MP PAS Kota Raja dan Titiwangsa: Minta Kerajaan adakan Akta Pemakanan Halal

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada menteri yang bertanggungjawab mengenai halal tadi, tidakkah Menteri ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya diadakan satu akta yang menyentuh pemakanan yang disajikan kepada umum perlulah halal.

Maknanya kita meletakkan satu tanggungjawab kepada penjual-penjual dan pengilang-pengilang bahawa mereka mesti memastikan ini halal, syariah compliance, begitu. Sekiranya mereka tidak melakukannya apabila dikuatkuasakan maka tindakan akan diambil ke atas mereka, rather than kita meminta mereka supaya mendapat pensijilan itu sendiri.

Jadi, sekiranya kita meletakkan satu akta, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pengilang yang menghasilkan makanan terbuka untuk umum wajib untuk menyediakan makanan yang halal. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saranan daripada Yang Berhormat Kota Raja ini adalah satu saranan yang baik. Sebenarnya pihak JAKIM sendiri dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara sedang menyediakan Akta Halal berkenaan dan sebelum membawa ke Dewan yang mulia ini kita akan membentangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya memberikan input ataupun feedback serta menambah perkara-perkara yang perlu dalam Akta Hala berkenaan. Insya-Allah, kalau semuanya lengkap kita akan bentangkan dalam tahun ini juga.

Bagi memastikan semua hotel yang beroperasi di negara ini memiliki sijil atau logo halal, pihak kerajaan bercadang untuk menggubal Akta Halal. Jawapan rasmi ada, ya? Bagi memastikan semua pihak yang mahu menjalankan industri perhotelan dan makanan mempunyai sijil halal di mana kita semua ketahui kebersihan itu dituntut oleh semua agama.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya kira sementara hendak menunggu diwujudkan Akta Halal tersebut, satu tindakan yang mungkin boleh diambil oleh kerajaan dan saya rasa patut diambil adalah untuk memastikan semua program kerajaan mestilah dibuat di hotel yang telah dapat Sijil Halal. Ini sangat penting.

Kerajaan Negeri Selangor telah pun memulakan langkah ini. Saya kira tidak ada apa-apa halangan untuk Kerajaan Pusat mengambil langkah yang sama. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya itulah yang sedang dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, HDC juga telah mengadakan taklimat, ceramah, program-program pendidikan masyarakat supaya semua pihak terutamanya jabatan kerajaan dan institusi kerajaan memilih hotel yang mempunyai sijil dan logo halal bagi memenuhi keperluan mereka seperti untuk mengadakan sama ada majlis seminar, majlis berbuka puasa, kenduri kahwin dan sebagainya.

Jadi, ini jawapan rasmi, Yang Berhormat. HDC juga mengeluarkan siaran akhbar menyeru masyarakat umum supaya memilih hotel yang mempunyai sijil atau logo halal untuk apa-apa aktiviti harian mereka. Melalui media elektronik telah diadakan beberapa siri dokumentari “Halal Sentiasa” melalui saluran RTM TV2.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: