MP PAS Shah Alam: Siapa yang menjadikan bumi ini, yang menjadikan matahari dan bulan. Mereka akan menjawab, “Allah.”

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tambah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Surah Al-Imran ayat 64… [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

“Qul…”, Allah perintah Rasulullah untuk berkata atau pun bersabda… [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Wahai ahli-ahli Kitab, orang-orang Nasrani, orang-orang Yahudi, datanglah kamu kepada kalimah yang sama di antara kita dan di antara kamu…. [Membaca sepotong ayat Al Quran] Mengabdikan diri, ibadah hanya kepada Allah dan janganlah kamu mensyirikkan sesuatu dengannya.

Lalu kita dapati bahawa di dalam ayat-ayat Al-Quran banyak ayat-ayat seperti mana disebutkan yang saya baca, Yang Berhormat Kuala Selangor baca yang menunjukkan bahawa kalimah Allah ini digunakan oleh orang-orang bukan Islam. Ayat yang mana apabila ditanya kepada mereka, siapa yang menjadikan bumi ini, yang menjadikan matahari dan bulan. Mereka akan menjawab, “Allah.”

Lalu ianya bukan merupakan satu kalimah khusus untuk orang Islam, ianya merupakan kalimah bahasa Arab daripada perkataan Ilah dan ditambahnya Al. Al-ilah, dipendekkan menjadi Allah. Ianya bukan nama peribadi seperti mana saya Khalid atau pun nama Yang Berhormat itu Zul. Ini kerana tidak perlu pada nama peribadi kerana hanya satu. Kita perlu nama peribadi kalau ramai.
Teruskan membaca

MP PAS Kuala Selangor: Siapa kita yang boleh menafikan penggunaan nama Allah di tempat-tempat ibadat agama-agama langit ini

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga rasa terpanggil untuk memberi beberapa penekunan saya tentang isu ini. Yang Berhormat Menteri, sementara saya faham di sebalik perhitungan yang dibuat, saya juga mahu merakamkan dalam Dewan yang mulia ini.

Kalau ditanya apakah dan siapakah yang boleh kita ambil ukuran dan penentuan dalam penggunaan nama Allah, saya kira kita perlu merujuk kepada Allah dan kalam Allah. Saya merakamkan dalam Dewan yang mulia ini, dalam ayat Allah yang jelas sifatnya ‘qad’i’, putus dan dalilnya pun ‘qad’i’, putus. Sifatnya…

[Berucap dalam bahasa Arab] Sebutannya jelas, mafhumnya pun jelas. Di mana dalam ayat, Allah SWT dalam surah Al-Haj, ayat 40 dengan izin saya bacakan… [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Tuan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Maknanya Yang Berhormat?
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, dengan mafhumnya lebih kurang maksudnya, kalau tidak Allah S.W.T. mengizinkan menolak perbuatan kezaliman, keterlanjuran satu kaum manusia, ditolak dan disemak imbang atau di check and balance oleh satu golongan yang lain, maka musnah tempat-tempat ibadat, orang-orang Yahudi, Nasrani dan ada mengatakan Majusi dan juga masjid-masjid yang di mana dalamnya, kata Allah… [Berucap dalam bahasa Arab]

Dan di dalamnya itu disebutkan dan disucikan… [Berucap dalam bahasa Arab] Dan dipersuci dan ditakdiskan nama Allah yang sebanyaknya… [Berucap dalam bahasa Arab] Seterusnya dalam ayat itu, wallahualam.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: Belum ada Akta sekat penggunaan logo Halal

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Setiap apa yang saya ketahui, setakat ini kita belum ada suatu akta untuk menyekat penggunaan logo halal yang berleluasa.

Mungkin yang disediakan sijil halal oleh HDC dan sebagainya tetapi bagaimana pula apabila kita dapati sijil-sijil halal yang digunakan itu bukan suatu sijil halal yang sah. Mungkin orang boleh lapor dan orang boleh buat report kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Akan tetapi pihak berkenaan sebenarnya dia tidak boleh ambil apa-apa tindakan sebab kita tidak ada lagi suatu akta yang menyekat penggunaan itu. Jadi di bawah kedudukan mana?
Teruskan membaca

MP PAS Pokok Sena: …Begitu juga kerajaan. Kalau kerajaan itu haram, tak boleh, kena bagi balik pada halal, macam di Perak

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri sahabat saya. Saya bersependapat juga dengan rakan saya Yang Berhormat Arau tadi.

Apakah wajar HDC yang juga turut terlibat dalam industri produk halal ini, dan saya pernah sebut di Parlimen ini bahawa di Dewan ini, dia pernah melabur, ada syer dengan syarikat daripada luar negara dari Timur Tengah dalam menghasilkan produk-produk halal.

Jadi dalam masa yang sama, dia mengeluarkan produk, dia juga memberikan pensijilan. Jadi saya kira bahawa, satu perkara yang agak aneh, dia mengeluarkan barangan dan dia juga yang memberikan pensijilan. Jadi sepatutnya, ada badan lain yang bebas, yang tak terlibat dalam industri pengeluaran produk halal ini, yang boleh menentukan pensijilan sama ada barangan itu halal ataupun tidak.

Jadi saya kira bahawa wajar ini diberikan perhatian. Begitu juga kerajaan. Kalau kerajaan itu haram, tak boleh, kena bagi balik pada halal, macam di Perak itu… [Ketawa] Itu tak ada sijil itu. Kerajaan tanpa Sijil Halal… [Ketawa]
Teruskan membaca

MP PAS Rantau Panjang: 1822 lesen judi yang diluluskan oleh kementerian Kewangan. Apakah ini tidak terlibat halal dan Haram?

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Minta laluan sikit saja Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan, persoalan ini bukan sahaja kita melihat dalam konteks makanan, tetapi kita kena melihat halal juga dari sudut hiburan
dan dari sudut ekonomi dan sebagainya. Yang kita amat dukacita sampai hari ini tidak ada satu akta yang dibentangkan juga dalam Dewan ini yang membawa tentang halal dari sudut hiburan sebab kita lihat ramai artis-artis yang menjolok mata pakaiannya dan sebagainya yang melibatkan artis Islam.

Begitu juga dari sudut ekonomi. Kita lihat pelaburan dan sebagainya ataupun perkara-perkara yang bercanggah di syariat. Contohnya judi di Malaysia yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan, lebih daripada 1822 lesen judi yang gian diluluskan oleh kementerian Kewangan. Apakah ini tidak terlibat halal dan haram?

Apabila saya tanya dalam Dewan ini, Dewan menjelaskan bahawa cukai daripada lesen judi ini, dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang disatukan. Apakah ini tidak melibatkan halal haram? Begitu juga persoalan akidah, seperti murtad dan sebagainya. Sampai hari ini tidak ada satu undang-undang yang menyelamatkan akidah umat Islam daripada murtad. Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian.

MP PAS Baling: HDC lebih kepada orientasi perniagaan … beri autoriti penuh kepada JAKIM

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan Sijil Halal oleh Halal Development Corporation iaitu HDC, kita melihat sekarang ini sejauh mana kerajaan bertindak. Operasi yang dilakukan oleh HDC kita nampak lebih kepada orientasinya adalah untuk perniagaan dan kita dapati ada logo-logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang hanya boleh didapati dengan harga bayaran RM2,000 ke RM3,000 dan keadaan ini tidak meyakinkan.

Sebenarnya apakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk selepas ini kita balik semula kepada dasar dan konsep yang mula dibincangkan untuk kita wujudkan sijil halal ini di peringkat Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri iaitu BAHEIS dahulu dan sekarang ini sudah jadi JAKIM.

Kita beri autoriti penuh kepada BAHEIS dan JAKIM untuk melaksanakan tugas ini sebagai satu tugas, tanggungjawab kerajaan, bukan lagi untuk kita jadikan ini sebagai satu ruang untuk perniagaan dan sebagainya. Jadi, rasanya kita nampak sekarang ini mudah orang hendak dapat Sijil Halal dan mungkin JAKIM sendiri pun sudah tidak tahu siapa yang diberi Sijil Halal oleh HDC.
Teruskan membaca

MP PAS Kota Raja dan Titiwangsa: Minta Kerajaan adakan Akta Pemakanan Halal

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada menteri yang bertanggungjawab mengenai halal tadi, tidakkah Menteri ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya diadakan satu akta yang menyentuh pemakanan yang disajikan kepada umum perlulah halal.

Maknanya kita meletakkan satu tanggungjawab kepada penjual-penjual dan pengilang-pengilang bahawa mereka mesti memastikan ini halal, syariah compliance, begitu. Sekiranya mereka tidak melakukannya apabila dikuatkuasakan maka tindakan akan diambil ke atas mereka, rather than kita meminta mereka supaya mendapat pensijilan itu sendiri.

Jadi, sekiranya kita meletakkan satu akta, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pengilang yang menghasilkan makanan terbuka untuk umum wajib untuk menyediakan makanan yang halal. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saranan daripada Yang Berhormat Kota Raja ini adalah satu saranan yang baik. Sebenarnya pihak JAKIM sendiri dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara sedang menyediakan Akta Halal berkenaan dan sebelum membawa ke Dewan yang mulia ini kita akan membentangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya memberikan input ataupun feedback serta menambah perkara-perkara yang perlu dalam Akta Hala berkenaan. Insya-Allah, kalau semuanya lengkap kita akan bentangkan dalam tahun ini juga.
Teruskan membaca

MP PKR Machang: Sisters In Islam cadang Kerajaan haram Poligami ..mohon penjelasan kerajaan

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua perkara, lanjutan yang Baling bangkitkan soal pertubuhan NGO, Sisters in Islam. Saya mohon Yang Berhormat Menteri dapat berikan sedikit penjelasan.

Beberapa hari lepas di London berlangsung satu diskusi atau round table discussion antara Sisters in Islam dan turut dihadiri oleh dua orang mufti negeri dari Perlis dan dari Terengganu. Antara hasilan daripadanya ialah akan diangkat cadangan oleh Sisters in Islam untuk kerajaan mengharamkan poligami…
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk]

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Sri Gading nampak berminat. Dalam mengharamkan poligami. Kalau sebelum ini kempen mereka ialah monogami. Itu tidak ada masalah apa-apalah tetapi kalau untuk membawa kepada usul yang akan diangkat kepada kerajaan, itu bakal mengelirukan sebenarnya. Bukanlah soal kita ini… Saya macam juga Yang Berhormat Menteri, bukan tidak berminat, cuma isteri tidak takut dengan kita… [Ketawa] Itu sahaja isunya. Jadi, yang kedua ialah…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bukan takut bini, bini tidak pandai takut kita… [Ketawa]
Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Itu quotation popular daripada Yang Berhormat Menteri dahulu, waktu saya dengan dia. Dan yang kedua, Yang Berhormat Menteri, saya menyambut baik Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa dalam perkara yang jelas, soal arak dan judi itu jelas, kita tidak mahu terbabit dengan dosa.
Teruskan membaca

MP PAS Shah Alam: “..kita tidak boleh menggunakan Barisan Nasional itu sebagai asas hendak pilih orang masuk dalam Majlis Fatwa Negara”

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Nombor satu saya hendak cakap kepada Yang Berhormat Menteri, kita tidak boleh menggunakan Barisan Nasional itu sebagai asas hendak pilih orang masuk dalam Majlis Fatwa Negara. Kalau kita nampak orang itu ada kemahiran dan ada kemampuan maka jangan kita kata masuk Barisan Nasional dulu baru kita lantik. Itu tidak betul. [Dewan ini riuh].

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Itu dia bergurau. Dia bergurau sahaja.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Nombor dua perbezaan dalam PAS ini memang perkara biasa mungkin orang UMNO dia nampak dia rasa pelik tetapi bagi kita tidak ada masalah.

Seperti mana yang disebut Yang Berhormat Baling ia merupakan tindakan berhati-hati kerana tadi kiranya perkara ini tidak diawasi maka ianya mendatang kepada kemudaratan dan tidak boleh disamakan seperti Yang Berhormat Menteri tadi sebut soal yoga dengan soal arak dengan judi.

Soal arak dengan judi merupakan satu benda yang sudah qat’i. Ia merupakan satu hukum yang sudah qat’i. Hukum yang telah ditetapkan berkenaan dengan yoga tadi Yang Berhormat Baling pun jelaskan adalah satu preventive measure dengan izin takut-takut orang yang melibatkan dirinya, dia tidak memahami latar belakang dan sebagainya dan dia menghayati bukan sekadar riadah dan sebagainya tetapi dari segi falsafahnya dengan itu akan rosak akidahnya.
Teruskan membaca

MP PAS Baling: Wanita duduk dalam Jawatankuasa Fatwa

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua, tiga perkara saya ingin mencelah untuk mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali berhubung dengan Jawatankuasa Fatwa.

Kita melihat setakat ini perjalanan fatwa di negara kita dilakukan sebegitu rupa daripada peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri sampai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Apakah Yang Berhormat Menteri merasakan sampai masa dan ketika ini supaya ada di kalangan wanita kita duduk dalam Ahli Jawatankuasa Fatwa. .. [Tepuk]

Saya yakin di negara kita ini, di kalangan wanita sudah ramai yang difikirkan sesuai dan layak untuk duduk di situ dengan pengetahuan dan penglibatan…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya ingat Yang Berhormat Rantau Panjang boleh, dan layak duduk.
Teruskan membaca