MP PAS Baling: Wanita duduk dalam Jawatankuasa Fatwa

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada dua, tiga perkara saya ingin mencelah untuk mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali berhubung dengan Jawatankuasa Fatwa.

Kita melihat setakat ini perjalanan fatwa di negara kita dilakukan sebegitu rupa daripada peringkat Jawatankuasa Fatwa Negeri sampai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Apakah Yang Berhormat Menteri merasakan sampai masa dan ketika ini supaya ada di kalangan wanita kita duduk dalam Ahli Jawatankuasa Fatwa. .. [Tepuk]

Saya yakin di negara kita ini, di kalangan wanita sudah ramai yang difikirkan sesuai dan layak untuk duduk di situ dengan pengetahuan dan penglibatan…

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya ingat Yang Berhormat Rantau Panjang boleh, dan layak duduk.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Yang kedua, dari segi yoga tadi, apakah Yang Berhormat Menteri setuju ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa, pertama sekali berasaskan kepada ikhtiar atau ambil syumat, ambil langkah supaya daripada kita terjerumus terus, maka lebih baik kita mengambil langkah lebih awal ataupun dalam kaedah lain…

[Bercakap dalam bahasa Arab] Walaupun kebaikan dari segi senaman itu ada, tetapi saya rasa kalau dipisahkan senaman daripada manteranya, orang tidak panggil yogalah pula.

Jadi apabila masuk yoga itu, makna senamannya dan manteranya sekali. Persoalan yang timbul di situ ialah mantera bersama dengan senamannya itu, exercise nya. Jadi dalam kaedah usul fiq, walaupun ada kebaikan dari segi senaman, tapi mudarat yang kemungkinan menimpa itu lebih banyak lagi.

Jadi maka apakah Yang Berhormat setuju itulah salah satu asas kenapa Jawatankuasa Fatwa kita lebih mengambil langkah mengharamkannya. Saya rasa selepas ini terutama orang Islam tidak payah timbullah. Yoga pun riuh satu dunia, buat malu dekat orang.

Kemudian yang ketiga, yang mungkin saya rasa perlu ataupun apa pandangan Yang
Berhormat Menteri.

Kita melihat terutama sekali NGO-NGO Islam yang direct saya sebut di sini Sisters in Islam ini dilihat kebelakangan ini begitu berani membawa elemen-elemen yang boleh disifatkan bercanggah dengan Islam itu sendiri terutama apabila mereka sudah sampai kepada peringkat berani mempertikaikan dalil-dalil yang bertaraf qataiyyatul dilaalah atau dalil-dalil yang telah diputus dalam al-Quran.

Maka apakah pihak Yang Berhormat bersetuju untuk membawa kepada pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan sebenarnya kedudukan Sisters In Islam ini supaya orang ramai boleh menjadikan panduan dan mengambil pegangan. Kita rasa di negara kita ini masyarakat Islam ini bukanlah besar sangat bilangan. Habis kalau dalam soal-soal sebegini kita boleh berpecah sesama sendiri, ini bagi saya adalah amat merugikan. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, berbeza sekali Baling dan Shah Alam kerana Baling tahu hal-hal agama. Itulah caranya kalau hendak berbahas dalam Dewan yang mulia ini kerana ada ilmu dalam bidangnya.
Beberapa Ahli: [Bangun]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Untuk…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak beri jalan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Bagi saya jawab soalan Baling dulu.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Okey. [Dewan riuh].

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Baling. Sebenarnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah mempunyai seorang wanita sebagai anggotanya iaitu Profesor Madya Datin Dr. Faizah daripada Universiti Malaya manakala Jawatankuasa Peringkat Wilayah Persekutuan juga ada seorang wanita iaitu Ustazah Hajah Nik Asmah. Kalau Yang Berhormat Baling ada teman-teman lain yang mahu masuk sebagai ahli Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun UF. Kita alu-alukan. Ini adalah satu cadangan yang baik. Keduanya mengenai lontaran pandangan Yang Berhormat tentang fatwa yang dibuat…

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kalau boleh Baling sekali masukkan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Kalau dia masuk Barisan Nasional kita pasti masukkan dia dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Dalam hal yang demikian tentang soal yang kedua tentang soal mengenai ikhtiar yang disarankan.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Menteri tarik baliklah itu. Tidak boleh itu tidak boleh sangat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Yang disarankan oleh Baling mengenai yoga ini tadi. Memang itu satu ikhtiar yang baik daripada kita terjerumus lebih baik kita elakkan. Jadi umpamanya hukum telah menentukan bahawa arak dan judi itu haram dan jelas perkara itu. Walaupun botol arak depan kita tetapi kita tahu sebagai orang Islam hukumnya di situ kita elakkanlah.

Jadi perkara ini fatwa adalah panduan untuk orang Islam dan kalau mereka mahu menempah neraka silalah lakukan dan kita tidak menghalang.
Beberapa Ahli : [Bangun].

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Dan yang ketiganya Yang Berhormat Baling.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua.
Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Yang Berhormat Baling ada bertanya tentang soal NGO yang bergerak terutamanya Sisters in Islam. Saya telah bertemu juga dengan pemimpin-pemimpin Sisters in Islam, dan saya telah memberikan beberapa pandangan mengenai seminar yang telah mereka adakan dan saya berpendapat bahawa sesuatu isu yang menimbulkan kontroversi hendaklah dielakkan dan mereka telah memberikan jaminan kepada saya bahawa ianya mahu dielakkan.

Oleh yang demikian, nasihat Perdana Menteri dalam hal ehwal wanita dan keluarga telah juga menyertai seminar itu bukan sebagai peserta tetapi mahu memantau dan mendengar apakah perkara-perkara yang menjadi takwil dan menjadi perbezaan pendapat antara sistem Islam yang ada dengan Sisters in Islam.

Oleh yang demikian apa yang dilaporkan di dalam akhbar dalam media yang kita ketahui mana-mana yang tidak sesuai dengan hukum Islam, ini kita akan berikan penjelasan kepada mereka dan kita harap mereka juga menerima penjelasan daripada para ulama khususnya Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama untuk memberikan sesuatu penjelasan itu supaya mereka tidak jauh lari dari hukum yang sebenarnya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: