MP PAS Baling: Belum ada Akta sekat penggunaan logo Halal

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Setiap apa yang saya ketahui, setakat ini kita belum ada suatu akta untuk menyekat penggunaan logo halal yang berleluasa.

Mungkin yang disediakan sijil halal oleh HDC dan sebagainya tetapi bagaimana pula apabila kita dapati sijil-sijil halal yang digunakan itu bukan suatu sijil halal yang sah. Mungkin orang boleh lapor dan orang boleh buat report kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Akan tetapi pihak berkenaan sebenarnya dia tidak boleh ambil apa-apa tindakan sebab kita tidak ada lagi suatu akta yang menyekat penggunaan itu. Jadi di bawah kedudukan mana?

Sehubungan dengan ini juga Yang Berhormat, kita melihat di premis-premis yang menjalankan perniagaan terutama sekali yang berkaitan dengan ayam, sembelih ayam walaupun lari sikit daripada bab Sijil Halal, begitu juga di pasar-pasar. Sebenarnya maklumat yang kita terima ada ayam dan ikan yang disuntik enzim bagi menampakkan ayam itu gemuk dan besar, hormonnya dan ikan.

Jadi, saya rasa ini satu pemantauan yang serius perlu diambil atau langkah-langkah yang lebih kukuh untuk mengelak daripada penyalahgunaan yang sebegini.

Apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan satu misalnya pusat sembelihan kah di tempat-tempat yang tertentu. Ini supaya apabila pusat-pusat pemulihan ini kita adakan, maka memudahkan pihak-pihak yang bertanggungjawab, makna pihak agensi-agensi ini untuk memantau. Minta penjelasan.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sekali kalau boleh, sikit saja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menyebut tentang isu ayam, halal atau tidak ini. Saya ada dimaklumkan baru-baru ini mengatakan adalah satu kebiasaan untuk pihak-pihak peniaga tomyam misalnya dan juga peniaga-peniaga gerai makanan mendapatkan bekalan ayam ini daripada Thailand.

Maknanya dihantar satu kontena daging ayam sahaja. Jadi dari segi sudut kehalalannya itu memang sangat diragui. Jadi ini kita dapat daripada orang ramai, saya harap kalau boleh dapat penjelasan ataupun dibuat satu siasatan. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Yang Berhormat Baling, untuk sijil-sijil yang tidak sah tadi. Saya telah menjelaskan bahawa pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama JAKIM dan pihak polis sendiri. Ia bukan hanya berdasarkan kepada aduan tetapi jika ada laporan-laporan dalam media pun, kami akan mengambil tindakan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: