MP PAS Shah Alam: Sistem Demokrasi berpunca daripada Tamadun Barat

5 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menggulung Perbahasan Titah DiRaja)

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita gunakan hujah yang seperti mana yang disebutkan tadi, maka saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa sistem demokrasi liberal ini berpunca daripada tamadun barat yang menganggap bahawa manusia ini adalah the centre of the universe dan kebenaran itu akan ditentukan berdasarkan kepada suara majoriti.

Kalau kita hendak menggunakan hujah seperti mana yang dikemukakan tadi, maka saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Menteri bahawa sistem kapitalisme adalah berasal daripada satu kepercayaan bahawa manusia ini adalah haiwan ekonomi yang mana keperluannya adalah food, shelter dan sex.

Kalau kita hendak gunakan falsafah atau pendekatan yang sebegitu, maka saya rasa kita akan dapati bahawa banyak daripada amalan-amalan yang sedang kita lakukan sekarang ini mempunyai asas-asas yang pada dasarnya datang daripada kefahaman yang kemungkinan bercanggah dengan Islam.

Namun setelah Islam dan umat Islam melihat ada hikmat, ada kebijaksanaan dan ada kebenaran dalam amalan-amalan itu, maka amalan-amalan ini diambil dengan ditolak falsafah yang pada asalnya merupakan asas dan dasar kepada amalan yang sedemikian. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, kita harus mengasingkan antara soal muamalat dengan soal akidah apatah lagi kalau Yang Berhormat daripada Shah Alam dari parti yang berdasarkan Islam. Oleh yang demikian, perkara-perkara muamalat dan perkara-perkara yang tidak melibatkan akidah memang kita boleh guna pakai untuk kepentingan ummah dan kepentingan kesejagatan apatah lagi dalam sistem demokrasi…

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Akan tetapi kalau sesuatu itu melibatkan akidah dan dalam meditasi serta di dalam amalan yang dilakukan itu menyekutukan diri dengan penciptanya, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima di dalam Islam. Itu sebabnya Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan ia harus ditolak.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kalau pula yoga itu tapi meditasinya tasbih kepada Allah, salah kah itu?

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Menteri sebut bahawa dari sudut muamalatnya, dari segi amalan-amalan yang tertentunya kalau kita nampak ada kebijaksanaan dan ada manfaatnya, maka tidak ada masalah asalkan kita menolak akidah, kepercayaan, mantera-mantera dan konsep seperti mana yang disebutkan tadi.

Dalam amalan yoga ini saya rasa ramai daripada orang Islam yang mengamalkannya tidak memahami, tidak menghayati dan tidak sedar sekalipun bahawa ia ada konsep percantuman di antara manusia dengan Tuhan, dengan alam dan sebagainya. Ini merupakan aspek-aspek falsafah dan akidah…
Seorang Ahli: [Menyampuk]

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Walaupun saya Shah Alam tetapi tidak ada penyatuan dengan alam. Ini merupakan aspek-aspek akidah dan falsafah yang tidak relevan bagi kebanyakan malahan majoriti pengamal-pengamal yoga yang pergi ke gimnasium ataupun pusat-pusat kesihatan. Mereka mengamalkan riadah. Riadah yang bertujuan untuk melegakan otot-otot dan sebagainya.

Kalau atas dasar yang sebegitu, saya tidak nampak. Saya tidak nampak. Walaupun saya bukan pakar, tapi saya tidak nampak kesalahan dan penyelewengan dari segi amalan itu dan saya rasa dalam fatwa yang panjang lebar yang diceritakan, itulah kesimpulan yang saya peroleh. Namun pada hari ini bila Yang Berhormat Menteri cakap begitu, nampak macam seolah-olah kita tolak semua.

Saya rasa kiranya kita membuat sebegitu, kita memberikan satu gambaran bahawa Islam ini begitu tertutup sedangkan Islam ini mempunyai satu konsep yang begitu terbuka dan sanggup menerima kebijaksanaan dan hikmah yang boleh diperoleh daripada semua budaya dan daripada semua masyarakat. Terima kasih.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, pendapat Yang Berhormat Shah Alam itu adalah pendapat muktazilah. Satu pendapat yang berada di luar lingkungan akidah yang dibahaskan.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: