MP PAS Rantau Panjang: Boikot barangan Israel .. kenapa kementerian tidak ada senarai barangan kepentingan Amerika dan Israel

10. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan pendirian kerajaan dalam kempen memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat dan usaha-usaha yang telah dibuat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ Shahrir Abdul Samad]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berpandangan ia adalah menjadi hak individu untuk membuat pilihan sama ada membeli atau tidak membeli barangan keluaran Amerika Syarikat.

Bagi pihak kerajaan, pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia oleh kerajaan pada 16 Januari 2009 merupakan satu usaha yang tepat mengikut keadaan dan suasana ekonomi hari ini dan merupakan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membeli barang-barang dan perkhidmatan buatan Malaysia yang secara langsung bakal merangsang ekonomi negara.
Pembelian produk keluaran tempatan merupakan satu sokongan kepada penjanaan kepada ekonomi negara dalam keadaan dunia di landa krisis ekonomi.

Sebagai sebuah kementerian yang menjaga perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna adalah menjadi satu tanggungjawab kementerian ini untuk sentiasa bertindak positif demi menjaga suasana dan iklim ekonomi dalam negeri.

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya terkejut apabila kementerian memberi jawapan ini adalah pilihan individu sebab kita ingin melihat satu tindakan yang serius daripada pihak kerajaan dalam menangani bagaimana Amerika menggunakan segala kepentingannya untuk mengusai
negara-negara umat Islam contohnya.
Teruskan membaca

MP PAS Bachok pohon Bangunan baru Jabatan Kebajikan Masyarakat Bachok

4 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan

Tuan Nasharuddin Mat. Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Soalan saya agak spesifik tentang bangunan dalam kawasan saya di Bachok. Keluhan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri, bangunan operasi yang didatangi oleh rakyat untuk membuat urusan dengan jabatan ini tidak kondusif, kerana bangunannya kecil dan menempatkan hampir 30 kakitangan yang berhimpit-himpit dalam sebuah bangunan yang kecil.

Selain daripada staf yang ramai dengan rakyat yang juga ramai datang berurusan, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan sebuah bangunan baru bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam Parlimen Bachok. Terima kasih.

Tuan Joseph Entulu anak Belaun: Terima kasih Yang Berhormat dari Bachok. Saya fikir tadi ada rumah panjang di kawasan Bachok ini, tetapi ini berkenaan dengan rumah kebajikan. Saya akan bawa pandangan Yang Berhormat kepada kementerian saya dan saya akan bagi tahu Yang Berhormat apa jawapannya nanti. Sekian, terima kasih.

Soalan asal No. 7 – Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang menyediakan tapak dan membina struktur bangunan di setiap kawasan rumah panjang di Sarawak bagi menangani masalah sosial. Nyatakan jumlah rumah panjang yang menerima peruntukan itu dan jumlah peruntukan di bawah RMK-9

Salahuddin minta Perdana Menteri menyatakan kajian semula harga gas bagi sektor tenaga

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [ KUBANG KERIAN ]

TARIKH : 11 MAC 2009

SOALAN : Tuan Salahuddin bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telah memulakan kajian semula harga gas bagi sektor tenaga bagi membolehkan tariff elektrik diturunkan dan jika dimulakan, sejauh manakah perkembangannya serta apakah tindakan susulan jika kajian itu disiapkan.

Jawapan:

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian atau semakan semula harga gas bagi sektor elektrik telah selesai dijalankan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dan pengumuman mengenai harga baru gas telah dibuat oleh Kerajaan pada 11 Februari 2009. Langkah untuk mempercepatkan semakan semula harga gas kepada sektor elektrik dan bukan elektrik adalah dibuat sebagai inisiatif ransangan tambahan bagi membantu pihak industri menghadapi kelembapan ekonomi. Melalui semakan semula ini, harga gas kepada sektor elektrik dan bukan elektrik dicadang dikurangkan selaras dengan trend harga minyak mentah dunia yang kini berada di paras yang rendah. Teruskan membaca

MP PAS Kuala Krai: Lanun sms … menyedut wang melalui airtime

4 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tenom dan juga soalan tambahan beliau tadi bukan sangat risau akan SMS spam ataupun SMS yang berlambak-lambak sehingga memenuhkan peti kita.

Akan tetapi yang lebih dirisaukan ialah lanun SMS. Di mana SMS ini apabila turut akan mengambil sebahagian daripada kredit dalam akaun-akaun kita. Saya pun tidak pasti sama ada perkara ini boleh berlaku ataupun tidak. Akan tetapi kalau ia merupakan satu perkara yang boleh dilakukan oleh mana-mana pihak untuk menyedut wang kita melalui pengambilan airtime ini. Ini satu jenayah yang perlu disekat.

Jadi soalan saya, apakah andaian Yang Berhormat Tenom itu suatu perkara yang boleh berlaku dan kalau tengah berlaku apa tindakan oleh kerajaan? Terima kasih.
Teruskan membaca

MP PAS Kubang Kerian: Premis ‘Sport Toto’ disewakan diatas Tanah Wakaf?

4 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan
Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Saya hendak mendapat maklumat daripada pihak kementerian, setelah tanah-tanah wakaf ini dimajukan dan terdapat bangunan-bangunan di atas tanah wakaf ini, ada laporan yang kita terima bahawa premis-premis ini disewa dan diberikan kepada bentuk bentuk perniagaan yang tidak mencerminkan pembangunan itu didirikan di atas tanah wakaf.

Contohnya, tidak cermat dari segi memberikan sewaan kepada premis-premis dan perniagaan-perniagaan yang sebagai contohnya ada Sports Toto dan seumpamanya.

Jadi, apakah dasar kerajaan terhadap bangunan-bangunan yang didirikan di atas tanah wakaf ini supaya pembangunan tanah wakaf itu menepati matlamat asal adalah untuk memajukan pembangunan hartanah yang menggambarkan atau melambangkan pembangunan Islam dalam negara ini. Terima kasih.

Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat. Apa yang disebut tadi, apabila kita majukan tanah-tanah wakaf ini, kita akan pastikan bahawa ia menepati kepada matlamat penggunaannya. Cuma mungkin yang berlaku ini ialah tanah-tanah wakaf sebelum diserahkan untuk kerjasama dengan pihak Kerajaan Persekutuan.
Teruskan membaca

MP PAS Titiwangsa: Cadang modul Cinta Sungai dimasukkan dalam modul Kokurikulum Sekolah dan IPT

4 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan
2. Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan tahap pencemaran sungai di seluruh Malaysia. Sila nyatakan 10 batang sungai yang tercemar teruk dan apakah usaha-usaha merawat dan mencegah pencemaran yang berterusan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Datuk Douglas Uggah Embas]: Selamat pagi dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menjalankan pengawasan kualiti sungai ke atas 143 lembangan sungai di Malaysia yang melibatkan 1,064 stesen pengawasan kualiti air.

Pada tahun 2008, berdasarkan keputusan analisis air sungai yang telah dilakukan, didapati bahawa kualiti air bagi 76 ataupun 53% lembangan sungai berada di tahap bersih, 60 ataupun 42% lembangan sungai berada di tahap sederhana tercemar dan 7 ataupun 5% sungai adalah tercemar.

Lembangan-lembangan sungai yang tercemar adalah Sungai Pinang, Sungai Air Baloi, Sungai Rembah, Sungai Sengget, Sungai Tebrau, Sungai Danga, sungai kawasan Pasir Gudang. Pihak kementerian telah dan sedang menjalankan pelbagai program bagi memulihkan sungai-sungai di seluruh negara. Di antara program-program pemulihan yang diadakan:
(i) untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dan punca tetap;
(ii) membina perangkap sampah dengan perangkap kelodak serta memasang pelbagai jenis gross pollution trap, dengan izin, di beberapa sungai;
(iii) mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, pihak berkuasa tempatan agar dapat mempertingkatkan penguatkuasaan dan tindakan terhadap punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa masing-masing.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: Perancangan perlu untuk hasilkan ‘The future Nobel Laureates’

3 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Sains, teknologi dan Inovasi menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sikit sahaja, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya memerhati dengan tekun penjelasan-penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya rasa banyak perkara yang telah dibahaskan dengan cukup baik, dan sebab-sebab mengapa kita tidak dapat mengkomersialkan produk-produk yang telah di paten dan sehingga seluruh proses itu.

Cuma saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah salah satu faktor ini dan saya sendiri pun tidak ada buat kajian, ia balik kepada persoalan quality of graduate kita. Ini mungkin tidak langsung dengan kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi apakah boleh kita songsong masa ke depan satu perancangan untuk menghasilkan the future Nobel Laureates, daripada first class honors kita daripada semua bidang sama ada teknologi, the field of geological physic, and the field of nanotechnology, medical science, semua yang lain.

Do we ever, apakah pernah kita membuat satu studies kepada a cohort of all the best brains. Di mana mereka akhirnya? Apakah tidak kita berikan insentif kepada mereka? All these first class honors kita berikan satu rangsangan, satu insentif. Give them the best of suasana and all the integrated facilities dan segala-galanya.

Apakah ini mungkin salah satu faktornya atau apakah sebenarnya the quality of graduate has really doing the…, kualiti graduate kerana kita terlalu cepat, terlalu mahu sangat. Dalam field of engineering pun semuanya express dan fundamental concepts in science and basic science tidak dapat mereka kuasai lalu menjadi semuanya yang susah untuk saya sebutkan.

Apakah salah satu daripada faktor itu datang daripada faktor ini bermakna quality of graduate kita no longer, tidak lagi merupakan kalau dia pun first class sebenarnya maksud first class itu. Apakah pernah ada dibuat kajian ini best brain of our university sama ada local. I have seen one best brain coming back from Cambridge.
Teruskan membaca

MP PKR Machang: Apakah mercu tanda ‘penyelidikan’ yang kita boleh bangga dengannya?

3 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Sains, teknologi dan Inovasi menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setakat yang saya faham dari jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah kita berada dalam keadaan di mana bajet besar diperuntukkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Hasilnya ialah kita berada pula dalam keadaan, di mana hasil penyelidikan tidak dapat dikomersialkan, itu fasa kedua. Kemudian, Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi terangkan soal paten yang juga tidak menunjukkan angka yang membanggakan, tetapi secara ringkasnya Yang Berhormat bolehkah memberitahu kepada Dewan dalam tempoh barangkali lima atau 10 tahun kebelakangan ini bercakap tentang penyelidikan di negara kita.

Apa sebenarnya satu pencapaian yang luar biasa, yang boleh kita anggap menjadi suatu mercu tanda dalam bidang penyelidikan ini dan bidang apa sebenarnya yang kita berjaya mencapai satu tahap atau hasil penyelidikan yang kita boleh anggap kita boleh berbangga dengannya. Saya mohon reaksi Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Teruskan membaca

MP PAS Pendang: Pakar-Pakar mendapat anugerah antarabangsa tidak dapat komersialkan hasil2 produk?

3 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya rasa salah satu daripada diagnostik kit yang disebutkan tadi, mungkin HIV kitlah sekarang di klinik-klinik swasta ada diedarkan diagnostik kit HIV ini.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Timbalan Menteri, apakah punca-punca yang menyebabkan pakar-pakar kita yang telah mendapat anugerah atau medal di peringkat antarabangsa tidak dapat untuk mengkomersialkan hasil-hasil produk mereka, kerana kita nampak ramai pakar di universiti kita ada dari Jerman, mendapat medal-medal ini di US.

Akan tetapi apabila datang dalam negara, mereka tidak dapat. Apakah punca-punca sebenarnya. Hanya 4% sahaja yang dikomersialkan. Terima kasih.

Tuan Haji Fadillah bin Yusof: Banyak sebab sebenarnya, antaranya ialah hasil kajian apabila di peringkat prototype. Apabila prototype, satu ialah sama ada ciptaan itu mungkin satu ciptaan yang begitu baik sekali, tetapi persoalannya adakah ianya memenuhi kehendak pasaran.
Teruskan membaca

MP PAS Hulu Langat: Apakah produk yang telahpun dikomersialkan Kementerian Sains?

3 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam penjelasan yang lepas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyebut produk pengkomersialan iaitu diagnostik kit. Jadi apakah lagi produk-produk yang telah pun boleh dikomersialkan ataupun yang dirancang oleh kementerian untuk dikomersialkan? Terima kasih.

Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Sekali, soalan yang sama. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa pada tahun 2008 ada 198 harta intelek yang telah pun diluluskan dan produk-produk ini juga boleh dikomersialkan. Di dalam jumlah ini bidang-bidang apakah yang dihasilkan daripada R&D ini yang paling banyak. Adakah permasalahan ini sudah
pun dijalankan dan di manakah penjualan ini berlaku dan nilainya sekali kalau ada.
Teruskan membaca