MP PAS Shah Alam: Siapa yang menjadikan bumi ini, yang menjadikan matahari dan bulan. Mereka akan menjawab, “Allah.”

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tambah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi. Surah Al-Imran ayat 64… [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

“Qul…”, Allah perintah Rasulullah untuk berkata atau pun bersabda… [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Wahai ahli-ahli Kitab, orang-orang Nasrani, orang-orang Yahudi, datanglah kamu kepada kalimah yang sama di antara kita dan di antara kamu…. [Membaca sepotong ayat Al Quran] Mengabdikan diri, ibadah hanya kepada Allah dan janganlah kamu mensyirikkan sesuatu dengannya.

Lalu kita dapati bahawa di dalam ayat-ayat Al-Quran banyak ayat-ayat seperti mana disebutkan yang saya baca, Yang Berhormat Kuala Selangor baca yang menunjukkan bahawa kalimah Allah ini digunakan oleh orang-orang bukan Islam. Ayat yang mana apabila ditanya kepada mereka, siapa yang menjadikan bumi ini, yang menjadikan matahari dan bulan. Mereka akan menjawab, “Allah.”

Lalu ianya bukan merupakan satu kalimah khusus untuk orang Islam, ianya merupakan kalimah bahasa Arab daripada perkataan Ilah dan ditambahnya Al. Al-ilah, dipendekkan menjadi Allah. Ianya bukan nama peribadi seperti mana saya Khalid atau pun nama Yang Berhormat itu Zul. Ini kerana tidak perlu pada nama peribadi kerana hanya satu. Kita perlu nama peribadi kalau ramai.

Nombor dua, kalau kita anggap ianya sebagai nama peribadi kepada Tuhan maka ianya perkataan Arab. Orang akan mengatakan, ini Tuhan orang Arab kerana namanya Arab. Lalu, kita hendak faham mesej Islam yang sebenar iaitu memanggil semua manusia, tunduk kepada Tuhan yang satu iaitu Allah dan sepatutnya kita merasa bangga kalau orang yang bukan Islam yang lain khususnya orang-orang Nasrani dengan orang-orang Yahudi sanggup menggunakan perkataan Allah.

Umat Islam di dunia Barat Yang Berhormat Menteri, mereka berusaha untuk mendapatkan masyarakat Kristian, mengiktiraf bahawa Tuhan yang mereka sembah, umat Islam sembah ini adalah Tuhan yang sama, yang mengutus Nabi Ibrahim dan Nabi Isa a.s.

Akan tetapi, kita di sini oleh kerana siege mentality yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, kita hendak mengkhususkan ini Tuhan orang-orang Islam, ini Tuhan orang Melayu sahaja. Ini merupakan satu penyakit yang perlu diperbetulkan.

Saya khuatir kalau kita membuat satu sikap yang sebegini, kita melanggar apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri sehingga orang akan kata bahawa, apa yang disebut di dalam Al-Quran itu tidak betul. Ini kerana, sebenarnya dalam Al-Quran, perkataan Allah itu memang digunakan oleh orang-orang Nasrani dan orang-orang Yahudi. Perbahasan di kalangan mereka telah diabadikan di dalam Al-Quran. Terima kasih.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Menteri. Saya sedikit sahaja.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya bagi Yang Berhormat Sungai Petani dahulu bolehkah?
Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Okey.
Tuan Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga kadang-kadang tidak tahu untuk menjawab soalan ini apabila didatangi oleh kawan-kawan bukan Islam. Sebagai contoh, saya menjadi tetamu dalam perayaan Thaipusam baru-baru ini. Ada ramai orang yang datang, profesional, doktor, yang estet, yang kaya dan miskin.

Dalam perbincangan di dalam kuil itu, saya bertanya kepada mereka apakah yang sebenarnya kamu sembah. Ramai yang mengatakan kita mempunyai cara-cara tetapi yang pasti kami percaya kepada Tuhan Allah.

Jadi, apabila sebut tentang ini, saya pun tidak tahu hendak sebut macam mana kerana dia merasakan dia duduk Malaysia, perkataan Tuhan Allah itu ialah Oneness tiba-tiba kita hendak kata, ini jangan sebut. Saya rasa mereka telah sampai satu tahap
mengiktiraf bahawa apabila Oneness itu maksud di sini ialah Tuhan.

Jadi, kita sepatutnya memupuk dan saya tidak nampak di manakah Oneness itu kita hendak sekat. Begitu juga dengan perbincangan-perbincangan dengan kawan sebab saban minggu saya akan masuk ke kuil, ke gereja untuk mengetahui. Minggu depan ialah ke Temple Guru Nanak yang Sikhism. Ini kerana sebagai pemimpin, saya dapat merasai bahawa mereka seolah-olah mengiktiraf bahawa Oneness itu ialah Allah.
Jadi, saya rasa perkataan bukan menghina tetapi untuk mengiktiraf bahawa Oneness itu ialah Allah.

Jadi, macam mana kita hendak sebut kepada kawan-kawan yang bukan Islam jangan sebut benda ini. Ini adalah untuk orang Melayu, orang Islam sahaja. Saya rasa Yang Berhormat Menteri, saya sangat perlukan penjelasan di sini. Terima kasih.
Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bangun]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Sebelum kawan-kawan lain, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Pontian.
Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Sedikit sahaja.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Nanti dahulu, nanti sekejap. Nanti sekejap, sabar sedikit sahaja lagi kawan-kawan. Saya hendak tanyalah dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Shah Alam serta Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Shah Alam dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, adakah pendapat Ahli Yang Berhormat berdua itu merupakan pendirian Parti PAS? Saya hendak tanya, adakah itu pendirian Parti PAS?

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ianya merupakan pendirian yang telah keluar dalam Dewan Ulama’ PAS Pusat dan ianya merupakan satu sikap yang jelas.

Satu Respons

  1. Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah
    Assalamu’alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh

    Tarikh: 21 Rabi’ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)

    Lokasi: Pusat Pengajian Ba’alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (belakang Zoo Negara)

    Tetamu Khas: Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut), Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dan Tuan Guru Baba Abdul Aziz

    Aturcara:

    Sholat Maghrib berjemaah
    Bacaan Ratib al-Haddad
    Bacaan Maulid – Diyaul Lami’
    Ceramah oleh Habib Kazim
    Qasidah
    Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz
    Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame’ oleh Habib Kazim
    Tertib al-Fatihah oleh Habib ‘ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
    Sholat Isya’
    Jamuan

    Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan.

    http://pondokhabib.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: