaan-kenderaan kerajaan.
Teruskan membaca