MP PKR Machang: Hanya ada dua sahaja Pakar Jantung dengan 5,815 pesakit

4 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Kesihatan menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berundur sedikit dalam memberikan sedikit meminta Yang Berhormat Menteri memberikan sedikit reaksi terhadap perkara Yang Berhormat Menteri sebut tentang memperkemaskan atau mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian dari segi perkhidmatan doktor pakar kepada pesakit. Saya mohon mendapat sedikit reaksi daripada Yang Berhormat Menteri di negeri-negeri Pantai Timur Yang Berhormat Menteri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dua jenis penyakit yang semakin menunjukkan trend peningkatan ialah kanser dan juga sakit jantung. Ini sesuai dengan perkembangan kemajuan masyarakat.

Akan tetapi fakta yang diberikan kepada saya ialah di Kelantan kita cuma ada dua orang sahaja pakar jantung. Pada ketika kes sakit jantung di negeri Kelantan ini kalau tahun 2000 jumlahnya 4,400 orang, pada tahun 2007 jumlahnya ialah 5,815 orang peningkatan yang cukup besar.

Itu cuma berdasarkan kepada bilangan pesakit discharge di hospital kerajaan sahaja pada ketika doktor pakar cuma dua orang. Lebih memeranjatkan ialah bagi pesakit kanser Yang Berhormat Menteri, yang memerlukan pakar onkologi.

Tidak ada doktor pakar kanser ini di Kelantan, Terengganu dan Pahang sedangkan kes-kes yang dilaporkan bagi penyakit kanser ini di Pahang, Terengganu, Kelantan juga menyaksikan trend yang semakin meningkat.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri kalau boleh terangkan apakah langkah segera yang dirangka oleh kementerian. Kementerian sedar hakikat ini saya percaya. Di satu sisi kita masalah kekurangan pakar, apakah kerajaan bersedia untuk membawa masuk pakar-pakar asing atau doktor asing ini bagi menyelesaikan masalah yang sekarang.

Teleconferencing itu tidak apalah, kita terima sebagai satu yang baik tetapi yang sekarang ini yang penyakit sedang meningkat, doktor pakar tidak ada bersedia tidak melakukan satu kelainan dari sudut membuka ruang bagi membawa masuk doktor pakar asing. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Ya. Memang sudah jadi amalan kita ada 700 pakar asing yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan. Malangnya dia sentiasa tidak cukup sebab itu untuk Pantai Timur kita bercadang hendak buat satu pusat onkologi di Pantai Timur begitu juga dengan Unit Ideologi.

Orang Kelantan yang ada HUSM di Hospital Sultanah Zainab II tidak ada kemudahan pusat rawatan jantung macam IJN. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita sudah mula Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan baru ini RM10 juta diperuntukkan di Kuala Terengganu untuk buat invasive prosedur umpamanya hendak buat letak stand, buat cauterization.

Pesakit tidak perlu lagi pergi ke IJN atau di Hospital Serdang. Kita maklum sambil itu kita terus secara berterusan menambah pakar. Dahulu 400 sekarang 600 setahun mulai tahun lepas. Kita jangkakan penambahan daripada 400 kepada 600 penambahan 50% daripada ini akan boleh menampung. Cadangan Yang Berhormat untuk bawa balik pakar atau pakar luar negara berkhidmat memang dalam program kerajaan terus menerus.

Cuma saya hendak beritahu Dewan yang mulia secara globallah dunia memang kurang doktor. Jadi sebab itulah kita berhadapan its a global shortage of doctors. Jadi kalau kita hendak import doktor pun susah juga sebab negara-negara lain pun dia kurang doktor.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: