MP PAS Shah Alam: “..kita tidak boleh menggunakan Barisan Nasional itu sebagai asas hendak pilih orang masuk dalam Majlis Fatwa Negara”

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Nombor satu saya hendak cakap kepada Yang Berhormat Menteri, kita tidak boleh menggunakan Barisan Nasional itu sebagai asas hendak pilih orang masuk dalam Majlis Fatwa Negara. Kalau kita nampak orang itu ada kemahiran dan ada kemampuan maka jangan kita kata masuk Barisan Nasional dulu baru kita lantik. Itu tidak betul. [Dewan ini riuh].

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Itu dia bergurau. Dia bergurau sahaja.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Nombor dua perbezaan dalam PAS ini memang perkara biasa mungkin orang UMNO dia nampak dia rasa pelik tetapi bagi kita tidak ada masalah.

Seperti mana yang disebut Yang Berhormat Baling ia merupakan tindakan berhati-hati kerana tadi kiranya perkara ini tidak diawasi maka ianya mendatang kepada kemudaratan dan tidak boleh disamakan seperti Yang Berhormat Menteri tadi sebut soal yoga dengan soal arak dengan judi.

Soal arak dengan judi merupakan satu benda yang sudah qat’i. Ia merupakan satu hukum yang sudah qat’i. Hukum yang telah ditetapkan berkenaan dengan yoga tadi Yang Berhormat Baling pun jelaskan adalah satu preventive measure dengan izin takut-takut orang yang melibatkan dirinya, dia tidak memahami latar belakang dan sebagainya dan dia menghayati bukan sekadar riadah dan sebagainya tetapi dari segi falsafahnya dengan itu akan rosak akidahnya.

Terakhir saya rasa jolokan Menteri bahawa saya ini oleh kerana itu daripada golongan muktazilahlah. Saya rasa itu patut ditarik baliklah kerana saya tidak ada mengatakan apa-apa yang bercanggah akidah Sunah wal-Jemaah kalau kita nak start label-label orang kita boleh label macam-macam dengan konsep sekularisme yang dibawa oleh UMNO Barisan dan sebagainya.

Ini merupakan satu perkara yang mana kita kena menjelaskan dengan sebaik-baiknya. Saya ambil apa yang ditulis dalam Majlis Fatwa dengan satu kefahaman bahawa yoga dalam erti kata amalan riadah dan falsafahnya. Itu yang diharamkan.

Akan tetapi dalam amalan riadah yang tertentu yang dilakukan sama ada amalan-amalan yang tertentulah tanpa falsafahnya sebagai satu riadah jogging kah duduk dalam bentuk yang tertentu kah dan sebagainya tanpa akidah ataupun falsafah yang berhubung dengannya adalah satu perkara yang biasa.

Saya rasa dalam kes Majlis Fatwa, dalam kita hendak buat satu kajian kita patut kaji dari segi amalan yang berlaku. Sejauh mana orang yang pergi kepada program-program yoga di gimnasium dan sebagainya, mereka memahami konsep akidah dan falsafahnya. Saya rasa kita akan dapati hampir seratus peratus daripada orang Islam yang mengamalkannya langsung tidak memahami falsafah dan tidak ascribe tidak menerima falsafah yang disebutkan tadi. Wallahualam. Terima kasih.
Beberapa Ahli : [Bangun].

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Menteri boleh.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya bagi peluang pada.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Teluk Intan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya bagi peluang pada Titiwangsa.
Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Titiwangsa.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Dato’ Menteri. Saya tertarik dengan penjelasan daripada Menteri tadi berkenaan dengan penasihat wanita kepada Perdana Menteri memantau perjalanan MUSAWWA sama ada bercanggah atau tidak syariat dan sebagainya. Saya kira tanpa bertujuan untuk merendah-rendahkan sesiapa mungkin sepatutnya bukan beliau tetapi pihak yang mungkin berilmu yang berautoriti memahami agama yang sepatutnya memantau dan bukan beliau.

Jadi saya kira perlukan juga penjelasan sejauh mana pemantauan yang telah beliau lakukan itu dan apakah perjalanan MUSAWWA ini tidak ada apa-apa kontroversi ataupun bertentangan dengan syariat itu sendiri. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua. Boleh….
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Bagi penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya peluang ini. Ini hal.
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Bagilah peluang bagi pengamal yoga. Semua orang cakap Yoga.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Ini hal orang Islam. Saya bagi orang Islam dulu punya soalan saya jawab dulu. Okey.
Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Yoga itu bukan Islam. Saya bukan Islam.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tunggulah dulu. Islamlah dulu.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya. Sebentar Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Ya tunggu dulu. Dari segi apa Yang Berhormat Shah Alam sebutkan memang beliau mengakui ada pertentangan pendapat di antara pemimpin-pemimpin PAS. Perbezaan pendapat. Jadi itu kita masukkan dalam Hansard.

Keduanya soal qat’i. hukum-hukum qat’i memang itu jelas. Itu sekadar contoh sahaja, yang saya sebutkan tadi. Akan tetapi saya tidak pernah menyebut Yang Berhormat tentang Yang Berhormat ini berhubung dengan muktazilahlah. Itu jelas.

Saya kata pendapat Yang Berhormat adalah pendapat muktazilah, tetapi kalau Yang Berhormat mengkategorikan Yang Berhormat sebagai golongan muktazilah, saya tidak juga menghalang.

Begitu juga Yang Berhormat Titiwangsa bertanya tentang soal pemantauan yang dilakukan oleh penasihat kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal keluarga dan wanita itu, sebenarnya JAKIM dan IKIM telah juga menghantar wakilnya dan kami ada empat orang wakil yang telah pergi ke seminar atau musyawarah yang berkenaan dan ada laporan lengkap yang telah saya perolehi dan kalau Yang Berhormat sudi, boleh saya kemukakan minggu depan di Dewan ini secara peribadi dan insya-Allah saya akan kemukakannya supaya kita sama-sama duduk untuk membuat kajian secara terperinci.

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Laluan.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Sedikit. Kalau boleh laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan ini daripada saya seorang sahaja, saya ingat tidak kurang manfaatnya berbanding kalau dikongsi oleh lebih ramai. Saya percaya daripada Barisan Nasional pun terutama Kinabatangan dan Sri Gading pun hendak tahu laporan itu. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: