MP PAS Baling: HDC lebih kepada orientasi perniagaan … beri autoriti penuh kepada JAKIM

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan Sijil Halal oleh Halal Development Corporation iaitu HDC, kita melihat sekarang ini sejauh mana kerajaan bertindak. Operasi yang dilakukan oleh HDC kita nampak lebih kepada orientasinya adalah untuk perniagaan dan kita dapati ada logo-logo halal yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang hanya boleh didapati dengan harga bayaran RM2,000 ke RM3,000 dan keadaan ini tidak meyakinkan.

Sebenarnya apakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk selepas ini kita balik semula kepada dasar dan konsep yang mula dibincangkan untuk kita wujudkan sijil halal ini di peringkat Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri iaitu BAHEIS dahulu dan sekarang ini sudah jadi JAKIM.

Kita beri autoriti penuh kepada BAHEIS dan JAKIM untuk melaksanakan tugas ini sebagai satu tugas, tanggungjawab kerajaan, bukan lagi untuk kita jadikan ini sebagai satu ruang untuk perniagaan dan sebagainya. Jadi, rasanya kita nampak sekarang ini mudah orang hendak dapat Sijil Halal dan mungkin JAKIM sendiri pun sudah tidak tahu siapa yang diberi Sijil Halal oleh HDC.

Dengan sebab itu kita lihat bahawa food court yang dimiliki oleh orang lain sendiri pun sudah ada Sijil Halal. Kita tanya, dia pergi dapat dekat mana. Dia kata, dia boleh dapat daripada syarikat sekian, sekian. Dia bayar sampai RM2,000 hingga RM3,000.

Jadi, saya rasa ini cukup meragukan dan apakah menjadi masalah sangat kepada pihak kerajaan kita perbesarkan lagi peranan ini di JAKIM dan kita beri autoriti sepenuhnya. Kalau tidak cukup pegawai yang hendak buat kerja di JAKIM kita bagi tambah pegawai. Kalau perlu kita separate, tidak hanya semestinya duduk di bawah satu pengurusan pentadbiran di JAKIM tetapi kita ada satu separate section yang khusus macam yang kita buat boleh SIRIM itu sendiri, maka SIRIM dan piawaian yang ada di JAKIM hanya untuk control perkara ini. Kita tidak hendak orang mengeksploit atau mengambil kesempatan dengan Sijil Halal ini sendiri, orang berniaga dapat untung. Itu yang saya cadangkan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, di luar pengetahuan HDC ada syarikat-syarikat yang mengeluarkan Sijil Halal dengan bayaran-bayaran tertentu. Sijil Halal hanya dikeluarkan oleh HDC dan pegawai-pegawai dalam HDC pun sebenarnya adalah pegawai-pegawai JAKIM yang dipinjamkan ke HDC dan menjalankan kerja-kerja sebagaimana yang telah dan sedang dilakukan oleh JAKIM yang berkenaan.

Kalau Yang Berhormat Baling ada maklumat mengenai perkara itu, ambil kepedulian dan berikan kepada saya. Insya-Allah, saya akan ambil tindakan kerana dalam hal penguatkuasaan sekarang ini kita beri kuasa kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Saya tidak mahu terlepas pandang dalam perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, kerana…

Dato’ Ismail Kasim [Arau]: Mohon laluan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: …Ini adalah soal autoriti dan kita cukup mengambil kepedulian terhadap permasalahan itu. Di samping itu saya ingin response dengan izin, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Silam mengenai sijil bukan halal ataupun, “Serve No Pork” dengan izin, yang disebutkan oleh Yang Berhormat Silam tadi.

Saya fikir kalau sampai masanya, kalau banyak Sijil Halal yang telah dikeluarkan dan insya-Allah sampai ketikanya, semasa itu bukan saya lagi yang pegang portfolio ini, mungkin Yang Berhormat Kinabatangan akan berada di sini untuk mengeluarkan sijil yang berkenaan, dan untuk Sabah sendiri memang ada perancangan untuk diwujudkan cawangan HDC di negeri Sabah bagi memantau soal-soal halal ini.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: