MP PAS Kuala Selangor: Siapa kita yang boleh menafikan penggunaan nama Allah di tempat-tempat ibadat agama-agama langit ini

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah Jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga rasa terpanggil untuk memberi beberapa penekunan saya tentang isu ini. Yang Berhormat Menteri, sementara saya faham di sebalik perhitungan yang dibuat, saya juga mahu merakamkan dalam Dewan yang mulia ini.

Kalau ditanya apakah dan siapakah yang boleh kita ambil ukuran dan penentuan dalam penggunaan nama Allah, saya kira kita perlu merujuk kepada Allah dan kalam Allah. Saya merakamkan dalam Dewan yang mulia ini, dalam ayat Allah yang jelas sifatnya ‘qad’i’, putus dan dalilnya pun ‘qad’i’, putus. Sifatnya…

[Berucap dalam bahasa Arab] Sebutannya jelas, mafhumnya pun jelas. Di mana dalam ayat, Allah SWT dalam surah Al-Haj, ayat 40 dengan izin saya bacakan… [Membaca sepotong ayat Al- Quran] Tuan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Maknanya Yang Berhormat?
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, dengan mafhumnya lebih kurang maksudnya, kalau tidak Allah S.W.T. mengizinkan menolak perbuatan kezaliman, keterlanjuran satu kaum manusia, ditolak dan disemak imbang atau di check and balance oleh satu golongan yang lain, maka musnah tempat-tempat ibadat, orang-orang Yahudi, Nasrani dan ada mengatakan Majusi dan juga masjid-masjid yang di mana dalamnya, kata Allah… [Berucap dalam bahasa Arab]

Dan di dalamnya itu disebutkan dan disucikan… [Berucap dalam bahasa Arab] Dan dipersuci dan ditakdiskan nama Allah yang sebanyaknya… [Berucap dalam bahasa Arab] Seterusnya dalam ayat itu, wallahualam.

Tuan Yang di-Pertua, jelas dalam ayat ini kalau Allah S.W.T. sendiri menyebutkan bahawa dia yakni Allah yang mengiktiraf dalam semua tempat ibadat Allah S.W.T. ini, nama Allah, the name of Allah is glorified.

Siapa kita yang boleh menafikan penggunaan nama Allah di tempat-tempat ibadat agama-agama langit ini. Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, meskipun saya memahami latar belakang isu ini yang lebih bersifat perhitungan politik, tetapi saya ingin jelaskan dalam Dewan yang mulia ini buat sekian kalinya, jangan sampai perbuatan kita itu menimbulkan pelbagai suasana yang kurang sihat di antara persefahaman antara agama.

Apa yang paling malang Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menunjukkan sikap seperti satu psikik dan psikologi umat yang dalam keadaan diserang ataupun dengan izin, a siege mentality. Sebentar tadi kita bercakap tentang isu yoga.

Saya juga memahami perkara itu dan saya tidak mahu ulas lebih daripada apa yang telah dibahaskan. Akan tetapi dalam persoalan nama Allah ini, perlu diperjelaskan kepada semua. Guna untuk kita jalinkan persefahaman yang sebenarnya.

Perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya sifatkan sebagai satu politik baru di negara yang menyingsing satu landskap baru. Permuafakatan antara agama, budaya dan juga kaum yang lebih menekankan hari ini persoalannya Allah S.W.T. angkat yakni… [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

Mengenali dan memahami lantas hormat menghormati di antara satu agama dan
yang lain… [Tepuk]

Lalu dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya merakamkan sekali lagi, kalau kita tolak tepi persoalan perhitungan politik yang keterlaluan, pastikan dirakamkan dulu perkara yang benar daripada kalam Allah S.W.T itu sendiri.

Ada pun dari sudut-sudut yang lain, kalau kita takut perkara-perkara persoalan daayah dan segalanya itu, saya mahukan perkara itu dibincang dengan lebih cermat, lebih teliti tanpa kita menggugat atau menjejaskan persefahaman antara agama yang perlu ditekankan. Ini kerana semua kita mahukan kebaikan dalam hal itu. Saya rasa begitu sahaja dahulu Tuan Yang di-Pertua, Sekian, terima kasih. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Satu Respons

  1. […] MP PAS Kuala Selangor: Siapa kita yang boleh menafikan penggunaan nama Allah di tempat-tempat ibadat agama-agama langit ini Posted on March 15, 2009 by admin Dipetik dari MPPAS blog […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: