MP PAS Pokok Sena: …Begitu juga kerajaan. Kalau kerajaan itu haram, tak boleh, kena bagi balik pada halal, macam di Perak

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri sahabat saya. Saya bersependapat juga dengan rakan saya Yang Berhormat Arau tadi.

Apakah wajar HDC yang juga turut terlibat dalam industri produk halal ini, dan saya pernah sebut di Parlimen ini bahawa di Dewan ini, dia pernah melabur, ada syer dengan syarikat daripada luar negara dari Timur Tengah dalam menghasilkan produk-produk halal.

Jadi dalam masa yang sama, dia mengeluarkan produk, dia juga memberikan pensijilan. Jadi saya kira bahawa, satu perkara yang agak aneh, dia mengeluarkan barangan dan dia juga yang memberikan pensijilan. Jadi sepatutnya, ada badan lain yang bebas, yang tak terlibat dalam industri pengeluaran produk halal ini, yang boleh menentukan pensijilan sama ada barangan itu halal ataupun tidak.

Jadi saya kira bahawa wajar ini diberikan perhatian. Begitu juga kerajaan. Kalau kerajaan itu haram, tak boleh, kena bagi balik pada halal, macam di Perak itu… [Ketawa] Itu tak ada sijil itu. Kerajaan tanpa Sijil Halal… [Ketawa]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena selalu mengharamkan apa yang halal. Kerajaan Perak itu halal lah tu. Kerajaan yang bawah pokok itu, itu kerajaan haram, mana ada orang mesyuarat bawah pokok…
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Kerajaan bawah pokok tu, pasal Jason King rampas… [ketawa]

Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Siapa yang paksa, Barisan Nasional kah atau polis yang paksa?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Itu kerajaan pasir dua butir.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Begitulah cara dia, Barisan Nasional paksa orang untuk bersidang di bawah pokok.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Masalah you all..
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kerajaan Pasir Berdengung itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat, sudahlah.

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Pasal ada orang rampas kuasa, sebab itu dia terpaksa bersidang bawah pokok macam cerita yang betul P. Ramlee.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Takkanlah bawah pokok kot?
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Dia rampas, dia pi culik anak Menteri Pasola… [Ketawa]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: [Ketawa] Yang Berhormat Pokok Sena, ini semua sahabat-sahabat saya. Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Beruas.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Menteri, kembali kepada tajuklah Yang Berhormat.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya fikir pun begitu jugalah. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Pokok Sena tadi, membincangkan perkara-perkara yang lebih kurang sama, tetapi saya merasakan apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Pokok Sena, adalah sesuatu yang harus dilihat semula.

Ada keperluan ke arah itu, maka pihak kerajaan tentulah terbuka untuk menggunakan sistem yang lama. Walau bagaimanapun, kerana ia nya melibatkan soal dasar ia akan dibawa ke Kabinet untuk diperbincangkan secara berartikulasi.

Yang Berhormat Rantau Panjang membangkitkan tentang soal akta halal sebenarnya. Ketika saya memberikan jawapan kepada Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat mungkin solat dan banyak zikir di luar jadi tak dengar apa yang saya nyatakan.

Namun HDC berperanan untuk melaksanakan keseluruhan pembangunan industri halal, sebelum ini JAKIM hanya melaksanakan pengeluaran sijil halal, manakala pembangunan industri halal, dilaksanakan pelbagai kementerian dan badan-badan kerajaan. Dengan tertubuhnya HDC, pembangunan industri halal dapat dilaksanakan secara teratur dan lebih menyeluruh.

Pada 2 April 2008, Jemaah Menteri telah bersetuju agar persijilan halal dilaksanakan oleh HDC dengan kerjasama JAKIM, mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Dengan mandat yang diberikan oleh kerajaan, HDC terus mengguna pakai prosedur mengenai Standard Halal Malaysia, MS 1500: 2004, Makanan Halal, Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan, garis Panduan Umum (Semakan Pertama) termasuk kadar yuran yang dikenakan masih sama seperti yang dilaksanakan oleh JAKIM sebelum ini.

Di samping itu, HDC terus melaksanakan prosedur-prosedur dalam proses pensijilan halal yang menitikberatkan kedua-dua aspek syariah dan teknikal dalam kriteria audit pensijilan halal.

HDC juga meningkatkan kecekapan bagi memperbaiki proses persijilan halal, supaya jangka masa pengeluaran sijil halal dapat dipendekkan. Secara purata, buat masa ini proses pengeluaran sijil halal, memakan masa selama 30 hari bekerja selepas menerima pembayaran berbanding 100 hari bekerja di waktu yang lalu. Kerajaan amat prihatin terhadap perkara berkaitan hukum syarak dan sentiasa mengambil kira sensitiviti umat Islam apabila merangka dasar pembangunan negara.

Oleh HDC telah menubuhkan Panel Penasihat Syariah dan Panel Kelulusan Pensijilan Halal, Panel Penasihat Syariah diuruskan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Ismail Ibrahim, iaitu yang mengetuai kerusi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang Berbahagia Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah atau Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, ahli-ahli yang lain ialah, Yang Berbahagia, Datuk Dr. Syed Ali Tawfiq Al-Attas, Ketua Pengarah IKIM, Yang Berbahagia, Briged Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad, Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, dan Prof Madya Dr Abdul Rahman Awang, Pensyarah Fakulti Undang-undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa.

Manakala Panel Kelulusan Persijilan Halal, dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Datuk Mustapha Abdul Rahman, Bekas Ketua Pengarah JAKIM, ahli-ahli panel terdiri daripada Sahibul Samahah, Datuk Tamyes Mufti Selangor, Profesor Dr Yaakob Che Mat, Pengarah Institut Produk Halal UPM, Dr Mohd Khan Ayub, Pensyarah UKM dan Ustaz Murni Awang Mat, Bekas Pengarah Darul Quran. Yang Berhormat Baling juga ingin tahu..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: