4 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggulung Perbahasan Titah DiRaja)
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Masih lagi berkaitan dengan isu sebelum ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya tertarik dengan apa yang dibincangkan tadi mengenai penjualan minyak ke negara asing termasuk juga dalam kawasan Parlimen saya yang saya minta supaya kementerian memberi perhatian yang serius di mana penjualan minyak ini menggunakan plat kereta tempatan.
Dipunggah minyak dan diisi dengan menggunakan kereta tempatan, diangkut ke sempadan dan diulang balik dan inilah yang berlaku menyebabkan kita lihat perkara ini diambil kesempatan sesungguh-sungguh oleh rakyat di sempadan di luar negara kita.
Jadi minta pemantauan yang dibuat sehingga penjelasan tentang barang-barang yang dijual dalam kawasan bebas cukai yang mana rungutan yang kita dapat lihat bahawa tidak ada beza yang banyak apabila barang yang dijual di dalam kawasan bebas cukai itu.
Maknanya dari segi harganya pemantauannya tidak dipantau dengan rapi menyebabkan bahawa mereka merasakan tidak ada keistimewaannya mereka berada di dalam kawasan bebas cukai itu.
Saya ingin penjelasan juga ramai rungutan daripada pihak penjual-penjual dan pemborong-pemborong di luar kawasan pagar bebas cukai bagaimana barangan mereka dijual dirampas dengan alasan disyaki untuk diseludupi.
Teruskan membaca
Filed under: ADR Rantau Panjang | Leave a comment »